BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imigresen serbu KLCC

lampor_2003

Legendary Member
gem
Messages
11,056
Joined
Jan 26, 2009
Messages
11,056
Reaction score
141
Points
123
xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.sfc2n0jsLc.webp

ANTARA warga asing yang ditahan.

Kuala Lumpur: Hajat sepasang kekasih warga Indonesia bersiar-siar sempena cuti hujung minggu untuk melihat keindahan Menara Berkembar PETRONAS terbantut apabila ditahan di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini, semalam.

Pasangan berusia 20-an itu antara 350 warga asing diperiksa dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen bagi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula jam 10 pagi di sekitar pusat beli-belah itu.


Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan) Datuk Sakib Kusmi berkata, daripada jumlah itu, 170 PATI termasuk empat kanak-kanak ditahan kerana pelbagai kesalahan imigresen.

“Warga Bangladesh yang ditahan seramai 70 orang diikuti Myanmar (60), Indonesia (20) dan negara lain (20).


“Operasi bersepadu besar-besaran itu turut disertai 250 anggota penguat kuasa daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi berkenaan, semalam. Menurutnya, antara kesalahan dikenal pasti termasuk tiada dokumen pengenalan diri sah, tinggal lebih masa di negara ini, dokumen palsu serta pemegang kad pelarian Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tidak diiktiraf.


“Semua yang ditahan berusia antara 20 dan 40 tahun.
“Operasi seumpama ini tidak semestinya dijalankan di kawasan tumpuan pelancong, sebaliknya turut diperluaskan ke kawasan kilang, perumahan dan perindustrian,” katanya.

sumber
 
reunion bekas pekerja2 yg buek KLCC dulu tuh..potong betul la..hehehehe
 
GM chowkit pun dh mati abis dh skang..semua penjaga kedai kena cekup...pakistan...bangla..indon dlm 250 org..
paling sadis melayu pun kena sapu dulu...belakang citer:eek:
skang byk kedai ttp:)
 
GM chowkit pun dh mati abis dh skang..semua penjaga kedai kena cekup...pakistan...bangla..indon dlm 250 org..
paling sadis melayu pun kena sapu dulu...belakang citer:eek:
skang byk kedai ttp:)

tol ker...

lame dah xgi GM chokit...
 
kasi bersih bang
 
time weekend, wat operasi la kt area chow kit..
 
hati2 yer ini mau hantar prk kajang woo...
news mcm nak kasi rakyat hepi,
tapi cambiasa la akhirnya di macaikan
 
patut serbu sekali melaka di melaka sentral.
terutama masa hari2 cuti.
80% semua orang2 asing jer.
 
GM chowkit pun dh mati abis dh skang..semua penjaga kedai kena cekup...pakistan...bangla..indon dlm 250 org..
paling sadis melayu pun kena sapu dulu...belakang citer:eek:
skang byk kedai ttp:)

bagus la cmtu,cina mmg suke amik geng2 pATI ni
 
Back
Top
Log in Register