BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dataran Merdeka jadi Dataran Sampah

The Room

Legendary Member
gem
Messages
10,962
Top Poster #2
Joined
Feb 18, 2018
Messages
10,962
Reaction score
1,292
Points
206
Sedih melihat keadaan Dataran Merdeka selepas aksi final Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina.

Awal pagi tadi, ribuan orang berhimpun untuk bersorak, meraikan bola sepak dan berkongsi kegembiraan. Namun apabila sorakan berakhir, padang bersejarah ini ditinggalkan dalam keadaan dipenuhi sampah sarap.

DBKL akan membersihkannya. Petugas kami akan turun mengutip apa yang ditinggalkan tetapi kebersihan Kuala Lumpur tidak seharusnya sentiasa bergantung pada orang lain yang datang membersihkan selepas kita pulang.

Dataran Merdeka ialah lambang maruah dan sejarah negara. Cara kita meninggalkannya mencerminkan cara kita menghargainya.

Kita boleh meraikan dengan meriah. Kita boleh bersorak sepuasnya tetapi kebebasan untuk bergembira tidak pernah bermaksud kebebasan untuk mengotorkan ruang milik bersama.

Kota yang hebat bukan hanya dinilai ketika orang ramai datang tetapi melalui keadaan yang mereka tinggalkan apabila pulang.

Kuala Lumpur ialah rumah kita. Jagalah seperti kita menjaga rumah sendiri.

#MalaysiaMADANI
#KLBandarUntukSemua
#klcityforall
#KLBerdayaHuni
#sayangikl
#cintaikl
IMG_5360.jpeg
IMG_5361.jpeg
IMG_5362.jpeg
IMG_5363.jpeg
 

Dataran Merdeka Dipenuhi Sampah Sarap Selepas Tayangan Perlawanan Akhir Piala Dunia - DBKL​

eab0b1c991b7f9991512f393d374135f6a5d8ef6ca08d

0c8645432da586e8b6191504932469f16a5d8f10cc01b

Kredit DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menjalankan kerja-kerja pembersihan di Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 awal pagi tadi.

DBKL dalam satu hantaran di Facebook hari ini memaklumkan petugas pembersihan akan menjalankan kerja mengutip sampah di kawasan berkenaan, namun menegaskan kebersihan ibu negara tidak seharusnya bergantung kepada usaha petugas selepas orang ramai meninggalkan lokasi.

“Sedih melihat keadaan Dataran Merdeka selepas aksi final Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina.

“Awal pagi tadi, ribuan orang berhimpun untuk bersorak, meraikan bola sepak dan berkongsi kegembiraan. Namun apabila sorakan berakhir, padang bersejarah ini ditinggalkan dalam keadaan dipenuhi sampah sarap.

“Dataran Merdeka ialah lambang maruah dan sejarah negara. Cara kita meninggalkannya mencerminkan cara kita menghargainya. Kita boleh meraikan dengan meriah. Kita boleh bersorak sepuasnya tetapi kebebasan untuk bergembira tidak pernah bermaksud kebebasan untuk mengotorkan ruang milik bersama," maklum kenyataan itu.

Menurut DBKL, kota yang hebat bukan hanya dinilai ketika orang ramai datang tetapi melalui keadaan yang mereka tinggalkan apabila pulang, justeru, orang ramai digesa bersama-sama memelihara kebersihan ibu negara dan menganggap Kuala Lumpur sebagai rumah sendiri yang perlu dijaga demi kesejahteraan semua.

Awal pagi ini, Dataran Merdeka bertukar menjadi stadium terbuka apabila dibanjiri lebih 25,000 peminat bola sepak yang berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 yang menyaksikan kemenangan 1-0 Sepanyol ke atas Argentina.

 
Mesti ramai beruk dari luar...
Aku bleh pegi hari2 dataran...
Takde bende faedah mcm jogging ke cyling ke mmg tak pegi...
Rase org kl, yg dah biase pun hadap nk dtg...
 

Sampah Di Dataran Merdeka: Hannah Hargai DBKL, Ingatkan Kebersihan Tanggungjawab Bersama​

eab0b1c991b7f9991512f393d374135f6a5d8ef6ca08d

Kredit DBKL

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh menzahirkan penghargaan kepada petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertungkus-lumus membersihkan Dataran Merdeka selepas kawasan itu dipenuhi sampah susulan tayangan perlawanan akhir Piala Dunia 2026.

Hannah juga mengingatkan orang ramai agar memainkan peranan menjaga kebersihan ruang awam kerana membuang sampah ke dalam tong merupakan tanggungjawab asas setiap individu dan tidak seharusnya diserahkan sepenuhnya kepada petugas awam.

"Ya, saya tahu setiap pembayar cukai berhak mendapat perkhidmatan yang baik. DBKL mesti menjalankan tanggungjawabnya dan mereka melakukannya.Tetapi membuang sampah ke dalam tong merupakan perkara asas yang sepatutnya kita lakukan sendiri.

"Hak untuk menerima perkhidmatan tidak bermaksud semua tanggungjawab boleh diserahkan kepada petugas awam. Mereka tidak sepatutnya terpaksa membersihkan sampah yang sengaja kita tinggalkan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata Dataran Merdeka bukan sekadar lokasi penganjuran acara, sebaliknya merupakan sebahagian daripada sejarah negara dan maruah ibu kota yang perlu dipelihara oleh semua pihak.

Hannah berkata Malaysia MADANI bukan hanya mengenai kerajaan yang melaksanakan tanggungjawabnya, malah turut menuntut rakyat melaksanakan tanggungjawab asas.

Beliau turut mengulangi penegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kemajuan sesebuah negara bukan hanya diukur melalui pembangunan fizikal, tetapi juga menerusi sikap masyarakat dalam menghormati dan menjaga ruang awam.

"Kuala Lumpur ialah rumah kita. Jangan kotorkan rumah sendiri dan mengharapkan orang lain membersihkannya," katanya.

 
Lepas dah buat sampah tu memasing taknak mengaku.
 
14276234249105773-412357.jpg

14276234249105773-412358.jpg

14276234249105773-412359.jpg

14276234249105773-412360.jpg


Saya percaya rakyat Kuala Lumpur sayang akan bandar ini. Sebab itu saya kecewa apabila Dataran Merdeka, selepas menjadi tempat kita bersorak dan bergembira bersama, ditinggalkan dalam keadaan begini.

Terima kasih kepada pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang segera turun membersihkan kawasan ini. Ketika orang ramai sudah pulang, mereka masih bekerja untuk mengembalikan kebersihan dan keselesaan Dataran Merdeka.

Ya, saya tahu setiap pembayar cukai berhak mendapat perkhidmatan yang baik. DBKL mesti menjalankan tanggungjawabnya dan mereka melakukannya.

Tetapi membuang sampah ke dalam tong merupakan perkara asas yang sepatutnya kita lakukan sendiri.

Hak untuk menerima perkhidmatan tidak bermaksud semua tanggungjawab boleh diserahkan kepada petugas awam. Mereka tidak sepatutnya terpaksa membersihkan sampah yang sengaja kita tinggalkan.

Dataran Merdeka bukan sekadar lokasi acara. Ia sebahagian daripada sejarah negara dan maruah kota kita.

Malaysia MADANI bukan hanya tentang kerajaan yang menunaikan tanggungjawab. Ia juga tentang rakyat yang tahu menuntut hak tetapi tidak lupa melaksanakan perkara asas.


Terima kasih sekali lagi kepada seluruh pasukan DBKL yang bertugas. Kuala Lumpur ialah rumah kita. Jangan kotorkan rumah sendiri dan mengharapkan orang lain membersihkannya.

Hannah Yeoh
 
412409-412409.jpg


Isu sampah di Dataran Merdeka, Alam Flora perjelas kawasan berumput bukan skop pembersihan syarikat

Kuala Lumpur: Syarikat pengurusan sisa pepejal, Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), hari ini menjelaskan kawasan berumput bukan di bawah skop kerja pembersihan syarikat itu.

Alam Flora dalam hantaran di Facebook memaklumkan, pekerja mereka sudah melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa sampah, sapuan jalan dan siar kaki di sekitar Dataran Merdeka sejurus tamat siaran langsung Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2026.

"Kerja-kerja pembersihan membabitkan laluan pejalan kaki, jalan raya dan kawasan berturap di sekitar lokasi acara bagi memastikan kawasan kembali bersih, selesa dan kondusif untuk kegunaan orang ramai.

"Kawasan berumput serta kawasan di bawah khemah bukan di bawah skop kerja pembersihan Alam Flora.

"Terima kasih kepada semua petugas yang bertugas memastikan ibu negara terus bersih," katanya hari ini.

Terdahulu, tular gambar Dataran Merdeka dibanjiri sampah sarap selepas ribuan orang berhimpun bagi menyaksikan dan meraikan aksi final Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina awal pagi tadi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi kenyataan di Facebook, memaklumkan pihaknya akan menjalankan kerja pembersihan untuk mengutip sampah yang ditinggalkan.

Katanya, orang ramai boleh meraikan sesuatu acara dengan meriah dan bersorak sepuasnya, namun kebebasan untuk bergembira tidak bermaksud kebebasan untuk mengotorkan ruang milik bersama.

DBKL turut menegaskan bahawa sesebuah kota yang hebat bukan hanya dinilai ketika orang ramai datang, sebaliknya melalui keadaan yang ditinggalkan apabila mereka pulang.

Kredit ➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register