hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,546
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,546
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Pelajar KV Kangar maut motosikal bertembung bas
Arau: Pelajar Kolej Vokasional (KV) Kangar maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah bas di Jalan Alor Redis-Jejawi di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika bas yang dipandu lelaki berusia 31 tahun itu sedang dalam perjalanan dari arah Alor Setar, Kedah menuju ke Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra di Kangar.
"Bas berkenaan sedang bergerak lurus di lorong kiri dari arah Jejawi menghala ke Alor Redis, manakala motosikal Honda C100 yang ditunggang mangsa dari arah Tambun Tulang dipercayai memotong dan masuk ke laluan bertentangan.
"Pemandu bas cuba menekan brek dan mengelak, namun akibat jarak yang terlalu dekat, kenderaan itu melanggar bahagian hadapan motosikal," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HTF dan proses bedah siasat dijalankan jam 3.30 petang.
"Pemandu bas dan kelindannya yang berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Siasatan lanjut turut mendapati remaja terbabit menunggang motosikal milik ibunya dan tidak memiliki lesen memandu yang sah," katanya.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Artikel Harian Metro