BTC USD 81,450.5 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Info kes lemas harian

3 mangsa lemas di kolam disahkan anak anggota kem tentera


Kuantan: Identiti tiga mangsa lemas di kolam latihan sebuah kem tentera di Temerloh dekat sini dikenal pasti sebagai anak anggota di kem terbabit.

Mereka ialah Amar Mukhlis Mohd Anizan, 13, serta Aiman Syafiq Sudirman dan Muhammad Shafiq Aswad Shahril Naim, kedua-duanya berumur 11 tahun

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata kejadian itu diketahui selepas seorang rakan mangsa meminta tolong daripada anggota tentera sekitar 5.30 petang.

"Pasukan tentera yang tiba di kolam menemukan tiga baju di tepi kolam dan pencarian menjumpai mangsa pertama iaitu Aiman Syafiq pada 5.55 petang disusuli Muhammad Shafiq Aswad pada 6.10 petang dan Amar Mukhlis lima minit kemudian.

Semua mangsa dikejarkan ke pusat perubatan di kem namun disahkan meninggal dunia oleh doktor di situ," menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Mazlan berkata bedah siasat akan dilakukan esok di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh sebelum jenazah diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan di Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan.

Beliau berkata lokasi kejadian adalah kawasan larangan dan pihak tentera telah menutup tempat itu.

Siasatan awal juga mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut setakat ini.

Terdahulu, bomba melaporkan dua kanak-kanak dan seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas disyaki mandi di kolam latihan kereta kebal sedalam tujuh kaki (kira-kira 2.1 meter) di sebuah kem tentera di Temerloh.

10830.jpeg
10833.jpeg
10835.jpeg
10839.jpeg
10841.jpeg
 
5197.jpeg
5199.jpeg


Lelaki hilang jatuh sungai ditemui lemas

KINABATANGAN: Pencarian seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti memancing bersama rakannya di Sungai Milan Kampung Bulot, Tongod, Sabtu lalu berakhir apabila ditemukan lemas, pagi tadi.

Reczelco Aslan, 24, ditemukan terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan penduduk kampung di sungai tempat mangsa dilaporkan hilang, kira-kira jam 7 pagi.

Difahamkan, mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam sungai berkenaan ketika mahu mengambil botol airnya, sebelum rakannya membuat panggilan kecemasan mengenai kehilangannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamalluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.25 petang, Ahad lalu.

Katanya, sepasukan empat anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi SAR.

“Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang awam.

“Sebaik tiba, pasukan bomba segera mendapatkan maklumat mangsa terbabit, sebelum operasi SAR dijalankan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan SAR menjalankan operasi dengan radius pencarian lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Pasukan SAR terpaksa menelusuri hilir sungai menggunakan bot penyelamat bersama dengan agensi lain dan orang awam.

“Mangsa kemudian ditemukan terapung di sungai berkenaan pada hari ketiga SAR dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian,” katanya.

Nurul Azlan Shah berkata, mayat mangsa terbabit telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir di lokasi kejadian, sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.18 pagi,” katanya.

Terdahulu, mangsa Reczelco Aslan dikhuatiri lemas selepas hilang di sungai Kampung Bulot, Tongod pada Ahad lalu.

Mangsa terbabit dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti di sungai berkenaan, sebelum laporan dibuat oleh orang awam. – Info X



Kredit: INFO X
 
3820.jpeg
3823.jpeg
3826.jpeg
3830.jpeg
3833.jpeg
3836.jpeg

OPERASI SAR HARI KEDUA KANAK-KANAK HILANG DI SUNGAI DEKAT LAHAD DATU TELAH DIJUMPAI

3.2.2024: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari kedua seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang hilang di sungai telah dimulakan oleh pasukan penyelamat pada jam 6.00 pagi dengan menggunakan kaedah pencarian "surface searching".

2 buah bot penyelamat telah digunakan bagi menyelusuri sungai sejauh 2 KM dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Terdahulu, pihak Bomba dimaklumkan tentang kejadian tersebut pada jam 4.39 petang, 2 Februari 2024 melalui talian MERS999 yang berlaku di Kampung Tabanak, Lahad Datu, Sabah.

Anggota Bomba daripada BBP Lahad Datu telah digerakkan ke lokasi kejadian dengan membawa jentera FRT, kenderaan Unit EMRS dan Bot Penyelamat.

Pegawai Operasi, PBK II Mohammud bin Punya turut melaporkan, pada awal kejadian terdapat 2 orang mangsa yang dikatakan sedang melakukan aktiviti mandi manda di sungai bersama rakan-rakannya sebelum kedua-duanya lemas.

Namun, salah seorang mangsa telah berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala seorang lagi mangsa masih hilang.

Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Agensi lain yang turut membantu dalam operasi pada kali ini adalah pihak APM dan Jabatan Perhilitan.

Mangsa lemas telah dijumpai pada jam 11:30 pagi oleh orang awam (abang kandung mangsa) iaitu 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas dan disahkan meninggal dunia.

Mangsa telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya. Operasi SAR telah ditamatkan pada jam 12:00 tengah hari.

- Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
 
5910.jpeg
5913.jpeg
5916.jpeg
5919.jpeg
5922.jpeg

DUA KES KEJADIAN PELAJAR LEMAS MELIBATKAN TIGA MANGSA

4.2.203, Ahad : Lahad Datu digemparkan dengan dua kejadian lemas secara berturut-turut. Kejadian terkini pada jam 10:45 pagi hari ini, seorang pelajar tingkatan lima yang sedang bermandi manda bersama rakan-rakan didapati lemas di satu pusat rekreasi air terjun di daerah ini.

Kejadian ini berlaku sebelum sampai 24 jam kes operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Sungai Kg. Tabanak ditamatkan.

Dalam kes di sungai Kg. Tabanak ianya melibatkan 2 orang pelajar sekolah rendah telah disahkan meninggal akibat lemas semasa sedang bermain air ditepi sungai tersebut. Mangsa pertama berjaya ditemui oleh orang awam pada hari kejadian. Manakala seorang lagi berjaya ditemui pada hari berikutnya.

Orang awam khususnya para ibu bapa dinasihatkan agar peka dan cakna terhadap aktiviti anak masing-masing khususnya semasa musim cuti persekolahan yang bertembung dengan musim Monsun Timur Laut di negeri Sabah. Sebarang aktiviti di air hendaklah ditangguhkan terlebih dahulu sehingga musim hujan reda.

Pihak pengurusan sekolah pula diminta memainkan peranan penting sebagai platfom dalam memberi nasihat dan peringatan tegas kepada semua pelajar agar tidak terlibat dengan aktiviti di air semasa musim cuti persekolahan yang bakal tiba.

Dua kes kejadian lemas yang melibatkan tiga orang mangsa ini sepatutnya menjadi pengajaran yang baik kepada kita semua agar dapat memastikan kejadian lemas seperti ini tidak berulang pada masa akan datang.

Ketua Balai, BBP Lahad Datu

- BBP LAHAD DATU
 
4454.jpeg
4457.jpeg
4460.jpeg
4463.jpeg
4466.jpeg
4469.jpeg
4472.jpeg

Lemas sewaktu ambil bot kawalan jauh di tengah sungai

KUALA NERUS – Gara-gara cuba mengambil bot kawalan jauh yang rosak di tengah sungai, seorang pemuda maut akibat lemas di Sungai Nerus berhampiran Jeti Nelayan Kampung Bukit Tumbuh di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, mangsa, Ahmad Yusof Din, 24, yang berenang sejauh kira-kira 20 meter dari tebing, lemas sebelum tenggelam ke dasar sungai berkenaan.

Seorang rakan Ahmad Yusof berusia 26 tahun yang cuba menyelamatkan mangsa juga hampir lemas namun sempat disempatkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, sebelum kejadian, mangsa dan rakannya dikatakan bermain bot kawalan jauh di kawasan sungai berkenaan.

“Bot kawalan jauh milik mangsa dikatakan mengalami kerosakan menyebabkan mangsa nekad berenang untuk mendapatkannya semula.

“Dia kemudiannya lemas sebelum rakannya cuba membantu tetapi hampir lemas sebelum diselamatkan orang ramai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azmi berkata, seramai 16 anggota termasuk pasukan penyelamat di air (PPDA) bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kejadian lemas itu pada pukul 10.55 malam.

Beliau berkata, mayat Ahmad Yusof berjaya ditemui tertiarap di dasar sungai sedalam kira-kira 12 meter pada pukul 12.56 tengah malam tadi. – KOSMO! ONLINE
 
2219.jpeg
2223.jpeg
2226.jpeg
2229.jpeg
2232.jpeg
2235.jpeg
2238.jpeg

𝐌𝐀𝐘𝐀𝐓 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐃𝐈𝐓𝐄𝐌𝐔𝐈 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐀𝐋𝐎𝐍𝐆

𝟎𝟏.𝟎𝟐.𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝟏𝟖:𝟑𝟔:𝟎𝟎

Sepasukan Bomba dari Balai Bomba & Penyelamat Tanjung Karang dikejarkan ke lokasi Khidmat Khas Mengangkat Mayat di Tali Air 3, Ban 3. Ketika pasukan bomba tiba dilokasi kejadian, didapati benar terdapat (1) perempuan warga emas didalam palong sawah anggaran kedalaman 4 kaki.

Pasukan Bomba dari BBP Tanjung Karang dengan (6) keanggotaan diketuai oleh Komander Operasi, PBK I (KUP) Zuraini Binti Mohamed Rawian terlibat dalam operasi mengangkat mangsa dengan menggunakan strecher dan serah kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

- BBP TANJONG KARANG
 
Seorang maut, empat dikhuatiri lemas dalam tragedi kepala air di Bidor

Oleh UtusanTV -February 7, 2024

eorang wanita ditemukan lemas manakala empat lagi masih hilang dalam kejadian kepala air di Kampung Poh dekat Bidor hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata mayat wanita itu ditemukan penduduk kampung kira-kira 1 kilometer dari tapak perkelahan mereka.

Beliau berkata empat individu itu membabitkan seorang wanita dan tiga orang kanak-kanak, manakala seorang wanita dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang turut menyertai perkelahan itu terselamat dalam kejadian tersebut.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor menerima panggilan pada 4.03 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira sembilan minit kemudian.

“Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa sedang dijalankan ketika ini,” katanya dalam kenyataan.

— BERNAMA


5784.jpeg
5788.jpeg
 
5986.jpeg
5988.jpeg
5990.jpeg
5992.jpeg

Ibu cuba selamatkan anak punca dua beranak lemas

TAWAU – Wanita yang ditemukan lemas di kolam berhampiran rumahnya di Kampung Nasib Kita, di sini semalam dipercayai cuba menyelamatkan anaknya sebelum dua beranak terbabit lemas.

Suriani Amir, 41, dan anak lelakinya Risdy Rudy, 7, ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa sudah dijalankan di Unit Forensik Hospital Tawau pada pukul 10 hingga 12 tengah hari tadi.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pakar patologi mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah yang didapati terhadap kedua-dua mangsa.

“Selain itu, tiada kesan lebam, hirisan, tetakan akibat kejadian jenayah ataupun kejadian rogol,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, punca kematian kedua-dua mangsa adalah disebabkan mati lemas.

“Siasatan mendapati mangsa kanak-kanak dipercayai telah lemas di dalam kolam dan ibunya cuba untuk menyelamatkan namun tidak berjaya dan turut lemas bersama anaknya dan siasatan masih diteruskan, bagaimanapun setakat ini kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

Terdahulu, wanita bersama anaknya ditemukan lemas di dalam kolam berhampiran rumah mereka oleh orang kampung di Kampung Mangga, Jalan Nasib Kita semalam. – KOSMO! ONLINE
 
10223.jpeg
10226.jpeg
10229.jpeg
10232.jpeg

REMAJA LELAKI LEMAS DI SUNGAI SEMPAT DISELAMATKAN ORANG AWAM

9.2.2024: JBPM Negeri Kelantan dikejutkan dengan panggilan kejadian lemas pada jam 11.29 pagi yang berlaku di Bukit Bakar, Machang, Kelantan.

Bertindak atas maklumat, pasukan Bomba daripada BBP Machang seramai 6 orang telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja panggilan diterima dengan menaiki jentera FRT dan kenderaan Toyota Hilux.

Menurut Komander Operasi, PBK II Mokhtar bin Che Mah, kejadian itu melibatkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang telah lemas ketika sedang mandi di sungai.

Mangsa bagaimanapun sempat diselamatkan oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum pasukan Bomba tiba di lokasi.

Mangsa kemudiannya telah diberikan perawatan awal (bantuan CPR) oleh pasukan Bomba bersama pegawai perubatan KKM sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

- Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

#infosemasa
@infosemasaofficial
 
REMAJA LELAKI LEM@S DI SUNGAI SEMPAT DISELAMATKAN ORANG AWAM

9.2.2024: JBPM Negeri Kelantan dikejutkan dengan panggilan kejadian lemas pada jam 11.29 pagi yang berlaku di Bukit Bakar, Machang, Kelantan.

Bertindak atas maklumat, pasukan Bomba daripada BBP Machang seramai 6 orang telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja panggilan diterima dengan menaiki jentera FRT dan kenderaan Toyota Hilux.

Menurut Komander Operasi, PBK II Mokhtar bin Che Mah, kejadian itu melibatkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang telah lem@s ketika sedang mandi di sungai.

M@ngsa bagaimanapun sempat diselamatkan oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum pasukan Bomba tiba di lokasi.

M@ngsa kemudiannya telah diberikan perawatan awal (bantuan CPR) oleh pasukan Bomba bersama pegawai perubatan KKM sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Balai Bomba Machang
Balai Bomba Dan Penyelamat Machang
JBPM Negeri Kelantan

10792.jpeg
10795.jpeg
10798.jpeg
10801.jpeg
 
Back
Top
Log in Register