seganu
Permanently Banned - Multiple ID
- Messages
- 1,705
- Joined
- Oct 16, 2009
- Messages
- 1,705
- Reaction score
- 77
- Points
- 30
Assalammualaikum, sekadar share...
Soalan:
Pencen dan Pampasan. Adakah guru, polis, tentera dan kakitangan awam yang sudah pencen daripada alam pekerjaan namun mendapat pencen bulanan tetap masih dikenakan zakat?Begitu juga wang yang diterima kerana penamatan kerja, seperti pampasan kerana VHSS (pemberhentian kerja sukarela) atau apa-apa insentif persaraan wajib dizakatkan?
Jawapan:
Secara mudahnya, setiap wang yang bersumberkan pendapatan maka hendaklah dizakatkan. Ini termasuklah wang saguhati persaraan atau pampasan persaraan, kerana ia adalah wang yang diperolehi hasil daripada pekerjaan sebelumnya. Begitu juga wang pencen juga wajib dizakatkan, kerana ia bersifat pendapatan bulanan secara tetap. Dari sudut fekah, semua harta ini diistilahkan sebagai al mal al mustafad, yakni harta yang diperolehi daripada pekerjaan (seperti gaji, upah, elaun dan sebagainya) dan wajib dizakatkan apabila mencukupi segala syaratnya, kerana ia berpotensi untuk dikembangkan lagi.
2. Soalan:
Zakat Ke atas Isteri Yang Bekerja.Adakah seorang isteri yang berkerja wajib menunaikan zakatnya? Atau cukup sekadar suaminya sahaja yang menunaikan zakat?
Jawapan:
Zakat adalah tertakluk kepada individu. Suami yang berkerja maka zakat wajib ke atasnya, maka isteri yang berkerja juga wajib zakat ke atasnya.Begitu juga, wang simpanan isteri milik isteri dan wajib dizakatkan, wang simpanan suami milik suami maka wajib dizakatkan. Ia adalah harta individu. Maka, suami dan isteri hendaklah mengira sendiri, sama ada pendapatan tahunan mereka wajib dizakatkan atau tidak. Sekiranya wajib,maka masing-masing wajib mengeluarkan zakat. Ia berbeza dengan zakat fitrah pada bulan Ramadan, kerana ia dikeluarkan oleh ketua keluarga untuk semua tanggungannya.
3. Soalan:
Zakat Wang Dari Hasil Peraduan.Saya telah memenangi sebuah peraduan dan mendapat hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000.00. Adakah ia dikira sebagai pendapatan dan saya wajib menzakatkannya? Bagaimana pula jika saya memenangi kereta atau rumah?
Jawapan:
Wang hadiah itu tidak boleh dikira pendapatan kerana ia didapati secara mengejut dan tidak berkala atau tetap. Jadi, saudara tidak perlu mengeluarkan zakat ke atasnya. Walau bagaimanapun, ia akan menjadi zakat simpanan jika saudara tidak menghabiskannya dan menyimpannya di dalam mana-mana akaun (sebaik-baiknya tahun hijrah), misalnya saudara dapat wang hadiah itu pada bulan Ramadan tahun ini, saudara guna dan pada bulan Ramadan tahun hadapan, yakni genaplah setahun hijrah, jika masih berbaki maka ia dikira zakat simpanan. Itu pun jika baki selepas setahun itu masih melebihi nisab semasa (katakan nisab ialah RM14119.18), maka barulah dikirakan zakat ke atas wang hadiah itu. Manakala hadiah dalam bentuk lain seperti rumah dan kereta tidak perlulah dizakatkan.
4. Soalan:
Bayar Zakat Awal Sebelum Haul Saya telah ditegur oleh seorang kawan kerana membayar zakat melalui potongan gaji setiap bulan. Kata kawan saya, haul zakat saya ialah dihujung tahun. Saya keliru dan adakah sah zakat saya sebelum ini?
Jawapan:
Sebenarnya, perbicaraan mengenai haul zakat penggajian agak panjang. Walaubagaimanapun, ulama sendiri mempunyai dua pendapat. Ada menyatakan, ia boleh dizakatkan tanpa menunggu setahun dan ada yang menyatakan hendaklah ditunggu setahun. Hukumnya adalah sah zakat tersebut bahkan lebih awla jika saudara bimbang seandainya apabila cukup setahun, maka saudara sudah menghabiskan semua wang tersebut. Kesimpulan yang dapat diberikan, adalah sah dan harus mengeluarkan zakat lebih awal dari waktunya. Inilah pendapat yang kuat bagi kalangan Syafie, Hanafi dan Hambali.
5.Soalan:
Zakat Rumah dan Tanah Saya masih terkeliru soal harta zakat. Apakah rumah dan tanah dusun serta sawah juga harta yang wajib dizakatkan?
Jawapan:
Harta zakat yang saudara maksudkan diatas, iaitu rumah, tanah dusun serta sawah asalnya tidaklah wajib dizakatkan. Ini kerana, ia tidak termasuk dalam kategori harta yang wajib zakat, seperti harta perniagaan, galian, penternakan, pertanian, perhiasan dan wang simpanan. Mengikut istilah fikah, harta yang induknya tidak wajib dizakat tetapi hasil daripadanya wajib dizakatkan, maka ia dinamakan hartaal-mustaghallat. Misalnya, tanah kebun yang diberikan pajakan kepada pihak lain sehingga mendatangkan hasil yang melebihi nisab, maka ia wajib dizakatkan. Kadar zakat bagi harta saudara ini ialah 2.5 peratus, sama seperti zakat harta yang lain.
6. Soalan:
Melebihkan Amaun Bayaran Zakat Saya melaksanakan zakat menerusi Skim Potongan gaji. Sekiranya saya sengaja melebihkan amaun bayaran zakat melalui potongan gaji, adakah ia dikirakan zakat juga? Bolehkah saya meniatkannya sebagai qada zakat?Bagaimana pula dengan akad zakat?
Jawapan:
Zakat sudah tertentu jumlahnya. Jika ditaksirkan zakat saudara ialah RM100 sebulan, kemudian saudara sengaja menunaikan RM150, maka lebihan itu bukanlah zakat melainkan dikira sebagai sedekah.Walau bagaimanapun, ia boleh diniatkan sebagai zakat harta yang lain. Misalnya zakat emas, zakat simpanan atau apa sahaja zakat termasuklah qada zakat yang lalu. Memadai dengan niat saudara semasa mengisi borang potongan zakat maka akad tidak diperlukan lagi.Ini kerana, rukun dan syarat sah zakat ialah niat dan memberikan harta,yakni berlaku pemindahan hak milik ke atas harta zakat. Manakala lafaz zakat atau akad hanyalah sunat semata-mata.