BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imigresen serbu KLCC

xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.sfc2n0jsLc.webp

ANTARA warga asing yang ditahan.

Kuala Lumpur: Hajat sepasang kekasih warga Indonesia bersiar-siar sempena cuti hujung minggu untuk melihat keindahan Menara Berkembar PETRONAS terbantut apabila ditahan di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini, semalam.

Pasangan berusia 20-an itu antara 350 warga asing diperiksa dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen bagi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula jam 10 pagi di sekitar pusat beli-belah itu.


Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan) Datuk Sakib Kusmi berkata, daripada jumlah itu, 170 PATI termasuk empat kanak-kanak ditahan kerana pelbagai kesalahan imigresen.

“Warga Bangladesh yang ditahan seramai 70 orang diikuti Myanmar (60), Indonesia (20) dan negara lain (20).


“Operasi bersepadu besar-besaran itu turut disertai 250 anggota penguat kuasa daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi berkenaan, semalam. Menurutnya, antara kesalahan dikenal pasti termasuk tiada dokumen pengenalan diri sah, tinggal lebih masa di negara ini, dokumen palsu serta pemegang kad pelarian Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tidak diiktiraf.


“Semua yang ditahan berusia antara 20 dan 40 tahun.
“Operasi seumpama ini tidak semestinya dijalankan di kawasan tumpuan pelancong, sebaliknya turut diperluaskan ke kawasan kilang, perumahan dan perindustrian,” katanya.

sumber

tangkap ramai ramai lepas tu gihantar kat PRK kajang:)):)):)):))
 
depa pun dh ckp kaya dh..siap auntie satu kedai tu sound smlm ada customer ke..tkder ke wa tkder hal punya..hampeh..
paling tk best tk dpt dh cuci mata tgk cewek2 gede:eek:

salam tuan penguatkuasa

kenapa tak buat berterusan,jgn buat lama2 sekali.
kalau berterusan baru betul2 boleh kurangkan PATI ni dgn drastik.

cuba cerita sikit rahsia2 disebalik kegagalan mengurangkan PATI ni.:)
 
macam mana keadaannya,aku penah tengok live serbuan dekat kajang..perghh ributt belari orang macam ampang point tu nak runtuh dipunca lari
 
macam mana keadaannya,aku penah tengok live serbuan dekat kajang..perghh ributt belari orang macam ampang point tu nak runtuh dipunca lari

kalau lari,sah lah bersalah
tembak jer guna paint ball,biar penuh baju seluar.
dah dapat tanda,senang nak cekup.

org ramai pun boleh tolong kalau di minta cekup mrk yg bertanda ni.:D

hendak beribu2 daya.tak hendak 1 jer dalih dah cukup.
 
kalau lari,sah lah bersalah
tembak jer guna paint ball,biar penuh baju seluar.
dah dapat tanda,senang nak cekup.

org ramai pun boleh tolong kalau di minta cekup mrk yg bertanda ni.:D

hendak beribu2 daya.tak hendak 1 jer dalih dah cukup.

bagus idea ini, betul kata saudara
 
kalau lari,sah lah bersalah
tembak jer guna paint ball,biar penuh baju seluar.
Dah dapat tanda,senang nak cekup.

Org ramai pun boleh tolong kalau di minta cekup mrk yg bertanda ni.:d

hendak beribu2 daya.tak hendak 1 jer dalih dah cukup.

player paintball leh wat side income
 
Banyak operasi skrg. nak kasi clear sebelun pilihanraya kajang ke?
 
Back
Top
Log in Register