BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Iklan Merdeka kasar, sensitif, Ikram mohon maaf

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,180
Points
266

Iklan Merdeka kasar, sensitif, Ikram mohon maaf​

AANGrvS.jpg
© Provided by Free Malaysia Today
Ikram berkata tujuan asal video itu adalah untuk mendidik semangat kebangsaan sejak dari kecil, sekali gus memaparkan realiti semasa segelintir masyarakat di Malaysia.

PETALING JAYA: Persatuan Ikram Malaysia memohon maaf atas penghasilan video iklan sambutan Hari Kemerdekaan terbitan mereka yang didakwa berbaur perkauman.

“Ikram ingin mengambil kesempatan memohon maaf kerana video tersebut telah menimbulkan sensitiviti perkauman meskipun tujuan asal video itu adalah untuk mendidik semangat kebangsaan sejak dari kecil,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Ikram menarik balik penerbitan video tersebut di semua media sosial yang dikendalikan oleh pihak mereka demi menjaga keharmonian dan sensitiviti masyarakat.

Ikram berkata, tujuan asal video itu adalah untuk mendidik semangat kebangsaan sejak dari kecil dan sekaligus memaparkan realiti semasa segelintir masyarakat di Malaysia yang cenderung memberikan gelaran kepada bangsa lain.

“Mesej utama adalah untuk menunjukkan realiti semasa sebahagian anggota masyarakat di Malaysia yang cenderung memberikan gelaran kepada bangsa lain dengan melabelkan bangsa tersebut dengan sesuatu perbuatan atau tindak-tanduk negatif.

“Ikram merasakan stereotaip ini perlu dihentikan, apatah lagi jika ia mula dipelajari oleh anak-anak dari awal usia,” kata kenyataan itu.

Menurut Ikram, anggota masyarakat, ibu bapa khususnya, perlu memberi teladan yang baik dan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Iklan “Mak Dah Siap” disiarkan sempena Kempen Bulan Kebangsaan 2021.

Pada penghujung iklan berkenaan, terdapat pesanan agar orang ramai tidak menggunakan perkataan perkauman yang terkandung dalam video terbabit dengan mesej antiperkauman di penghujungnya.

Iklan berdurasi satu minit itu mula disiarkan di platform media sosial sejak 22 Ogos lalu, bagaimanapun ia telah diturunkan NGO berkenaan.


 
Tang melayu saja ka perkauman, rasa dua bangsa lagi tu pun lagi teruk perkauman depa, kalau kapaiq la..
 
Tang melayu saja ka perkauman, rasa dua bangsa lagi tu pun lagi teruk perkauman depa, kalau kapaiq la..

kita kene hormati ketuanan kilang & cina bukit
mereka special
patuh saja usah persoal
tanpa mereka mungkin kita masih tinggal atas pokok kelapa..
 
Betul dah mesej dia tu... Kita xlahir dengan sifat perkauman.. Kita DIAJAR...

silap dia tang melayu tu xde..kena boh melayu malas.. Baru netizen boleh approve.
 
Betul dah mesej dia tu... Kita xlahir dengan sifat perkauman.. Kita DIAJAR...

silap dia tang melayu tu xde..kena boh melayu malas.. Baru netizen boleh approve.

adaa..
tu bapak dia dah la gemok,
duk kerusi malas bini buat keje ngemas
pastu mengomen sana sini
banyak tersirat video ni..
 
Betul dah mesej dia tu... Kita xlahir dengan sifat perkauman.. Kita DIAJAR...

silap dia tang melayu tu xde..kena boh melayu malas.. Baru netizen boleh approve.
Rukun negara hanya sekadar perhiasan, penghayatan ke laut la.......setiap kaum ngn idelogi masing2 masih curiga..xtau la bila kt akan bersatu atas nama bangsa Malaysia ja.....
 
Rukun negara hanya sekadar perhiasan, penghayatan ke laut la.......setiap kaum ngn idelogi masing2 masih curiga..xtau la bila kt akan bersatu atas nama bangsa Malaysia ja.....
Selagi kita diasingkan dari kecil, selagi tu la kita xkan kecapi perpaduan yang sebenarnya..
Belum ada lagi menteri yang berani nak ubah benda ni, baik menteri pendidikan mahupun PM.

1. Sekolah
2. Jurang pendapatan.
 
Back
Top
Log in Register