combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Festival Ambang Merdeka 2026 Di Dataran Merdeka Sarat Dengan Pengisian Menarik
Orang ramai dipelawa untuk bersama-sama menyemarakkan semangat patriotik dan meraikan kemeriahan Festival Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka bermula hari ini hingga Isnin.
Menurut hantaran di laman Facebook Merdeka360, festival tiga hari itu menampilkan pelbagai pengisian menarik, aktiviti istimewa dan pengalaman penuh warna-warni untuk seisi keluarga termasuk persembahan artis seperti Datuk Zainal Abidin, Aina Abdul, Adira Suhaimi serta Mimi Fly.
Persembahan turut diiringi pemuzik kombo budaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Orkestra Kuala Lumpur dan artis budaya DBKL.
Lebih menarik, pengunjung yang hadir lebih awal pada Ambang Merdeka esok bakal menerima makanan dan topi keledar percuma.
Pengunjung turut berpeluang menyaksikan Festival Lampu Sedunia Malaysia dan Orkestra Konsert Animasi selain Permainan Digital 2026.
Sambutan ambang merdeka di Bangunan Sultan Abdul Samad itu juga bakal menyaksikan pertunjukan bunga api yang sememangnya dinantikan para pengunjung.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari https://www.merdeka360.my/web/.