BTC USD 82,963.6 Gold USD 4,158.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Info kes lemas harian

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,595
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,595
Reaction score
1,682
Points
201
2906.jpeg
2909.jpeg
2912.jpeg
2915.jpeg
2918.jpeg

Menggigil lihat cucu hampir mati

SIK – Seorang datuk tidak menyangka cucunya yang mengidap penyakit autisme boleh berjalan seorang diri ke tali air berhampiran rumahnya sehingga menyebabkan dia terjatuh dan hampir mati lemas kelmarin.

Che Adli Yahaya, 60, berkata, ketika kejadian cucu sulungnya, Muhammad Izz Muttaqin Muhamad Rizal, 4, tinggal bersama neneknya, Hasnah Hashim, 54, manakala dia ke masjid untuk menunaikan solat asar.

“Kejadian berlaku sekelip mata kerana sebelum kejadian cucu berada bersama neneknya di dalam rumah.

“Dia kemudian boleh berada dalam tali air yang jaraknya hanya 50 meter dari rumah. Mungkin dia buka pintu pagar dan boleh berjalan keluar dengan tidak memakai kasut dan baju,” katanya di sini.

Ketika kejadian pada pukul 4.30 petang di Kampung Tengah, Jeneri itu, mangsa ditemui terlangkup di permukaan tali air tersebut.

Menurut Che Adli, sebaik tersedar cucu hilang, isterinya segera mencarinya di sekeliling rumah sebelum menemuinya terapung di tali air yang mempunyai kedalaman kira-kira satu meter.

“Tindakan pantas isteri dapat menyelamatkan cucu kesayangan saya itu. Kami kemudian meminta pertolongan orang kampung untuk memanggil Pasukan Briged Sukarela Yayasan Jariah Malaysia untuk dibawa ke Hospital Daerah Sik (HDS),” katanya.

Ujar Che Adli, ibu bapa cucunya berada di Kuala Lumpur kerana bekerja dan mangsa tinggal bersamanya sejak lahir.

“Saya bersyukur kerana cucu berada dalam keadaan stabil di HDS, namun masih dalam pemantauan doktor,” katanya. – KOSMO! ONLINE
 
3287.jpeg
3289.jpeg
3291.jpeg
3294.jpeg
3297.jpeg
3299.jpeg
3302.jpeg
3305.jpeg
3307.jpeg

Pemancing dilaporkan hilang di Tasik Chenderoh ditemui lemas

KUALA KANGSAR – Lelaki yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam ketika memancing di Tasik Chenderoh, Sauk di sini kelmarin, ditemui lemas hari ini.

Mangsa, Muhammad Khairul Rusydan, 30, dijumpai pada pukul 8.37 pagi oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) bomba.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mangsa dijumpai pada jarak 500 meter dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

Katanya, mayat mangsa dibawa naik ke tebing oleh anggota PPDA sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Tindakan membuat pusaran air menggunakan teknik ‘figure of eight loop’ menggunakan bot bomba dilakukan di lokasi berkenaan dalam usaha menimbulkan mangsa.

“Mangsa ditemui terapung di lokasi berkenaan apabila operasi dimulakan pada pagi ini oleh anggota PPDA dan K9,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar diketuai Ketua Balai, Ahmad Izuwan Zakaria memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.32 petang, kelmarin.

Katanya, operasi itu turut dibantu pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan 20 nelayan darat.- KOSMO! ONLINE
 
11675.jpeg
11678.jpeg
11681.jpeg
11684.jpeg
11687.jpeg

Bot karam: 20 nelayan darat sertai operasi cari mangsa lemas

KUALA KANGSAR – Seramai 20 nelayan darat menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki bersama seorang rakan karam di Empangan Chenderoh, Sauk di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, operasi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas di Sungai Perak itu disambung pada pukul 8 pagi tadi.

Katanya, terdahulu, anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) telah membuat ‘underwater mapping’ bagi menentukan lokasi mangsa lemas dan kedalaman air sungai.

“Hasil tinjauan mendapati, air sungai itu berkedalaman 20 meter. Pencarian mangsa kini dijalankan dalam radius satu kilometer (km) bermula di bahagian tebing dan sekitar kawasan pulau berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, Unit Anjing Pengesan (K9) juga digerakkan bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Selain bomba dan nelayan darat, operasi turut disertai pasukan polis, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Rela dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

Semalam, sebuah bot yang dinaiki dua lelaki karam akibat dilanda ribut ketika sedang melakukan aktiviti memancing di Sungai Perak.

Dalam kejadian sekitar pukul 5 petang itu, seorang lelaki berusia 41 tahun berjaya diselamatkan oleh pemancing lain manakala rakannya hilang dibawa arus. – KOSMO! ONLINE
 
7750.jpeg

Kanak-kanak 5 tahun lemas selepas terjatuh parit

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun ditemukan lemas selepas dia dipercayai terjatuh parit di Lorong Cempaka, Kampung Sungai Tiram, dekat sini semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II, Rafie Ahmad Sareng berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada pukul 7.07 malam.

Sehubungan itu katanya, 14 anggota beserta dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati seorang kanak-kanak telah terjatuh dalam parit dan dihanyutkan arus deras. Usaha pencarian dilakukan sambil dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

“Kanak-kanak berkenaan dikatakan bermain di atas jalan berhampiran tepi parit yang terletak di kawasan rumah sebelum terjatuh ke dalam parit.

“Mangsa kemudiannya ditemukan tersangkut di pangkal sebatang pokok sawit pada pukul 10.30 malam. Jarak mangsa ditemukan adalah kira-kira dua kilometer daripada lokasi mangsa terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Rafie Ahmad, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
 
7837.jpeg

Mayat lelaki lemas ditemukan di Sungai Kinta

PASIR SALAK – Seorang lelaki ditemukan lemas di lombong dekat Sungai Galah di Sungai Kinta, dekat Kampung Gajah, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat yang belum dikenaitu ditemui selepas dihanyutkan sejauh 20 kilometer (km) dari lokasi kali terakhir mangsa dilihat.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah menerima panggilan daripada polis berhubung penemuan mayat terapung itu pada jam 9.30 malam tadi dan jentera tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.

“Kita terima maklumat daripada pihak polis dipercayai terdapat satu mayat terapung di permukaan air Sungai Kinta dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan namun mayat tersebut tidak dijumpai di sekitar kawasan yang dimaklumkan oleh pihak polis.

“Pasukan penyelamat menemui mangsa 20 kilometer dari lokasi mangsa terakhir dilihat dalam keadaan terapung di tepi sungai pada jam 2.20 pagi tadi.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah mengesahkan penemuan mayat tersebut.

“Setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti lagi,” katanya ketika dihubungi pagi ini. – MG Perak


Kredit: MG Perak
 
*Kanak-Kanak Lemas*

Assalamualaikum dan Salam Bomba berprestasi tinggi, cepat dan mesra.

24 Januari 2024 - Balai bomba dan Penyelamat Johor Jaya digesakan ke lokasi mangsa lemas di Lorong Cempaka, Batu 18 1/2, Kampung Sungai Tiram, Johor pada jam 19:07:00.

Setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati seorang kanak-kanak lelaki berumur lebih kurang 6 tahun dilaporkan jatuh ke dalam parit yang menuju ke anak sungai berdekatan dalam keadaan Arus yg deras dan laju.

Pasukan PPDA seramai 9 orang telah digerakkan bagi mencari mangsa.

Setelah mangsa dijumpai pada jam 22:25:00 oleh pasukan PPDA, mangsa seorang kanak-kanak lelaki berumur lebih kurang 6 tahun itu diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Al-Fatihah dan Salam Takziah kepada keluarga mangsa.


KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Bomba Channel
Mohd Jafni Md Shukor

8915.jpeg
8918.jpeg
8921.jpeg
8924.jpeg
8927.jpeg
8930.jpeg
8933.jpeg
8936.jpeg
 
6253.jpeg
6256.jpeg
6259.jpeg
6261.jpeg

Lelaki ditemui lemas selepas terjatuh dari bot

GERIK – Seorang lelaki ditemui lemas selepas terjatuh dari bot ketika sedang menambat tali sauh rumah bot di Tasik Temenggor, Banding di sini semalam.

Muhamad Zulfaqar Zulkarnaen, 33, yang juga anak kepada anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik itu dijumpai kira-kira pukul 11.18 malam, pada jarak 10 meter dari lokasi mangsa terjatuh.

Ketua BBP Gerik, Mohd. Azizan Aziz berkata, sepasukan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 6.20 petang.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa segera dijalankan dengan mengikut arus dan di permukaan sungai melibatkan pelbagai agensi dan orang awam.

“Mangsa bagaimanapun telah dijumpai oleh adiknya serta rakan yang membuat carian menggunakan bot persendirian serta menjalankan casting pancing pada permukaan tasik.

“Pencarian yang turut dipantau anggota bomba bagi tujuan keselamatan itu telah menemukan mangsa apabila tersangkut pada pancing seterusnya dibawa naik ke atas bot,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa dibawa ke Pos Kawalan Bomba (PKB) berhampiran Jeti Trojan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi pencarian mangsa disertai 31 anggota termasuk polis, Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan orang awam.

“Operasi yang menggunakan tujuh buah bot dari bomba, polis dan orang awam itu tamat pada pukul 12.30 tengah malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE
 
10455.jpeg
10458.jpeg

KANAK-KANAK LEMAS KETIKA MANDI DI SEBUAH KOLAM

26.1.2024: JBPM Negeri Pahang menerima panggilan kecemasan pada jam 5.55 petang tentang kejadian mangsa lemas yang berlaku di Kem Batu 5, Jalan Karak - Temerloh, Pahang.

Pasukan Bomba daripada BBP Mentakab dan BBP Temerloh telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera bagi menjalankan operasi penyelamatan sebaik panggilan diterima.

Komander Operasi Kanan, PPgB Hairysam bin Mat Tahar melaporkan, kejadian itu melibatkan seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi bersama 3 lagi rakannya yang lain di dalam sebuah kolam latihan berkedalaman 7 kaki.

3 kanak-kanak itu dilaporkan telah dihantar ke hospital dengan ambulan tentera sebelum pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian. Namun difahamkan ketiga-tiga kanak-kanak tersebut tidak dapat diselamatkan dan disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.

Kerja-kerja mengepam untuk mengeluarkan air kolam bagi mengesan mangsa telah dijalankan oleh pasukan Bomba. Bagaimanapun, tiada mangsa di dalam kolam tersebut. Kanak-kanak tersebut telah dijumpai bermain di kawasan yang lain dan tidak terlibat dengan kejadian di kolam tersebut.

- Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
 
10462.jpeg

LELAKI OKU TIDAK PULANG KE RUMAH DIKHUATIRI TERJATUH KE DALAM SUNGAI

26.1.2024: JBPM Negeri Pahang menerima panggilan pada jam. 3.51 petang tentang kejadian orang hilang yang berlaku di Rumah Pam Sungai Jempol, Jengka 4, Pahang.

Pasukan Bomba daripada BBP Jengka telah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus panggilan diterima.

Menurut Komander Operasi Kanan, PPgB Muhamad Nur Syukran bin Muhamad Hanafiah, kejadian itu melibatkan seorang lelaki OKU mental berusia 51 tahun dilaporkan telah hilang apabila tidak pulang semula ke rumah selepas keluar pada jam 8.00 pagi hari Khamis, 25 Januari 2024.

Mangsa dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai selepas pekerja Rumah Pam Sungai Jempol menemui motosikal dan barang kepunyaan mangsa di kawasan rumah pam itu pada jam 10.00 pagi hari yang sama.

Laporan Polis telah dibuat oleh pekerja rumah pam pada jam 1.00 tengah hari ini untuk memaklumkan perihal kejadian sebelum dimaklumkan kepada pihak Bomba.

Operasi pencarian sedang dilakukan oleh pasukan Bomba secara "Surface Searching" dan di sekitar tebing sungai dengan menggunakan sebuah bot aluminium dan sebuah bot fiber. Maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

KEMASKINI *

Mangsa telah dijumpai pada jarak 700 meter dari lokasi terakhir mangsa dipercayai lemas pada jam 07.05 petang tadi. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya

- Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
 
Tiga lemas dalam kolam latihan kereta kebal

TEMERLOH: Dua kanak-kanak dan seorang remaja dilaporkan lemas ketika menceroboh serta mandi di kolam latihan kereta kebal di Kem Batu Lima, Jalan Temerloh – Karak, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Datuk Dr. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, dua kanak-kanak lelaki dilaporkan lemas itu berusia 11 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun.

Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Termerloh bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan kejadian itu pada jam 5:55 petang.

Ujarnya, berdasarkan maklumat kolam latihan kereta kebal itu sedalam kira-kira dua meter.

Katanya, semua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSAS) di sini dengan ambulans tentera.

“Bagaimanapun semua mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan sebaik tiba di hospital terbabit.” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi, maklumat awal diterima, empat kanak-kanak dilaporkan mandi dan lemas di kolam terbabit.

Susulan itu katanya, pasukan bomba membuat pencarian dengan mengepam air di kolam terbabit.

"Bagaimanapun selepas siasatan dilakukan hanya dua kanak-kanak dan seorang remaja dilaporkan mandi di kolam berkenaan.

Semua mayat di hantar ke bahagian forensik, HOSAS untuk proses bedah siasat dan identiti mangsa belum diperolehi.


10554.jpeg
10557.jpeg
10560.jpeg
 
Back
Top
Log in Register