BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Industri Muzik Tanah Air Perlu Terus Dihargai, Diberi Ruang Sewajarnya - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Industri Muzik Tanah Air Perlu Terus Dihargai, Diberi Ruang Sewajarnya - Fahmi​

ff894dd988ef8a51b6752378430d9a406a37a1c4eacc1

Kredit: FB - Fahmi Fadzil

Industri muzik tanah air perlu terus diberikan ruang sewajarnya dan dihargai atas peranannya yang besar dalam menyatukan masyarakat serta membentuk identiti budaya negara.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata muzik mempunyai kekuatan luar biasa yang melangkaui sempadan bahasa, budaya dan latar belakang kehidupan untuk menyentuh hati setiap lapisan rakyat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga industri kreatif atas sumbangan berterusan mereka dalam memartabatkan seni suara negara.

"Setiap karya ada cerita, jiwa, dan suara yang membentuk warna sebuah masyarakat.

"Terima kasih kepada semua penggiat seni, pemuzik, pencipta lagu, penyanyi, penerbit dan seluruh warga industri yang terus menghidupkan dunia muzik tanah air," katanya menerusi hantaran di Facebook bersempena dengan sambutan Hari Muzik Sedunia yang diraikan hari ini.

Fahmi turut berharap agar industri muzik tempatan akan terus berkembang maju serta mendapat pengiktirafan selayaknya.

 
Back
Top
Log in Register