BTC USD 83,134.1 Gold USD 4,183.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ikan lompat dalam mulut

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
14hmfish.JPG_1494696278.jpg

EKOR ikan dapat dilihat di dalam tekak Dash. - Agensi


New Delhi: Seorang lelaki melalui pengalaman ngeri apabila seekor ikan hidup tersangkut di dalam kerongkongnya ketika dia berenang di sebuah kolam di kampungnya.

Santosh Ku Dash, 30, dari kampung Potadhia di Balasore sedang menangkap ikan itu menggunakan tangannya ketika berenang bersama rakannya.

Kerana teruja, dia membuka mulut untuk menjerit memanggil rakannya namun tanpa disangka ikan itu melompat terus ke dalam tekaknya, menyebabkannya tercekik.

Akibatnya, Dash tidak dapat bernafas selain kesakitan dan dikejarkan ke hospital. Doktor cuba mengeluarkan ikan itu tetapi gagal dan menghantarnya ke hospital lain.

Dr Sanjeev Gupta yang merawatnya berkata, hasil pemeriksaan mendapati luka teruk di dalam kerongkong Dash manakala ekor ikan itu dapat dilihat dengan jelas.

“Kami memberikannya bius dan mengeluarkan ikan itu menggunakan penyepit,” katanya.

Menurutnya, Dash terpaksa makan menggunakan tiub selama 10 hari sebelum dibenarkan pulang.

https://www.hmetro.com.my/global/2017/05/229217/ikan-lompat-dalam-mulut
 
Last edited:
selalu dengar rejeki turun dari langit. kali ni terus masuk dlm mulut..
 
nganga besar sgt ni..keterujaan yg bisa membunuh..lain kali kalo teruja je trus tutup mulut..
 
hebat juga ikan2 ni... cepat dan tepat dier masuk dlm mulot owg.. kalo nk kire lojik... bp saat + keluasan jerk mulot manusia terbuka ...
 
Back
Top
Log in Register