BTC USD 85,501.8 Gold USD 4,318.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Info kemalangan harian terkini seluruh negara

14303669709376037-420787.jpg

14303669709376037-420788.jpg







Pelajar KV Kangar maut motosikal bertembung bas


Arau: Pelajar Kolej Vokasional (KV) Kangar maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah bas di Jalan Alor Redis-Jejawi di sini, hari ini.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika bas yang dipandu lelaki berusia 31 tahun itu sedang dalam perjalanan dari arah Alor Setar, Kedah menuju ke Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra di Kangar.

"Bas berkenaan sedang bergerak lurus di lorong kiri dari arah Jejawi menghala ke Alor Redis, manakala motosikal Honda C100 yang ditunggang mangsa dari arah Tambun Tulang dipercayai memotong dan masuk ke laluan bertentangan.

"Pemandu bas cuba menekan brek dan mengelak, namun akibat jarak yang terlalu dekat, kenderaan itu melanggar bahagian hadapan motosikal," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HTF dan proses bedah siasat dijalankan jam 3.30 petang.

"Pemandu bas dan kelindannya yang berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan lanjut turut mendapati remaja terbabit menunggang motosikal milik ibunya dan tidak memiliki lesen memandu yang sah," katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Artikel Harian Metro
 

Kemalangan 11 Kenderaan: Tiga Sekeluarga Maut Selepas Sambut Hari Kebangsaan​

0ea292cbd1e2537d77acb66405a8733c6a96a0250c391

9c276b365e325ed7b87ac49360ad425b6a96a0d034662

1aaf6be415e1c26510ee602d322823ac6a96a1753cda1

Gambar kenangan pasangan suami isteri Allahyarham Muhammad Nazatul Nazmi, 32, dan Allahyarhamah Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan Kassim, 32, serta anak mereka Allahyarham Muhammad Armaan Nazeef, 4, yang maut dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur di Lanchang malam tadi. Tiga sekeluarga itu dipercayai baru pulang dari Putrajaya selepas menyambut Hari Kebangsaan.

- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Tiga sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur di Lanchang, di sini malam tadi, baru pulang dari Putrajaya selepas menyambut Hari Kebangsaan.

Mohd Kazwan Mohd Kassim, 59, berkata anaknya Nur Atiqah Sofiya dan suami Muhammad Nazatul Nazmi serta anak pasangan itu Muhammad Armaan Nazeef juga kali pertama menghadiri sambutan Hari Kebangsaan di sana.

Mohd Kazwan berkata mengetahui tentang kemalangan itu pada 7.50 pagi tadi selepas melihat hantaran di media sosial.

“Saya cakap dalam hati, semoga ini bukan anak saya sebab S70 itu macam kereta anak saya sehingga saya menerima panggilan yang mengatakan benar itu anak saya,” katanya kepada pemberita di Unit Perubatan Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini hari ini.

Sementara itu, sepupu mangsa Nur Awatif Adawiyah Abdul Aziz, 30 berkata Nur Atiqah Sofiya sempat menghantar gambar suasana sambutan Hari Kebangsaan dalam kumpulan WhatsApp keluarga dan memuat naik gambar di Instagram story.

“Banyak gambar mereka ambil satu keluarga. Kami tidak sangka itu menjadi kenangan terakhir,” katanya.

Difahamkan, jenazah tiga sekeluarga itu akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Kampung Paya Luas di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan.

Muhammad Nazatul dan Nur Atiqah Sofiya masing-masing berusia 32 tahun serta anak lelaki mereka Muhammad Armaan Nazeef berusia empat tahun antara empat yang maut dalam kemalangan di lebuh raya itu semalam.

Seorang lagi mangsa yang maut ialah penumpang Honda CR-V, Seow Beng Wain, 55, dari Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.

 
Warga emas maut digilis lori dipercayai lupa tarik brek tangan

Alor Gajah: Seorang lelaki warga emas maut digilis lori yang dipandunya selepas kenderaan itu menggelongsor di hadapan sebuah kilang ayam di Taman Mawar, Machap Baru di sini, hari ini.


"Mangsa dipercayai terlupa menarik brek tangan yang menyebabkan lori itu menggelongsor sebelum melanggar dan menggilis mangsa.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ➡️ BERNAMA
 



Sumber StarMm
 

 


Lokasi : Senggarang

Kredit video owner 🎥
 
14313517155563717-424679.jpg

14313517155563717-424680.jpg

14313517155563717-424681.jpg

14313517155563717-424682.jpg

14313517155563717-424683.jpg

14313517155563717-424684.jpg


Tiga kereta rosak teruk dihempap tembok konkrit pagar


SEREMBAN - Tiga kenderaan mengalami kerosakan teruk selepas dihempap runtuhan tembok konkrit pagar sebuah rumah di Taman Jayamas di sini pada Sabtu.

Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu melibatkan kereta jenis Toyota Vios, Perodua Viva dan Proton Persona.

Pemilik rumah, V Tiagarajan, 43, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur, namun terjaga apabila terdengar bunyi guruh agak kuat yang kemudiannya disusuli bunyi runtuhan.

"Walaupun ia tidak melibatkan harta benda keluarga saya, tetapi apabila melihat kenderaan jiran mengalami kerosakan, saya turut berasa susah hati," katanya ketika ditemui di lokasi pada Sabtu.

Menurutnya, tembok pagar tersebut masih dalam proses pembinaan dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh dua minggu lagi.

Ujarnya, dia sudah memaklumkan kejadian itu kepada pihak kontraktor dan laporan polis juga telah dibuat.

"Nasib baik kejadian ini tidak melibatkan nyawa. Apabila melihat kesan runtuhan ini, ia agak menakutkan.

"Saya juga tidak boleh menyalahkan kontraktor kerana struktur tanah yang runtuh," katanya.

Sementara itu, pemilik kenderaan, May Lim, 58, berkata, dia terjaga daripada tidur apabila terdengar alat penggera kereta anaknya berbunyi.

"Bunyi alat penggera kereta itu tidak berhenti-henti walaupun anak saya sudah cuba mematikannya.

"Apabila kami melihat di luar rumah, tembok pagar batu rumah jiran telah runtuh dan menghempap kereta Toyota Vios milik anak saya serta Perodua Viva yang diparkir di luar rumah," katanya.

Menurutnya, dia pasrah dengan kejadian yang berlaku, malah jirannya juga bersedia untuk bertanggungjawab.

Katanya, sesiapa pun tidak mahu kejadian seperti ini berlaku, namun dia bersyukur kerana tiada nyawa yang terlibat.

"Kebiasaannya, anak saya akan memarkir kereta Toyota Vios miliknya di ruang parkir rumah. Tetapi kali ini dia meletakkannya di luar dan tidak sangka kejadian buruk ini berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri( ADUN) Lobak, Chew Seh Yong turut berada di lokasi melihat kejadian berlaku.

Artikel Sinar Harian
 


King tak pernah mengecewakan, owner H pun satu hal, dh buka pintu tu cepat² masuk dan tutup pintu lah, apa duk terhegeh²... Tak pasal² pintu berlipat sebelah sana, tak usah lah tutup pintu tu.

Video Kredit: Owner
 
Back
Top
Log in Register