BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Industri Budaya, Kreatif Sumbang 6.8 Peratus Kepada KDNK 2024 - DOSM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
1fb1d1abe6bdfc89fd4d541788c6ddaf692ed87a5bd35

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin

Industri budaya dan kreatif Malaysia mencatatkan prestasi kukuh apabila menyumbang 6.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2024, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata Akaun Satelit Budaya dan Kreatif 2024 yang julung kali diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan industri itu terus berkembang kepada RM130.7 bilion atau 7.1 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2023.

“Penerbitan julung kali itu ialah inisiatif yang dilaksanakan oleh DOSM untuk menyediakan statistik terperinci bagi menjelaskan impak aktiviti budaya dan kreatif terhadap ekonomi Malaysia.

“Secara khususnya, statistik itu memberikan anggaran sumbangan industri budaya dan kreatif kepada KDNK, eksport, import dan guna tenaga dalam industri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata industri budaya dan kreatif terdiri daripada domain teras dan transversal, dengan domain teras merupakan kumpulan aktiviti ekonomi dan sosial yang secara tradisi dikaitkan dengan budaya, manakala domain transversal menyokong domain teras.

Mohd Uzir berkata domain teras naik 7.8 peratus pada 2024 berbanding tujuh peratus pada tahun sebelumnya, dipacu oleh reka bentuk dan perkhidmatan kreatif, yang disokong oleh pertumbuhan perkhidmatan kejuruteraan, arkitek dan pengiklanan, selain buku dan media cetak serta audiovisual.

Beliau berkata dalam tempoh sama, domain transversal meningkat sebanyak 6.6 peratus berbanding 3.1 peratus pada 2023, didorong oleh peralatan dan peranti pelbagai guna dengan pertumbuhan 8.4 peratus, pendidikan budaya (8.1 peratus) dan festival (15 peratus).

Dari segi perdagangan antarabangsa, Mohd Uzir berkata eksport produk kreatif memulih kepada 12.4 peratus (RM63 bilion) pada 2024, berbanding penurunan 1.1 peratus pada tahun sebelumnya.

“Import produk kreatif pula terus mencatatkan pertumbuhan dua angka, iaitu 15.8 peratus (RM43.9 bilion) berbanding 22.3 peratus pada 2023,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register