BTC USD 83,840.0 Gold USD 4,165.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Info kes lemas harian

11431.jpeg
11434.jpeg
11437.jpeg
11440.jpeg
11443.jpeg
11446.jpeg

Remaja lemas, empat rakan selamat

Kudat: Remaja lelaki lemas, manakala empat lagi rakannya berjaya diselamatkan dalam kejadian di Sungai Empangan Milau, Jalan Garau, di sini, hari ini.

Mangsa dikenali Ryan, 16, bersama empat rakannya dipercayai ke tempat berkenaan untuk memancing, namun berenang ke kawasan beting pasir di tengah sungai berjarak kira-kira 50 meter dari tebing.

Difahamkan, ketika berenang ke lokasi berkenaan mangsa tenggelam dan lemas akibat kepenatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Penolong Penguasa Bomba Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.01 petang dan sepasukan 11 anggota dan pegawai serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke tempat kejadian.

"Setibanya pasukan, empat mangsa lelaki berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.

"Pasukan seterusnya menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

"Pencarian turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon Kudat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pada 5.40 petang, mangsa ditemui tidak jauh dari lokasi dilapor hilang dan pengecaman dilakukan ahli keluarga sebelum mayat diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.


Kredit: Harian Metro
 
11994.jpeg
11996.jpeg
11999.jpeg

Warga China lemas di Pantai Tanjung Jara

Dungun: Seorang pelancong warga China lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Jara, dekat sini, hari ini.

Ahli perniagaan Guo Lei, 55, yang berasal dari Shanghai dikatakan mandi di pantai itu kira-kira 11.30 pagi sebelum lemas akibat ditarik ombak dan hanyut ke tengah lautan.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, mangsa bersama sembilan ahli keluarga termasuk menantunya bercuti ke negara ini dan menginap di sebuah hotel di situ.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa dikatakan mandi bersama menantunya yang berusia 34 tahun.

"Ketika mandi, mangsa dipercayai dipukul ombak besar dan hanyut ke tengah laut sebelum lemas.

"Menantu mangsa cuba untuk membantu tetapi tidak berjaya kerana kedudukan mangsa jauh dalam jarak kira-kira 30 meter," katanya dalam kenyataannya, hari ini

Maizura berkata, tidak lama selepas itu, mangsa ditemukan timbul di pesisir laut sebelum menantu mangsa dibantu pekerja hotel bertindak membawanya ke darat.

"Mangsa diberi bantuan pernafasan bagaimanapun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal.

"Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.


Kredit: Harian Metro
 
12002.jpeg
12005.jpeg
12008.jpeg
12011.jpeg

Tragedi mandi-manda di Sungai Berkelah

Kuantan: Seorang lelaki ditemukan lemas manakala dua rakannya selamat selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Berkelah, Gambang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mayat Harun Mahmud, 20, ditemukan pasukan bomba di dasar sungai pada kedalaman tujuh meter, pada 12.54 tengah hari.

"Mangsa (Harun) dikatakan ke sungai itu pada 11 pagi untuk beriadah bersama enam rakan dengan berkonvoi motosikal. Mereka tiba di sungai itu 30 minit kemudian dan mangsa serta dua rakannya dikatakan mahu mandi di tempat lebih dalam.

"Mereka dikatakan dihanyutkan arus, namun dua rakan mangsa dapat berpaut pada dahan pokok manakala, mangsa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) hilang menyebabkan rakannya menghubungi talian kecemasan," katanya yang dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mayat Harun dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.
 
2602.jpeg
2605.jpeg

Wanita tanpa pakaian ditemui lemas di Pandan Lake View

KUALA LUMPUR - Seorang wanita berumur lingkungan 40-an ditemukan lemas di Tasik Pandan Lake View, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai kejadian itu pada jam 8.13 pagi tadi.

"Menurut saksi kejadian yang berada di kawasan tasik tersebut, mangsa dikatakan dalam keadaan tidak berpakaian, telah masuk ke dalam tasik dan dipercayai lemas.

"Mangsa itu kemudiannya ditemukan dengan bantuan pihak bomba selepas dua jam, tanpa berpakaian,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Azam berkata, tiada sebarang identiti ditemui bersama mangsa yang kemudiannya dihantar ke bahagian forensik Hospital Ampang untuk tujuan bedah siasat, bagi mengetahui punca kematian.

Beliau menyeru masyarakat terutama dalam kawasan daerah Ampang Jaya sekiranya terdapat kehilangan ahli keluarga untuk tampil ke balai polis terdekat bagi membantu siasatan.- Bernama
 
3165.jpeg
3168.jpeg
3171.jpeg
3174.jpeg
3177.jpeg
3181.jpeg

Terkini: Dua remaja disahkan lemas

BETONG: Kegembiraan dua sahabat mandi-manda di sungai berhampiran Rumah Panjang Batu Lintang, dekat Jalan Ulu Layar di sini hari ini bertukar tragedi selepas kedua-dua mereka ditemukan lemas.

Ketua Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata mangsa dikenali sebagai Norman Syakimie Suria Ariffin, 16, dapat diselamatkan kira-kira jam 5.53 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) selepas itu.

"Seorang lagi mangsa, Afiq Aiman Mohd Adress, 17, telah ditemui oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong sekitar jam 6.44 petang," katanya.

Muhammad Rais berkata anggota PPDA dari BBP Betong melakukan selaman ke dasar sungai pada kedalaman lima meter dan operasi pencarian dilakukan selama 15 minit.

"Mangsa telah dijumpai oleh pasukan PPDA dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.

"Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," jelasnya.

Terdahulu, BBP Betong telah menerima panggilan berhubung insiden orang lemas sekitar jam 3.53 petang.

"Berdasarkan maklumat dari orang awam yang berada di lokasi, mangsa bersama rakan-rakan melakukan aktiviti riadah dan mandi di sungai berhampiran rumah panjang,” katanya.

Muhammad Rais berkata berikutan penemuan mangsa itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah ditamatkan pada jam 7.04 malam ini.


Kredit: Utusan Sarawak
 
5201.jpeg
5204.jpeg
5208.jpeg
5211.jpeg

Tiga remaja dipercayai lemas ketika sedang mandi, memancing

MANJUNG – Tiga remaja dipercayai lemas ketika sedang mandi-manda serta memancing di Sungai Sempit, Kg. Tanjung Batu, Segari di sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 3.26 petang.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati tiga orang mangsa berbangsa India dipercayai lemas semasa sedang memancing dan mandi-manda di Sungai Sempit, Segari.

“Ketua operasi membuat ‘size up’ seterusnya mengaplikasikan konsep L.A.S.T dengan melaksanakan pencarian menggunakan kaedah pencarian di permukaan (surface searching. Bacaan air adalah 2.37 meter iaitu air pasang,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, dua daripada mangsa berusia 16 tahun manakala seorang lagi 14 tahun.

Tambah beliau, antara masalah dihadapi pihaknya adalah lokasi kejadian berada di kawasan ladang sawit, bahkan jaraknya dua kilometer dari jalan besar hanya sesuai dilalui kenderaan pacuan empat roda serta liputan Trunk Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) yang lemah,” katanya. – KOSMO! ONLINE
 
WARGA NEPAL DIKHUATIRI LEMAS DI TELOK TONGKANG, TELUK CEMPEDAK

Sepasukan anggota dari BBP Kuantan diarahkan ke lokasi kejadian lemas di Telok Tongkang, Teluk Cempedak sejurus menerima panggilan kecemasan lewat petang ini.

Seramai 11 anggota diketuai TPgB Kamerul Bieza bin Mohd Kassim bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai seorang lelaki dewasa warganegara Nepal secara surface searching.

Sehingga laporan ini ditulis mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat masih berjalan.

6418.jpeg

6421.jpeg

6424.jpeg
 
Tiga remaja lemas: Mangsa pertama ditemui, operasi SAR diteruskan

MANJUNG: Mayat seorang daripada tiga remaja lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu, Segari, dekat sini, semalam, ditemui pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata mayat Chew Darumaraj, 14, ditemui pada jam 9.05 pagi, kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa yang masih hilang iaitu G Sarath dan T Eishwarpillai, masing-masing 16 tahun, sedang giat dilakukan.

Semalam, media melaporkan tiga sekawan dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Sempit.

Identiti tiga sekawan terbabit dikenal pasti sebagai Chew Darumaraj, 14; G Sarath, 16; dan T Eishwarpillai, 16.

Semalam, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.26 petang.

Operasi SAR mengesan remaja berkenaan disambung semula jam 8 pagi tadi dengan Bomba menambah dua lagi bot menjadikan semuanya lima bot, selain Unit Anjing Pengesan K9 membuat pencarian.

"Skop pencarian membabitkan empat bot di kedua-dua arah Sungai Sempit kerana sungai ini berhampiran muara dan mengalami air pasang dan air surut menyebabkan aliran air berlaku di kedua-dua arah.

"Sebuah lagi bot akan bersedia berhampiran muka muara bagi memastikan mangsa tidak hanyut masuk ke laut. Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) akan membuat 'size up' dan pemantauan di lokasi sekitar mangsa dipercayai tenggelam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tinjauan mendapati, sungai itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berjarak dua kilometer (km) dari jalan utama dan hanya boleh diakses menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, siasatan awal pihaknya di lokasi kejadian mendapati, ketiga-tiga mangsa sedang memancing dan seorang daripadanya mandi di sungai tersebut sebelum dikatakan dihanyutkan arus.

"Dua lagi rakan cuba menyelamatkannya tetapi turut dihanyutkan arus," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

#beritaharian

1707798565409.jpeg
 
2 daripada 3 remaja hilang ditemukan lemas

Manjung: Mayat kedua daripada tiga remaja lelaki dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu, Segari di sini, ditemukan tengah hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mayat G Sarath, 16, ditemukan tersangkut pada jaring nelayan pada kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dipercayai jatuh, jam 12.40 tengah hari.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir yang masih hilang T Eishwarpillai, 16, sedang giat dilakukan.


Terdahulu, mayat mangsa pertama dikenalpasti sebagai Chew Darumaraj, 14, ditemukan lemas pada jarak 500 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh , jam 9.05 pagi tadi.

Semalam, media melaporkan tiga sekawan dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Sempit kira-kira 3 petang.

#harianmetro

7611.jpeg
 
Mayat terakhir mangsa lemas ditemukan


Manjung: Mayat terakhir daripada tiga remaja lelaki dilaporkan hilang ditemukan lemas di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu, dekat Segari, di sini, hari ini.

PengarahJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata mayat T Eishwarpillai, 16, ditemukan terapung selepas anggota bomba menggunakan teknik membuat olakan air dengan bot pada jarak 100 meter dari lokasi lemas, jam 5.05 petang.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, mayat mangsa pertama dikenal pasti sebagai Chew Darumaraj, 14, ditemukan lemas pada jarak 500 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh, jam 9.05 pagi.

Sementara, mayat kedua, G Sarath, 16, ditemukan tersangkut pada jaring nelayan pada jarak 300 meter dari lokasi mangsa dipercayai jatuh, jam 12.40 tengah hari.

Semalam, media melaporkan tiga sekawan dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Sempit.

8403.jpeg
 
Back
Top
Log in Register