BTC USD 83,302.7 Gold USD 4,098.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ijtimak malaysia 2018

Assalamu'alaikum saudara seagamaku yg mulia,

Allah Ta'ala telah letakkan kejayaan saya dan saudara hanya dalam agama, sejauh mana kita taat perintah Allah cara Nabi SAW.

Para sahabat contoh org2 yg telah berjaya. Para sahabat ibarat bintang2 di langit, ikut salah satu darinya nescaya tak akan sesat. Para sahabat golongan yg Allah Ta'ala telah redha dan telah redha Allah Ta'ala. Para sahabat golongan yang telah berjaya mengamalkan agama secara sempurna dalam kehidupan mereka. Para sahabat menjadi panduan seperti bintang, meredhai dan diredhai Allah, serta berjaya mengamalkan agama secara sempurna dalam kehidupan mereka kerana dalam diri mereka terdapat 6 sifat atau 6 perkara atau 6 prinsip atau six points.

Umat Islam hari ini belum mampu mengamalkan agama secara sempurna dalam kehidupan mereka kerana mereka belum mengamalkan 6 sifat. 6 sifat bukanlah kesempurnaan agama tetapi dengan mengamalkan 6 sifat mudahlah utk sesiapa mengamalkan agama secara keseluruhan.

Mari kenali 6 sifat, muzakarah 6 sifat, belajar 6 sifat, amal 6 sifat. Jadikan ijtimak Malaysia 2018 yg akan datang sebagai platform bagi kita usaha mengamalkan agama secara sempurna.

Tangguh dengan tasbih kaffarah.
 
Last edited:
Assalamualaikum,

Dari semasa ke semasa, jangan kita lupa istighfar
Astaghfirullahalazim...
Astaghfirullahalazim...
Astaghfirullahalazim...

Dalam sebuah kitab Urdu, ada sebuah kisah dua orang banduan yang dimasukkan ke dalam penjara. Seorang dimasukkan kerana membunuh dan seorang lagi dimasukkan ke penjara kerana dituduh membunuh.

Banduan pertama berdoa semoga dosanya diampuni, "Ya Allah, ampuni dosaku, aku telah membunuh" dan banduan kedua berdoa meminta keadilan Allah.

Banduan pertama diampunkan oleh Allah manakala banduan kedua dihukum mati. Malaikat bertanya kepada Allah mengapa banduan pertama diampuni sedangkan banduan kedua dihukum mati. Allah SWT menjawab bahawa banduan pertama meminta diampuni dan Dia Maha Pengampun maka banduan pertama diampuni. Banduan kedua dihukum mati setelah meminta keadilan kerana suatu masa dulu dia membunuh semut, maka dia dibunuh balas sebagai tuntutan keadilan atas nyawa semut yang dia bunuh.

Apa yg baik dari Allah, yg buruk atas kelemahan saya. Wallahua'lam.

Tangguh dengan tasbih kaffarah.
 
Last edited:
Assalamualaikum saudara seagama yg mulia,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Ta'ala atas segala nikmatNya.

Allah kuasa selain Allah langsung tiada kuasa. Allah berkuasa beri mudarat dan beri manfaat, selain Allah langsung tiada kuasa utk bagi mudarat dan tiada kuasa utk bagi manfaat. La ilaha illallah.

Matahari berhajat kepada Allah utk keluarkan cahayanya, tetapi utk beri cahaya Allah tak berhajat kepada matahari atau mana2 makhlukNya. Dengan matahari Allah berkuasa beri cahaya dan tanpa matahari pun Allah berkuasa beri cahaya. Dgn matahari Allah berkuasa beri cahaya dan dgn matahari Allah berkuasa beri kegelapan. La ilaha illallah.

Allah berkuasa beri manfaat dan mudarat dengan asbab, tanpa asbab, bersamaan dgn asbab atau bersalahan dgn asbab. Nasi berhajat kepada Allah utk mengenyangkan, tetapi bagi Allah utk mengenyangkan tidak berhajat kepada nasi. Allah berkuasa mengenyangkan dgn nasi atau tanpa nasi. Dgn nasi Allah berkuasa jadikan kita kenyang, tak kenyang dan tambah lapar. Dialah Allah yg beri kita kenyang dan lapar. La ilaha illallah.

Utk tahu lagi dan lagi kita azam ke ijtimak dan keluar khuruj di jalan Allah lagi dan lagi hingga kita tiada lagi, niat hingga hari kiamat.

Apa yg baik dari Allah yg buruk atas kelemahan sy. Wallahua'lam.

Tangguh dgn tasbih kaffarah.
 
Last edited:
20181004_064644.jpg


20181004_064415.jpg


20181004_064211.jpg



Alhamdulillah.
Contoh bedding/sleeping bag.
Yg ni utk keluar lama2 ke negara2 jauh tiap2 tahun.
InsyaAllah, amiin.
 
Last edited:
Assalamualaikum saudara2 yg mulia,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Ta'ala atas segala nikmatNya.

Ilmu penyakitnya riak, ujub, dan lain2 penyakit hati. Disebabkan keadaan inilah pelajar2 alim di madrasah2 diwajibkan keluar khuruj di jalan Allah selama setahun selepas tamat belajar alim. Dahulu mereka keluar 4 bulan di negara India, 4 bulan di negara Bangladesh dan 4 bulan di negara Pakistan. Dengan demikian hati mereka akan dapat tarbiyah yg setimpal bagi merawat dan mencegah hati dari terkesan dgn ilmu yg ada pada mereka, in syaa Allah.

Jadi sedara2 yg mulia, sedara2 di CG ni khususnya tidak kurang ilmunya. Tambah2 pula ilmu disampaikan dlm kesenangan dan keselesaan rumah, berhawa dingin, menggunakan handfon, secara online. Tanpa pengorbanan dan susah payah hati kurang mendapat tarbiyah. Apabila hati kurang mendapat tarbiyah penyakit mudah menular ke hati2 kita.

Atas maksud inilah sedara2 yg mulia sy mengajak sedara2 yg mulia ke ijtimak kali ini utk kita usahakan ke atas hati2 kita, agar hati kita mendapat serba sedikit tarbiyah, dapat berkumpul satu hati satu fikir dan mudah2an kita dpt berkumpul atas satu kerja. Kita sama2 azam insyaAllah? Mudah2an Allah Ta'ala pilih sy dan sedara2 sekalian ke ijtimak kali ini dan dipermudahkan segala urusan.

Apa yg baik dari Allah, yg buruk atas kelemahan sy. Wallahua'lam.

Tangguh dgn tasbih kaffarah.
 
Last edited:
Assalamu'alaikum sedara2 yg mulia,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Ta'ala atas segala kurniaanNya.

Sedara2 yg mulia, kehidupan di dunia ni hanyalah kehidupan yg sementara, kehidupan di akhirat barulah kehidupan yang sebenar, kehidupan yang kekal selama-lamanya. Satu orang yg senang hidupnya di dunia, kesenangannya hanya kesenangan sementara. Satu org yg hidupnya susah, susahnya hanya sementara. Tetapi sedara2 yg mulia, satu org yg susah di akhirat, dia akan susah, makin susah, makin susah, selama-lamanya dan satu org yg senang di akhirat, dia akan makin senang, makin senang, makin senang selama-lamanya. Kubur ialah tempat persinggan yg pertama selepas mati. Susah seorang di alam kubur maka alam2 seterusnya akan lebih susah. Senang seseorang di alam kubur maka alam2 seterusnya akan lebih senang.

Sedara2 yg mulia, setiap yg hidup pasti merasai kematian. Mati itu pasti. Pasti dan pasti. Kita tak tahu bila kita akan mati. Matinya seorang anak adam semua amalannya akan terputus melainkan 3 perkara. Semua pun maklum akan perkara ni. Jadi atas maksud ini juga, mari libatkan diri kita, luangkan masa kita dan korbankan sebahagian harta kita untuk menggerakkan usaha nubuwwah, usaha yang telah digerakkan oleh para nabi dan rasul serta para sahabat r.hum atas perintah Allah Ta'ala. Atas maksud ini semua kita sedia insyaAllah?

Mana yg baik dari Allah, yg buruk atas kelemahan saya. Wallahua'lam.

Tangguh dengan tasbih kaffarah dan surah Al-'Asr.
 
Assalamualaikum sedara2 yg mulia,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Ta'ala atas segala kurniaanNya.

Sukacita dimaklumkan kepada sedara2 yg mulia yg berada di negeri Kelantan, sebuah bas percuma disediakan sbg kenderaan pengangkutan pergi dan balik ijtimak. Ada banyak lagi kekosongan. Bas akan bertolak pergi ke tapak ijtimak di Kubang Bujuk, Terengganu pada pagi 24hb Oktober 2018 bertolak dari Kawasan Perindustrian MARA Pengkalan Chepa dan bertolak balik pada 27hb Oktober 2018. Sedara2 yg berminat sila PM. Bas2 berbayar juga disediakan bagi setiap kawasan di negeri Kelantan. Minta pertolongan Allah Ta'ala.

Sy disini niat belajar. Ada salah dan silap di mana2 sy mohon maaf.
Yg mana baik dtgnya dari Allah, yg mana buruk atas kelemahan sy. Wallahua'lam.

Tangguh majlis dgn tasbih kaffarah dan surah Al-'Asr.
 
Last edited:
Assalamualaikum sedara2 yg mulia,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Ta'ala atas segala kurniaanNya.

Sedara2 yg mulia, hari ni apa yg kita ada merupakan ujian bagi kita. Ada org yg diberikan kesenangan hidup. Kesenangan itu ujian. Kesenangan yg ada boleh jd asbab seseorg tu ke syurga dan boleh jadi asbab ke neraka. Ada org yg diberikan ilmu. Ilmu itu ujian. Ilmu yg ada boleh jd asbab seseorang tu ke syurga dan boleh jadi asbab ke neraka. Tetapi sekiranya seseorang itu ada iman, pasti dan pasti Allah berikan syurga. Sgt2 penting sedara2 yg mulia. Satu org yg mati dgn bawa iman walau sebesar zarah, Allah akan ganjarkan dia syurga sepuluh kali besar dunia. Tetapi satu org yg mati x bawa iman, bagi dia neraka selama-lamanya. Iman perkara ghaib tuan2, kita x nampak dan tak bijak utk mengandaikan yg kita sudah cukup atau benar2 beriman dan akan mati dgn bawa iman. Bagaimana pula dgn sedara2 kita, dan umat2 nabi SAW yg lain? Apabila jenazah satu org Yahudi lalu di depan Baginda SAW, Baginda SAW menangis. Apabila ditanya para sahabat Rasulullah SAW menjawab, "Dia juga umat aku dan aku tak sempat ajar dia ucap kalimah la ilaha illallah". Ini tanggungjawab kita sedara2 yg mulia, tanggungjawab sy dan sedara2 semua. Atas maksud yg sgt besar ini sedara2 yg mulia, ayuh kita bangun utk ambil suatu usaha yg sgt2 mulia, usaha menyelamatkan diri dari azab neraka yg pedih, bukan sahaja utk diri kita tetapi utk keluarga, keturunan dan seluruh umat di seluruh alam hingga kiamat.

Sy di sini niat belajar. Ada salah dan silap di mana2 sy pohon ampun & maaf.
Yg mana baik dtgnya dari Allah, yg mana buruk atas kelemahan sy. Wallahua'lam.

Tangguh majlis dgn tasbih kaffarah dan surah Al-'Asr.
 
Last edited:
Nahmaduhu wa nusolli 'ala rasulihil karim.

Assalamualaikum sedara2 yg mulia,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Ta'ala atas segala kurniaanNya.

Sebuah kisah di zaman Nabi Muda a.s. dari sebuah blog. Pernah dgr lbh kurg dgn cerita ni dari ibu:

Suatu hari, Nabi Musa as sedang berjalan-jalan melihat keadaan umat nya. kemudian Nabi musa melihat seseorang yang sedang tekun beribadah. Usia orang itu lebih dari 500 tahun. meihat umatnya itu, Nabi Musa as kemudian menyapa dan mendekatinya. setelah berbicara sejenak, ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa as.
"Wahai, Musa...Aku telah beribadah kepada Allah swt selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Lalu dimanakah Allah swt akan menempatkan ku kelak di akhirat ? di Surga ataukah di Neraka ? tolong, sampaikan pertanyaan ku ini kepada Allah"
Nabi Musa as pun mengabulkan permintaan umatnya tersebut. kemudian Nabi Musa as bermunajat mmemohon kepada Allah swt agar Allah swt memberitahukan kepadanya dimanakah umatnya ini akan ditempatkan kelak di akhirat ?
"Allah swt pun berfirman, Wahai Musa.... Sampaikanlah kepadanya bahwa aku akan menempatkan nya dalam Neraka-ku yang paling dalam".
Nabi Musa pun mengabarkan kepada umatnya tersebut apa yang telah di firmankan oleh Allah swt kepadanya. Ahli ibadah itupun sontak terkejut dan hampir saja pingsan. Dengan perasaan sedih, ia pun segera beranjak dari hadapan Nabi Musa as.
Malam hari nya, Ahli ibadah tersebut terus berpikir mengenai keadaan dirinya. ia juga mulai memikirkan bagaimana nasib Saudara-saudara nya, Teman-teman nya, Keluarga nya, dan orang-orang yang baru beribadah 300 tahun, 200 tahun, dan juga mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya.
Keesokan harinya, ia kembali menjumpai Nabi Musa as, kemudian ia berkata kepada Nabi Musa as, "Wahai Nabi Musa, aku rela jika kelak Allah swt memasukkan diriku kedalam neraka nya meski yang paling dalam. akan tetapi aku memohon kepada Nya satu permohonan, Aku mohon agar setelah tubuh ku ini dimasuk kan kedalam api neraka, maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besar nya, sehingga seluruh pintu neraka tertutup oleh tubuh ku saja. Dengan demikian, tidak akan ada seorang pun yang akan bisa masuk kedalam nya selain aku"
Kemudian Nabi Musa as menyampaikan permohonan umat tersebut kepada Allah swt, maka Allah swt berfirman, "Wahai musa, sampaikanlah kepada Umat mu itu, bahwa Aku kelak akan menempatkan nya di Surga ku yang paling tinggi.

Kita tak tahu di mana tempat kita di akhirat nanti. Ambil fikir dan tanggungjawab terhadap umat ini.

Sy disini niat belajar. Ada salah dan silap di mana2 sy pohon ampun dan maaf.
Yg mana baik dtgnya dari Allah Ta'ala, yg buruk atas kelemahan sy.
Moga Allah Ta'ala tempatkan kita di syurga Firdaus di akhirat nanti. Amiin.

In syaa Allah.
Tangguh dgn tasbih kaffarah dan surah Al-'Asr.
 
Last edited:
Nahmaduhu wa nusolli 'ala rasulihil karim.

Assalamualaikum sedara2 yg mulia,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Ta'ala atas segala kurnia dan nikmatNya dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam serta keluarga dan sahabat Baginda SAW.

Sedara2 yg mulia, perkara paling mahal atas dunia untuk kita usahakan dan untuk kita doakan ialah hidayat. Tanpa hidayat manusia hilang petunjuk. Seseorang yg dengar azan walaupun dia sihat, walaupun dia kelapangan masa, walaupun dia berharta, walaupun dia punya kenderaan, tak datang ke masjid tunaikan solah berjemaah tanpa hidayat. Satu orang yg ada bermacam-macam jenis naskhah Al-Quran di rumah pun tak buka Al-Quran tanpa hidayat. Satu orang yg berniaga buah tasbih, ada bermacam-macam jenis tasbih di kedainya, ucap satu Subhanallah pun tak tanpa hidayat. Tapi sedara2 yg mulia, satu orang yg susah, sibuk, lapangkan masa ke masjid solat berjemaah dengan adanya hidayat. Satu org yg ada hidayat akan usahakan untuk baca Al-Quran dan mengamalkan zikir walaupun tak ada Al-Quran dan buah tasbih di rumahnya. Maka sangat penting untuk sy dan sedara2 yg mulia buat keputusan untuk ambil suatu usaha utk sebarkan hidayat ke seluruh alam. Atas maksud ini semua sedia in syaa Allah?

Setakat ni shj dulu. Sy dtg niat belajar. Segala salah dan silap sy pohon ampun dan maaf.
Yg baik dtgnya dari Allah Ta'ala, yg buruk atas kelemahan sy.
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Moga Allah Ta'ala perbaiki iman dan amal sy.

In syaa Allah.
Tangguh dgn tasbih kaffarah dan surah Al-'Asr.
 
Back
Top
Log in Register