BTC USD 82,749.1 Gold USD 4,117.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Info kes lemas harian

3607.jpeg

Lelaki Sri Lanka lemas di Sungai Klang

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Sri Lanka meninggal dunia dipercayai lemas di Sungai Klang, berhampiran Sunway Putra Mall, di sini, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.06 malam.

Seramai 20 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul serta BBP Jalan Hang Tuah diarahkan ke lokasi.

Menurut Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafizan Hassan berkata, operasi pencarian mangsa di lokasi sekitar dilakukan menggunakan kayak.

“Operasi ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah malam dan disambung semula pada pukul 9 pagi ini.

“Anggota menjumpai mayat mangsa terapung 100 meter dari lokasi, dengan kedalaman air satu meter di tebing sungai pada pukul 10.08 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, mayat lelaki berusia 37 tahun itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -KOSMO! ONLINE.
 
MANGSA LEMAS SUNGAI KLANG DEKAT SUNWAY PUTRA MALL TELAH DITEMUI

14.2.2024: Satu kejadian melibatkan seorang lelaki disyaki telah lemas di Sungai Klang akibat hanyut dibawa arus yang berlaku pada malam tadi berhampiran Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur telah ditemui oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), JBPM Kuala Lumpur pada jam 10.08 pagi ini.

Pihak Bomba menerima panggilan tentang kejadian lemas tersebut pada jam 10.06 malam, 13 Februari 2024 sebelum menggerakkan pasukan Bomba daripada BBP Sentul serta dibantu oleh anggota PPDA daripada BBP Hang Tuah ke lokasi kejadian sejurus panggilan diterima. Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Bintang turut hadir di lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi Kanan, TPgB II Mohd Hafizan bin Hassan, mangsa berjaya ditemui dalam jarak 100 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan lemas.

Mangsa merupakan lelaki dewasa berusia 37 tahun dan pemegang kad UNHCR warganegara Sri Lanka berjaya dibawa naik dari tebing oleh pasukan penyelamat.

Namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM sebelum diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Setelah selesai, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.38 pagi.

Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Hang Tuah
#BalaiBombaSentul
Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P Kuala Lumpur
Bomba Kuala Lumpur

3332.jpeg
 
2876.jpeg

Pembantu gerai lemas ketika mandi di Sungai Kelantan

MACHANG – Kegembiraan seorang pembantu gerai mandi di Sungai Kelantan dekat Kampung Haul, di sini bersama sepupunya berakhir tragedi apabila dia dikhuatiri lemas di sungai itu, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, Nurul Farisya Awang Noh, 24, tenggelam di dalam sungai, manakala sepupunya, Rosmaira Maisara Muhamad Azam, 13, sempat menyelamatkan diri.

Kakak mangsa, Norazirah, 24, berkata, Nurul Farisya dikatakan sempat mencapai tangan Rosmaira Maisara ketika lemas, namun genggamannya terlepas kerana kayu yang dipijak patah.

Menurutnya, dia yang tinggal di Batu 30, di sini menerima panggilan daripada sepupunya kira-kira pukul 3 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Saya difahamkan Nurul Farisya ke sungai berkenaan bersama seorang sepupu dan dua budak lelaki yang memancing tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Sebaik menyedari adik saya hilang, Rosmaira Maisara bergegas memaklumkan kejadian itu kepada keluarga kami yang tinggal tidak jauh dari situ,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, sebentar tadi.

Norazirah memberitahu, adiknya bekerja sebagai pembantu gerai di Pulau Pinang dan pulang bercuti ke kampung sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, Penyelia Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Noorzaidi Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.16 petang tadi sebelum seramai 14 pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dijumpai di kawasan sungai itu kira-kira pukul 7 malam tadi. – KOSMO! ONLINE
 

Seorang remaja perempuan berumur 19 tahun ditemukan lemas di sebatang sungai di Kampung Pasir Era dekat Kuala Krai, Kelantan pada Sabtu.

Kredit Video : Orang Awam
 

TERENGGANU 18/02/2024.

Makluman awal kejadian lemas dekat Pantai Batu Buruk, hari ini.

Sumber: Media sosial
 
3919.jpeg
3922.jpeg
3925.jpeg
3928.jpeg
3931.jpeg
3934.jpeg
3937.jpeg
3940.jpeg
3943.jpeg
3946.jpeg

18/02/2024 (AHAD)

Bantuan menyelamat mangsa lemas di Jeti Polis Marin Jalan Bintawa..Anggota BBP Tabuan Jaya hadir ke lokasi dengan jentera FRT scania bersama kenderaan hilux dengan bot aluminium..Mangsa telah dibawa dari lokasi mangsa dijumpai menggunakan bot Polis Marin ke Jeti dan seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya..

- BBP TABUAN JAYA
 
Gambar & video susulan kes lemas di batu burok

4101.jpeg
4104.jpeg



4109.jpeg
4112.jpeg
4115.jpeg
4118.jpeg
4121.jpeg
4124.jpeg
4127.jpeg
4130.jpeg
 
4758.jpeg
4761.jpeg

Kanak-kanak 12 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Kuala Sat

JERANTUT – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Kuala Sat, Ulu Tembeling dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang penduduk pada pukul 5.56 petang hari ini.

“Maklumat awal mangsa bernama Mustaqim Rizman berusia 12 tahun merupakan murid sekolah rendah beralamat di Kampung Kuala Sat dekat sini. Penyelarasan awal penugasan mencari mangsa diselaraskan oleh polis bersama pihak bomba serta penduduk tempatan,”katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Tahan, Mohd Azam Mohd Abdul Latif berkata, anggota bomba bergegas ke tempat kejadian setelah menerima maklumat pada pukul 5.32 petang.

“Seramai enam anggota bomba dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian dan melakukan operasi mencari dan menyelamat dengan menggunakan bot penduduk kampung,” katanya. – KOSMO! ONLINE
 
4797.jpeg

"Tolong, serius aku lemas!"

KUALA KRAI: "Tolong, serius aku lemas!"

Jeritan terakhir itu dilaungkan Nurul Fairiefsa Zaidi, 19, kepada anak saudaranya sebelum tenggelam di Sungai Kelubi di Kampung Kelubi, petang semalam.

Anak saudaranya, Rosmaira Maisara Mohd Azan, 13, berkata mangsa mengajaknya memancing udang di sungai berkenaan kira-kira jam 1 tengah hari dengan ditemani dua saudara dan seorang rakan.

Selesai memancing, katanya, mangsa mengajak mereka mandi sungai.

"Bagaimanapun, dia dibawa arus secara tiba-tiba dan dalam kekalutan itu, arwah sempat memaut tangan serta menarik rambut saya sebelum hilang dari pandangan.

"Saya terselamat kerana sempat berpaut pada dahan pokok. Dua saudara yang ada bergegas mendapatkan bantuan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Kelubi, di sini, hari ini.

Katanya, Nurul Fairiefsa yang bekerja di kedai makan di Pulau Pinang, pulang ke kampung pada 8 Februari lalu untuk bercuti dan menghadiri kenduri saudara.

Dalam kejadian semalam, Nurul Fairiefsa dilaporkan hilang selepas mandi sungai sebelum mayatnya ditemukan kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.


Kredit: Berita Harian
 
LAPORAN TERKINI: OPERASI PENCARIAN KANAK-KANAK DIKHUATIRI LEMAS @ KAMPUNG KUALA SAT

Hari ini, saya telah bersama-sama dengan penduduk kampung Kuala Sat, pihak polis, pasukan bomba & penyelamat dan angkatan pertahanan awam bagi mendapat perkembangan terkini operasi pencarian kanak-kanak lemas di Kampung Kuala Sat yang dimulakan seawal 8.45 pagi. Cuaca disini sangat panas, namun suasananya teramatlah suram..

Taklimat operasi telah disampaikan oleh PBT Norzaide, Ketua Balai Bomba & Penyelamat Kuala Tahan. Saya dimaklumkan, arus air di dasar sungai agak deras dan memberi cabaran tambahan dalam operasi mencari mangsa.
Radius operasi pencarian dilakukan sejauh 1KM daripada lokasi lemas.

Marilah sama-sama kita doakan agar kesemua anggota operasi yang terlibat selamat menjalankan tugas dan operasi pencarian adik Ali Mustakin dipermudahkan dan dijumpai segera 🤲🏻

‎ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير

‎”Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan.

1940.jpeg
1943.jpeg
1946.jpeg
1949.jpeg
1952.jpeg
1955.jpeg
 
Back
Top
Log in Register