BTC USD 82,241.9 Gold USD 4,118.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ijtimak malaysia 2018

Mudah2an Allah Subhanahu Wa Ta'ala Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang berikan kepada saya dan tuan2 taufik untuk ambil manfaat sebanyak-banyaknya dari ijtimak tahun ini yang bakal berlangsung.

insyaAllah, amiin
 
Touring bike,camping kat Cameron boleh pergi,takkan ni tak boleh...

MAEPS,Harap cuaca redup dan dingin la...
 
Touring bike,camping kat Cameron boleh pergi,takkan ni tak boleh...

MAEPS,Harap cuaca redup dan dingin la...

Benar tu tuan.

Alhamdulillah, bulatkan niat sungguh2.

Ajak sama geng2 touring n camping, sorang2 x syok jgk.

InsyaAllah, kejayaan dalam agama.

Semoga dipermudahkan Allah, amiin.
 
Assalamualaikum sahabat2 yg mulia,

Majlis ijtimak ini walaupun sekali setahun tetapi meninggalkan kesan kekal atau tahan lama. Tiada seumpamanya di mana-mana. Rugi tak ambil bahagian. Siapa tahu ijtimak kali ini bakal merubah seluruh kehidupan sahabat2 yang mulia, merubah kefahaman sahabat2 terhadap agama dan usaha agama, merubah persepsi sahabat2 tentang kehidupan. Sedialah kiranya sahabat2 sekalian melapangkan masa beberapa hari bersama2 dengan para ulama dan orang2 soleh, serta memuliakan ulama dengan kehadiran sahabat2 yg mulia di dalam majlis2 mereka. Tiada aturcara yang memerlukan kemahiran khusus dari sahabat2. Mudah-mudahan melalui ijtimak ini Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang melimpahkan kepada sahabat2 keberkatanNya, keampunanNya, hidayahNya, penjagaanNya dan rahmatNya.

Sekian, wassalam.
 
Utk baiki ibadat...
Akthiru min qouli la ilaha illallah

Utk baiki muamalat...
Akthiru min qouli la ilaha illallah

Utk baiki muasyarat...
Akthiru min qouli la ilaha illallah

Utk baiki akhlak...
Akthiru min qouli la ilaha illallah

Utk bicara 'la ilaha illallah' perlukan hidayat dan taufik dari Allah.

Utk dptkan hidayat dan taufik dari Allah perlu usaha atas hidayat dan taufik.

Bagaimana utk usaha atas hidayat dan taufik? Jom ijtimak dan niat belajar buat usaha atas hidayat dan taufik..lagi dan lagi...

Semua kita azam...bersedia, insyaAllah?
 
Last edited:
Assalamu'alaikum saudara seagamaku yg mulia,

Setiap kali diadakan ijtimak, saudara diseru untuk keluar (khuruj) di jalan Allah 40 hari atau 4 bulan, sebelum atau selepas ijtimak atau kedua-duanya. Ia tawaran agama. Keluar sebelum ijtimak roh ijtimak dan keluar selepas ijtimak perhiasan ijtimak. Untuk makluman awal pada 30 Mac 2019 insyaAllah akan diadakan perhimpunan ulama dan qudama(karkun 4 bulan) serta mesyuarat dunia. Maulana-maulana dari seluruh dunia akan hadir di perhimpunan itu nanti. Saudara2 yg sudah keluar sekurang2nya 40 hari(karkun 40 hari) juga dibenarkan ikut serta. Saudara yg berhajat utk keluar sebelum ijtimak itu nanti silalah bersedia dari sekarang. Apa yang Allah kehendaki terjadi akan terjadi, dan apa yang Allah kehendaki tak terjadi takkan terjadi. La ilaha illallah.

Kita tangguh dengan tasbih kaffarah.
 
Last edited:
Assalamu'alaikum saudara seagamaku yg mulia,

Penting untuk kita melapangkan masa kita jumpa para maulana dan ulama utk dengar sendiri nasihat2 dan pesanan2 dari mereka. Para sahabat dulu mereka menjadi gema kepada Nabi SAW. Mereka dengar dari Nabi SAW kemudian sampaikan kepada keluarga mereka.

Apa bezanya kita dengan para maulana dan ulama? Kita baru nak buka Al-Quran, baru nak faham Al-Quran, hidup pun jauh dari sunnah, sedangkan para ahli agama mereka telah hafal dan faham Al-Quran, hafal dan faham hadis berserta sanadnya sampai kepada Rasulullah SAW, ibu bapa mereka juga amal agama, hidup dalam keluarga yang mengamalkan sunnah, suasana madrasah, suasana tarbiyah 24 jam. Nasab keturunan dan ilmu mereka sampai kepada Nabi SAW dan para sahabat besar. Memang jauh bezanya kita dengan mereka. Maka tidak wajar utk kita mengkritik mereka, meragui mereka, atau mencari silap mereka mengikut akal atau ilmu kita.

Sebaliknya jadikan mereka guru kita atau spt org tua kita, jadikan mereka orang yang kita taati, jadikan mereka org yang kita percayai, org yg kita sayangi. Mereka orang yang kita perlu jumpa dari semasa ke semasa. Jom meriahkan ijtimak. Apa yg baik dari Allah, yg buruk atas kelemahan sy.

Tangguh dengan tasbih kaffarah.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register