BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ikan puyu pembunuh

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


SPESIES ikan ini sememangnya istimewa kerana ia boleh bergerak di atas permukaan tanah kering, memanjat pokok dan 'mencekik' haiwan pemangsa yang cuba memakannya.

Ikan air tawar digelar climbing Perch atau puyu berbahaya ini mampu bertahan selama beberapa hari atau minggu di atas permukaan darat kerana mempunyai organ pernafasan.

Apabila cuaca terlalu kering, ia akan masuk ke dalam lumpur untuk terus hidup malah ikan tersebut juga boleh hidup di dalam air masin lapor Daily Mail.

Jabatan Pertanian dan Perikanan Australia melaporkan ia bergerak di atas permukaan tanah dengan menggunakan siripnya.

Bagaimanapun, kajian terbaharu mendapati spesies ikan pembunuh itu telah menghampiri Selat Torres dan kehadirannya di perairan itu telah mencetuskan kebimbangan banyak pihak.

Saintis di Universiti James Cook, Dr Nathan Waltham percaya spesies ikan berasal dari Papua New Guinea itu akan menjadi ancaman terbesar kepada hidupan liar tempatan.

"Ikan tersebut berukuran antara 10 hingga 23 sentimeter (sm) panjang dan ia mampu membesar sehingga 25 sm," jelasnya lagi.
 
banyak pemangsa kat sini nak buat goreng kunyit.tu lari pergi 'austalia':))
 
kat bendang sini dah nk pupus kat sana membiak pulak..
 
goreng pun sodap....masak gulai cili api marvelous...
 
sedap goreng kunyitcampur bawang....sedap jugak buat kari dengan rebung....meh balik sini...meh meh meh...payah sangat nk cari...
 
mmg panjang nyawa ikan ni...melompat dr akuarium selalu...masuk ok jer hidup...
 
Ikan nie kalau campak kat sungai amazon confirm anaconda pun bole mati tercekik :))
 
Back
Top
Log in Register