BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ikan puyu pembunuh

Tulang banyak, isi ciput.

Sepat paling ok baut perkasam
 
Dulu2 ada kes budak mati tercekik ikan puyu..

Kanak-kanak mati tercekik ikan puyu

JITRA 11 Julai - Gara-gara ingin bermain dan melihat seekor ikan puyu dengan lebih dekat, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun mati tercekik setelah ikan tersebut melompat masuk ke dalam mulutnya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 1 petang ini semasa mangsa, Samion Ahmad dari Pekan Jitra di sini sedang bermain seorang diri dengan seekor ikan puyu sebesar ibu jari kaki dalam sebuah kolah di rumah salah seorang jirannya.

Ibu Samion, Sa-arja Deumali, 45, berkata anaknya yang suka menangkap ikan dan memelihara ikan air tawar di rumahnya berjaya menangkap ikan puyu itu beberapa hari lalu tetapi diletakkannya di rumah jiran mereka.

Beliau memberitahu ketika kejadian, anak ketiga daripada empat adik beradik itu sedang menundukkan kepalanya di dalam kolah berkenaan sambil mengocakkan air.

Sa-arja yang bekerja sebagai penoreh getah percaya kocakan air berkenaan telah membuatkan ikan puyu itu melompat keluar ke arah anaknya.

``Saya terdengar jeritan Samion dan melihat dia memegang lehernya dengan keadaan mulut yang berdarah,'' katanya kepada para pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Jiran yang turut mendengar jeritan Samion turut memanggil ayahnya, Ahmad Johari yang baru pulang dari menoreh untuk membawa mangsa ke hospital.

Bagaimanapun Samion yang baru berpindah bersama keluarganya dari Betong, Thailand ke Jitra tiga bulan lalu dan dalam perancangan untuk didaftarkan di salah sebuah sekolah rendah di sini meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Sa-arja memberitahu, beliau mengurung anaknya di dalam rumah agar tidak bermain di luar selepas balik dari kebun tetapi Samion berjaya keluar melalui tingkap tanpa pengetahuannya.

Jenazah Allahyarham Samion dikebumikan di Tanah Perkuburan Jitra di sini petang ini.

P/s : Pengajarannya...tutup mulut masa tengok ikan.. wink.gif

This post has been edited by edirossa: Jul 12 2005, 08:45 AM
 
image.jpg


KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak terpaksa menanggung kesakitan hampir empat jam, selepas tertelan seekor ikan puyu hidup.

Muhammad Akhif Danish Shamsuri, 4, dikatakan melihat ikan itu dalam sebuah balang dipelihara datuknya di Kampung Pulai Condong, Machang sebelum memasukkan ke dalam mulut.

Bapa kanak-kanak berkenaan, Shamsuri Shafie, 28, berkata, ketika kejadian, dia tidak berada di rumah dan bergegas pulang setelah diberitahu kejadian oleh adiknya.

“Saya mendapat panggilan* meminta saya pulang. Dia beritahu, ikan puyu tersangkut dalam mulut anak saya dan berdarah,” katanya.

Shamsuri bagaimanapun berkata, adiknya sempat memegang ekor ikan itu bagi mengelakkan ia terus masuk ke dalam kerongkong Muhammad Akhif.

“Adik saya dengan segera membawa anak saya ke Hospital Machang. Bagaimanapun, dia dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZII) untuk rawatan susulan.

“Nasib baik anak saya tidak tertelan ikan itu, jika tidak mungkin keadaannya bertambah parah,” katanya.

Menurutnya, pada mulanya, doktor bercadang membelah halkum kanak-kanak itu untuk mengeluarkan ikan itu, namun keputusan itu ditarik balik dan doktor hanya membius mangsa dan mengeluarkan ikan itu tanpa perlu melakukan pembedahan.

“Ia menjadi pengajaran* kepada saya dan juga ibu bapa lain agar menjaga anak dan memastikan mereka selamat dan tidak terdedah dengan permainan berbahaya,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/tertelan-ikan-puyu-empat-jam-tahan-sakit-1.41921
 
Back
Top
Log in Register