BTC USD 82,917.4 Gold USD 4,104.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imam bukan Wahabi ditukar?

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Arahan pertukaran beberapa iman di Perlis baru-baru ini telah mencetuskan tanggapan mengenai kemungkinan wujudnya usaha untuk memperluaskan fahaman 'Sunnah Perlis' atau 'Salafi' yang pada masyarakat umum, dikenali sebagai Wahabi.

Walaupun negeri-negeri di Malaysia mengamalkan Mazhab Syafie dalam pengamalan fekah masing-masing, tetapi Perlis merupakan satu-satunya negeri yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab, sebaliknya menggunapakai hujah yang terkuat daripada keempat-empat mazhab utama bagi mengeluarkan sesuatu hukum.

Perdebatan agama sentiasa tercetus di negeri itu ekoran terdapat fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan dalam fahaman 'Sunnah Perlis; antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah, tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh, manakala bacaan bismillah sebelum bacaan al-Fatihah dalam solat, dibaca secara perlahan, berbanding yang diamalkan dalam Mazhab Shafie.

Walaupun Perlis menerima 'Sunnah Perlis' atau 'Salafi' dalam undang-undang tubuh negeri itu, tetapi sejak 40 tahun lalu, ia tidak dikuatkuasakan. Ia juga diterima sebagai tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimanapun, sehingga ini Malaysiakini difahamkan sebahagian besar atau 65 peratus daripada kira-kira 100 masjid di Perlis, tidak mengamalkan 'Sunnah Perlis' tersebut kerana mereka berpegang sepenuhnya kepada ajaran Mazhab Shafie.

Malaysiakini juga difahamkan bahawa dua iman di sebuah masjid di Kangar itu - Masjid Al-A'la Behor Temak - yang tidak mengamalkan fahaman 'Sunnah Perlis' - telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu.

Menurut sumber, fahaman 'Sunnah Perlis' atau 'Salafi' itu mula digiatkan kembali apabila Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi mufti Perlis.

Sumber itu juga mendakwa, mufti sekarang Dr Juanda Jaya, turut meneruskannya.

'Tidak beri alasan pertukaran'

Menurut sumber tersebut, dalam surat yang ditandangani pengarah JAIPs, Malik Hussin, itu juga tidak menyatakan sebab pertukaran itu dengan jelas, tetapi sebaliknya memberikan alasan ia merupakan penyelarasan dan penyusunan semula imam di Perlis.

"Sekarang mereka mula dengan Masjid Al-A'la Behor Temak dulu, nak tengok respons (masyarakat) dulu," katanya sambil menambah, dua lagi masjid di Kangar, Masjid Behor Empiang dan Masjid Jalan Guar Syed Alwi bakal menjadi sasaran seterusnya.

"Mereka sudah pergi dan maklumkan kepada masjid-masjid tersebut," kata sumber itu lagi.

Menurutnya, fahaman tersebut tidak pernah dikuatkuasakan sepanjang Datuk Alim Panglima Mat Jaya Hussin menjadi mufti selama 22 tahun di negeri itu sebelum ini.

Manakala Dr Mohd Asri pula hanya mengeluarkan "fatwa" supaya ajaran itu diikuti, tanpa mengambil tindakan menukarkan imam masjid.

Difahamkan, sebagai tanda bantahan, ketiga-tiga iman masjid di Behor Temak itu meletakkan jawatan pada 31 Ogos, walaupun hanya dua daripada mereka yang terbabit dalam pertukaran tersebut.

Penduduk hantar memo

Beberapa penduduk setempat juga membantah arahan pertukaran JAIPs dan telah menghantar surat rayuan bertarikh 14 September lalu dan memorandum bantahan yang ditandatangai kira-kira 200 penduduk. Ia diposkan kepada JAIPs Sabtu lalu.

Difahamkan juga, beberapa tokoh dalam majlis agama negeri itu dan NGO - Institut Sunnah Perlis - dikaitkan sebagai usaha menggiatkan pengembangan fahaman tersebut.

Di segi sejarahnya, aliran Wahabi diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab di Arab Saudi pada 1701 dan popular di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.

Di Malaysia, ia mula dikembangkan oleh tokoh-tokoh yang dikenali sebagai gerakan Kaum Muda yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah sebelum kemerdekaan negara pada 1957.

Aliran itu dikembangkan daripada pandangan-pandangan Ibnu Taimiyyah - tokoh pembaharuan Islam pada abad kelima selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW - yang membawa idea menyucikan agama dengan kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah, menggalakkan ijtihad dan menolak bid'ah dalam Islam.
 
Pertukaran imam: Penjelasan pengarah Jabatan Agama Islam Perlis

Arahan pertukaran dua imam Masjid Al-A'la di Behor Temak, Kangar, Perlis dibuat berdasarkan keperluan setempat, bukan kerana agenda mengembangkang fahaman Wahabi di negeri itu, jelas Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

"(Mereka ditukar) berdasarkan keperluan di sana. Kadang-kadang hendak sesuaikan dengan keadaan di tempat berkenaan.

"Kalau suatu kawasan itu tidak ada calon iman, kita kena ambil dari tempat lain yang ada sampai tiga imam misalnya. Tidak ada masalah," kata pengarah JAIPs, Malik Hussin, yang menandatangan surat pertukaran mereka.

Beliau diminta mengulas dakwaan terdapatnya usaha mengembangkan aliran Wahabi - yang juga dirujuk sebagai "Sunnah Perlis" atau Salafi - melalui pertukaran iman di negeri itu baru-baru ini.

Difahamkan, dua iman terbabit - yang tidak mengamalkan fahaman Wahabi - telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu, yang didakwa bertujuan memberikan tekanan kepada mereka supaya melepas jawatan tersebut.

Sebagai tanda bantahan, ketiga-tiga imam masjid itu bertindak meletakkan jawatan sebagai pada 31 Ogos lalu

Difahamkan juga, kira-kira 200 penduduk di kariah tersebut turut menggantar memorandum bantahan kepada JAIPs berhubung perkara itu. Ia diposkan kepada JAIPs Sabtu lalu.

Tolak tanggapan

Selepas insiden di Masjid Al-A'la di Behor Temak, Kangar itu, iman di dua lagi masjid - Majlis Behor Empiang dan Masjid Jalan Guar Syed Alwi - didakwa telah mendapat teguran dan bakal menerima nasib yang sama.

Menurut sumber, walaupun negeri berkenaan menerima Sunnah Perlis dalam undang-undang tubuh Perlis, tetapi sejak 40 tahun lalu, ia tidak dikuatkuasakan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Malik berkata, dakwaan itu tidak betul dan salah sama sekali.

Beliau sekaligus menafikan terdapat usaha mengembangkan ajaran Wahabi melalui pertukaran imam masjid yang tidak sealiran dengan fahaman itu.

"Kita tidak paksa ikut. Tidak betul (dakwaan itu). Sejak dari dulu lagi kena ikut keputusan majlis (MAIPs). Ini dasar yang diputuskan pihak berkuasa agama," jelas Malik.

Beliau yang juga setiausaha MAIPs berkata, dalam enakmen syariah negeri itu, telah termaktub bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah diterima sebagai fahaman rasmi di negeri itu.

"Kena ikutlah keputusan majlis agama. Perkara ini tertakluk dalam undang-undang tubuh negeri," katanya.

'Kita beri nasihat'

Ditanya tindakan yang mungkin dikenakan jika terdapat iman yang engkar dengan perkara itu, Malik berkata: "Kita nasihatlah kalau tidak ikut. Semua negeri lain pun macam itu."

Sementara itu, beliau juga berkata, pihaknya setakat ini masih belum menerima memorandum penduduk setempat yang tidak berpuas hati dengan penukaran imam di masjid tersebut.

Di Perlis, sejak dulu lagi, pertembungan antara pendukung Wahabi dan Mazhab Syafie sering berlaku ekoran negeri itu tidak mengamalkan mazhab fekah yang sama dengan negeri lain di seluruh Malaysia.

Perdebatan agama sentiasa tercetus apabila terdapat beberapa fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan, antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah dan tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh.

Aliran yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab di Arab Saudi pada 1701 itu turut popular di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.

Di Malaysia, ia dikembangkan oleh tokoh-tokoh Kaum Muda yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Asas-asal fahaman aliran ini dikembanggkan daripada pandangan-pandangan Ibnu Taimiyyah - tokoh pembaharuan Islam pada abad kelima selepas kewafatan Nabi Muhammad - yang membawa idea menyucikan agama dengan kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah, menggalakkan ijtihad dan menolak bid'ah dan tahyul dalam agama.
 
yeler tu... semua nak mudah aje....
 
Arahan pertukaran beberapa orang imam di Perlis baru-baru ini telah mencetuskan tanggapan mengenai kemungkinan wujudnya usaha untuk memperluaskan fahaman 'Sunnah Perlis' atau 'Salafi' yang pada masyarakat umum, dikenali sebagai Wahabi.

Walaupun negeri-negeri di Malaysia mengamalkan Mazhab Syafie dalam pengamalan fekah masing-masing, tetapi Perlis merupakan satu-satunya negeri yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab, sebaliknya menggunapakai hujah yang terkuat daripada keempat-empat mazhab utama bagi mengeluarkan sesuatu hukum.

Perdebatan agama sentiasa tercetus di negeri itu ekoran terdapat fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan dalam fahaman 'Sunnah Perlis; antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah, tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh, manakala bacaan bismillah sebelum bacaan al-Fatihah dalam solat, dibaca secara perlahan, berbanding yang diamalkan dalam Mazhab Shafie.

Walaupun Perlis menerima 'Sunnah Perlis' atau 'Salafi' dalam undang-undang tubuh negeri itu, tetapi sejak 40 tahun lalu, ia tidak dikuatkuasakan. Ia juga diterima sebagai tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimanapun, sehingga ini Malaysiakini difahamkan sebahagian besar atau 65 peratus daripada kira-kira 100 masjid di Perlis, tidak mengamalkan 'Sunnah Perlis' tersebut kerana mereka berpegang sepenuhnya kepada ajaran Mazhab Shafie.

Malaysiakini juga difahamkan bahawa dua imam di sebuah masjid di Kangar itu - Masjid Al-A'la Behor Temak - yang tidak mengamalkan fahaman 'Sunnah Perlis' - telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu.

Menurut sumber, fahaman 'Sunnah Perlis' atau 'Salafi' itu mula digiatkan kembali apabila Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi mufti Perlis.

Sumber itu juga mendakwa, mufti sekarang Dr Juanda Jaya, turut meneruskannya.

'Tidak beri alasan pertukaran'

Menurut sumber tersebut, dalam surat yang ditandangani pengarah JAIPs, Malik Hussin, itu juga tidak menyatakan sebab pertukaran itu dengan jelas, tetapi sebaliknya memberikan alasan ia merupakan penyelarasan dan penyusunan semula imam di Perlis.

"Sekarang mereka mula dengan Masjid Al-A'la Behor Temak dulu, nak tengok respons (masyarakat) dulu," katanya sambil menambah, dua lagi masjid di Kangar, Masjid Behor Empiang dan Masjid Jalan Guar Syed Alwi bakal menjadi sasaran seterusnya.

"Mereka sudah pergi dan maklumkan kepada masjid-masjid tersebut," kata sumber itu lagi.

Menurutnya, fahaman tersebut tidak pernah dikuatkuasakan sepanjang Datuk Alim Panglima Mat Jaya Hussin menjadi mufti selama 22 tahun di negeri itu sebelum ini.

Manakala Dr Mohd Asri pula hanya mengeluarkan "fatwa" supaya ajaran itu diikuti, tanpa mengambil tindakan menukarkan imam masjid.

Difahamkan, sebagai tanda bantahan, ketiga-tiga imam masjid di Behor Temak itu meletakkan jawatan pada 31 Ogos, walaupun hanya dua daripada mereka yang terbabit dalam pertukaran tersebut.

Penduduk hantar memo

Beberapa penduduk setempat juga membantah arahan pertukaran JAIPs dan telah menghantar surat rayuan bertarikh 14 September lalu dan memorandum bantahan yang ditandatangani kira-kira 200 penduduk. Ia diposkan kepada JAIPs Sabtu lalu.

Difahamkan juga, beberapa tokoh dalam majlis agama negeri itu dan NGO - Institut Sunnah Perlis - dikaitkan sebagai usaha menggiatkan pengembangan fahaman tersebut.

Di segi sejarahnya, aliran Wahabi diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab di Arab Saudi pada 1701 dan popular di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.

Di Malaysia, ia mula dikembangkan oleh tokoh-tokoh yang dikenali sebagai gerakan Kaum Muda yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah sebelum kemerdekaan negara pada 1957.

Aliran itu dikembangkan daripada pandangan-pandangan Ibnu Taimiyyah - tokoh pembaharuan Islam pada abad kelima selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW - yang membawa idea menyucikan agama dengan kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah, menggalakkan ijtihad dan menolak bid'ah dalam Islam.
 
Pertukaran imam: Penjelasan pengarah Jabatan Agama Islam Perlis

Arahan pertukaran dua imam Masjid Al-A'la di Behor Temak, Kangar, Perlis dibuat berdasarkan keperluan setempat, bukan kerana agenda mengembangkang fahaman Wahabi di negeri itu, jelas Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

"(Mereka ditukar) berdasarkan keperluan di sana. Kadang-kadang hendak sesuaikan dengan keadaan di tempat berkenaan.

"Kalau suatu kawasan itu tidak ada calon imam, kita kena ambil dari tempat lain yang ada sampai tiga imam misalnya. Tidak ada masalah," kata pengarah JAIPs, Malik Hussin, yang menandatangan surat pertukaran mereka.

Beliau diminta mengulas dakwaan terdapatnya usaha mengembangkan aliran Wahabi - yang juga dirujuk sebagai "Sunnah Perlis" atau Salafi - melalui pertukaran imam di negeri itu baru-baru ini.

Dua imam terbabit - yang tidak mengamalkan fahaman Wahabi - telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu, yang didakwa bertujuan memberikan tekanan kepada mereka supaya melepas jawatan tersebut.

Sebagai tanda bantahan, ketiga-tiga imam masjid itu bertindak meletakkan jawatan sebagai pada 31 Ogos lalu

Difahamkan juga, kira-kira 200 penduduk di kariah tersebut turut menggantar memorandum bantahan kepada JAIPs berhubung perkara itu. Ia diposkan kepada JAIPs Sabtu lalu.

Tolak tanggapan

Selepas insiden di Masjid Al-A'la di Behor Temak, Kangar itu, imam di dua lagi masjid - Majlis Behor Empiang dan Masjid Jalan Guar Syed Alwi - didakwa telah mendapat teguran dan bakal menerima nasib yang sama.

Menurut sumber, walaupun negeri berkenaan menerima Sunnah Perlis dalam undang-undang tubuh Perlis, tetapi sejak 40 tahun lalu, ia tidak dikuatkuasakan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Malik berkata, dakwaan itu tidak betul dan salah sama sekali.

Beliau sekaligus menafikan terdapat usaha mengembangkan ajaran Wahabi melalui pertukaran imam masjid yang tidak sealiran dengan fahaman itu.

"Kita tidak paksa ikut. Tidak betul (dakwaan itu). Sejak dari dulu lagi kena ikut keputusan majlis (MAIPs). Ini dasar yang diputuskan pihak berkuasa agama," jelas Malik.

Beliau yang juga setiausaha MAIPs berkata, dalam enakmen syariah negeri itu, telah termaktub bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah diterima sebagai fahaman rasmi di negeri itu.

"Kena ikutlah keputusan majlis agama. Perkara ini tertakluk dalam undang-undang tubuh negeri," katanya.

'Kita beri nasihat'

Ditanya tindakan yang mungkin dikenakan jika terdapat iman yang engkar dengan perkara itu, Malik berkata: "Kita nasihatlah kalau tidak ikut. Semua negeri lain pun macam itu."

Sementara itu, beliau juga berkata, pihaknya setakat ini masih belum menerima memorandum penduduk setempat yang tidak berpuas hati dengan penukaran imam di masjid tersebut.

Di Perlis, sejak dulu lagi, pertembungan antara pendukung Wahabi dan Mazhab Syafie sering berlaku ekoran negeri itu tidak mengamalkan mazhab fekah yang sama dengan negeri lain di seluruh Malaysia.

Perdebatan agama sentiasa tercetus apabila terdapat beberapa fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan, antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah dan tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh.

Aliran yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab di Arab Saudi pada 1701 itu turut popular di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.

Di Malaysia, ia dikembangkan oleh tokoh-tokoh Kaum Muda yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Asas-asal fahaman aliran ini dikembanggkan daripada pandangan-pandangan Ibnu Taimiyyah - tokoh pembaharuan Islam pada abad kelima selepas kewafatan Nabi Muhammad - yang membawa idea menyucikan agama dengan kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah, menggalakkan ijtihad dan menolak bid'ah dan tahyul dalam agama.
 
tukar kasik tukar semua. skrg ni susah nak jumpa masjid yg betul2 masjid. asal abis solat, habis dikuncinya masjid/surau. org musafir nak tumpang solat/tido pun payah. smpi aku terpaksa panjat pagar surau dah mcm pencuri lak.

rumah "DIA", yg manusia sibuk2 nak kunci apa pasai? sedangkan "DIA" alu2 semua tetamu2 "DIA" mai dtg.
 
perkara ni jadi sejak zaman dr. m lagi
 
perkara ni jadi sejak zaman dr. m lagi

mmg dah lama cuma nak luahkan kembali ketidakpuasan hati ni. hehe... makin lama makin melarat bro. dulu ok lg, masih buka lepas solat. cuma dah lewat mlm baru tutup.

skrg ni, lepas zuhur pun abis semua dikunci. giler. :))
 
Back
Top
Log in Register