BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imigresen Tahan 22 Warga Asing Di Johor Bahru

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
fed15469528c3da83b2415e9c0ca23ab69e452da331ac


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 22 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam Ops Selera dan Ops Sapu yang dijalankan di sekitar bandar raya ini, Jumaat lepas.

Pengarah Imigresen Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata operasi bermula 10 malam itu menyasarkan premis perniagaan dan kediaman, khususnya premis masakan tomyam yang dikenal pasti menggaji atau menjadi tempat berkumpul warga asing tanpa dokumen sah.

“Operasi dijalankan hasil maklumat awam dan risikan. Kesemua ditahan terdiri daripada 10 lelaki warga Thailand, Indonesia (lima lelaki dan empat wanita) serta tiga wanita Myanmar berusia antara 18 hingga 52 tahun, yang dipercayai pekerja dan pelanggan serta tinggal di premis terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rusdi berkata mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata empat Borang 29 iaitu saman kepada saksi telah dikeluarkan sepanjang pemeriksaan bagi membantu siasatan.

 
Back
Top
Log in Register