BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KDN, LPF Terus Dukung Perkembangan Industri Perfileman Negara, Sediakan Ruang Penggiat Seni Berkarya

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KDN, LPF Terus Dukung Perkembangan Industri Perfileman Negara, Sediakan Ruang Penggiat Seni Berkarya​

b7bab1e6441e2ea91d1f13c8d1aa411d6a8eb1d77328d


Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Lembaga Penapis Filem (LPF) akan terus mendukung perkembangan industri perfileman negara dengan menyediakan ruang yang lebih luas kepada penggiat seni untuk menghasilkan karya kreatif, segar, kritis dan berkualiti.

Menurut KDN, pada masa yang sama, tanggungjawab untuk memelihara keselamatan, ketenteraman awam, keharmonian masyarakat dan kepentingan negara akan terus dilaksanakan secara tegas dan profesional.

“Keterbukaan dalam berkarya dan tanggungjawab terhadap kepentingan negara perlu bergerak seiring. Keseimbangan ini penting dalam membina ekosistem perfileman Malaysia yang matang, berdaya saing dan diyakini masyarakat,” menurut kenyataan KDN hari ini.

KDN melalui LPF menyambut baik saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar industri perfileman negara diberikan ruang yang lebih terbuka untuk berkarya, bereksperimen, menyampaikan pandangan serta mengembangkan pemikiran kreatif dan kritis.

Menurut KDN, aspirasi ini selari dengan usaha memperkasakan industri perfileman Malaysia supaya terus berkembang, inovatif, kompetitif dan relevan dengan perubahan masyarakat serta perkembangan teknologi.

Dalam pada itu, KDN menjelaskan bahawa klasifikasi dan penapisan ialah dua proses yang berbeza tetapi saling melengkapi di bawah Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620].

Klasifikasi menentukan kesesuaian sesuatu kandungan mengikut kategori umur penonton, manakala proses tapisan menilai kandungan secara menyeluruh berdasarkan undang-undang, dasar dan garis panduan yang berkuat kuasa.

“Justeru, pemberian sesuatu klasifikasi umur tidak bermaksud sesebuah filem dikecualikan daripada proses tapisan.

“Setiap filem tetap melalui proses tapisan dan penilaian oleh LPF. Namun, sesuatu kandungan tidak semestinya memerlukan pemotongan sekiranya hasil penilaian mendapati kandungan tersebut masih sesuai dikekalkan di bawah klasifikasi umur yang ditetapkan,” menurut KDN.

 
Back
Top
Log in Register