BTC USD 85,805.2 Gold USD 4,134.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ijtimak malaysia 2018

Nahmaduhu wa nusolli 'ala rasulihil karim.

Assalamualaikum sedara2 yg mulia,

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam serta keluarga dan sahabat Baginda SAW.

Sedara2 yg mulia, Allah Ta'ala telah hantar nabi demi nabi utk ajar manusia amal agama. Allah Ta'ala sanggup lihat nabi-nabiNya susah kerana agama tetapi tak sanggup lihat agamaNya lenyap dari alam ini. Mulianya agama lebih mulia dari nabi-nabi. Apa sahaja yg ada kaitan dengan agama maka ia juga jadi mulia. Anjing yg mengikut ashabul kahfi disebut di dalam Al-Quran dan dimuliakan apabila ada kaitan dengan sekumpulan pemuda ashabul kahfi yg menyelamatkan iman mereka dengan berlindung di dalam gua. Seekor anjing dimuliakan apabila ada kaitan dengan mereka yg buat usaha agama, usaha menyelamatkan iman. Apa lagi pemuda2 ashabul kahfi itu sendiri. Disebabkan agama itu mulia maka kerja agama juga mulia. Atas maksud itu mari libatkan diri dengan kerja agama. Barangsiapa yg libatkan diri dengan kerja agama maka ia dimuliakan Allah Ta'ala dan di angkat darjat di dunia dan di akhirat.

Setakat ni shj dulu. Sy dtg niat belajar. Segala salah dan silap sy pohon ampun dan maaf.
Yg baik dtgnya dari Allah Ta'ala, yg buruk atas kelemahan sy.
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Moga Allah Ta'ala perbaiki iman dan amal sy.

In syaa Allah.
Tangguh dgn tasbih kaffarah dan surah Al-'Asr.
 
Last edited:
Nahmaduhu wa nusolli 'ala rasulihil karim.

Assalamualaikum sedara2 mulia,

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam serta keluarga dan sahabat Baginda SAW.

Sedara2 yg mulia, kita org beriman. Kita mengucap dua kalimah syahadah. Kita bersaksi bahawa tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah. Kita yakin bahawa hanya Allah Ta'ala rabb kita, Dia tempat kita perhambakan diri, Dia tempat kita mengadu, Dia tempat kita bersyukur di waktu senang dan susah, Dia tempat kita berdoa dan meminta-minta, Dia tempat kita mohon pertolongan dan perlindungan, Dia tempat kita memohon keampunan dan taubat, Dia tempat kita bergantung harap dan Dia tempat kita berserah diri. Dialah Allah yg bagi kita rezeki, yg bagi kita sihat, yg bagi kita kenyang, yg bagi kita bahagia. Kita percaya bahawa untung & rugi perniagaan kita, sihat & sakit tubuh badan kita, berjaya dan gagal pelajaran kita, jatuh dan bangun kerjaya kita, hina dan mulia kita semata mata dlm genggamanNya. Kita juga percaya bahawa Nabi Muhammad SAW ialah rasul utusan Allah dan menerima dgn yakin perkhabaran Rasulullah SAW tanpa melihat dgn mata sendiri semata-mata kerana mempercayai Baginda SAW. Sebagai umat Nabi SAW kita nak amal sunnah pemakaian Nabi SAW dari hujung rambut sampai hujung kaki, nak amal sunnah perjalanan hidup Nabi SAW dari bangun tidur hingga tidur semula. Nak taat apa yg Nabi SAW perintahkan. Kita nak amal sunnah fikir Nabi SAW spy bagaimana setiap umat dpt ucap la ilaha illallah, taat perintah Allah, jadi da'i illallah, selamat dari azab dan masuk ke syurga Allah Ta'ala. Semua sedia in syaa Allah deh?

Sy dtg sini ni nak belajar dari org2 sini, salah dan silap sy pohon ampun dan maaf.
Yg baik dtgnya dari Allah Ta'ala, yg tak baik atas kelemahan sy.
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Moga Allah Ta'ala istiqamahkan sy dlm usaha agama. Dakwah sampai mati, mati dalam dakwah.

Sy nak ke ijtimak. Ya Allah, pilih sy. Aamiin.

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلَاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ. وَسَلامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
 
Last edited:


Kejayaan sebenar hanyalah dalam agama..., sejauh mana taat perintah Allah S.W.T ikut sunnah Rasulullah S.A.W...
1 orang penyapu jalanan...tapi dia bawa agama dalam kehidupannya nescaya dia berjaya di sisi ALLAH S.W.T...1 orang yang kaya tapi tidak bawa agama dalam kehidupannya nescaya dia gagal di sisi ALLAH S.W.T... semoga apa yg kita baca, dengar dan lihat dapat kita ambil iktibar, amal dan sampaikan...
 
Last edited:
Nahmaduhu wa nusolli 'ala rasulihil karim.

Assalamualaikum sedara2 yg dirahmati Allah,

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam serta keluarga dan sahabat Baginda SAW.

Sedara2 yg dirahmati Allah, mari tambah pengetahuan ttg sejarah sebuah usaha yg dikenali sebagai usaha dakwah & tabligh. Sebenarnya tiada nama khusus untuk usaha ini. Objektifnya untuk perbaiki diri.


Niat dtg sini nak belajar dari org2 sini, salah dan silap dipohon ampun dan maaf.
Yg baik dtgnya dari Allah Ta'ala, yg tak baik atas kelemahan sy.
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Moga Allah Ta'ala kekalkan hidayah bg sy.

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلَاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ. وَسَلامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
 
Last edited:
Nahmaduhu wa nusolli 'ala rasulihil karim.

Assalamualaikum sedara2 yg dirahmati Allah,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam serta keluarga dan sahabat Baginda SAW.

Sedara2 yg dirahmati Allah, mari dengar lagi dan lagi ttg rutin kehidupan salah seorang maulana besar iaitu maulana muhammad yusuf kandhalawi rahmatullah 'alaih. Beliau ialah anak kepada maulana muhammad ilyas kandhalawi rahmatullah 'alaih. Antara kitab termasyhur karangan beliau ialah kitab hayatus sahabah(kisah para sahabat) dan muntakhab ahadith, sebuah kitab kumpulan dalil2 dari al-quran dan al-hadith berkenaan sifat2 mulia para sahabat.


Apa yg kita dgr mudah-mudahan Allah Ta'ala beri taufik utk kita ambil iktibar, amal dan sampai-sampaikan kpd sedara2 kita yg x ada dlm majlis ni.

Niat dtg sini nak belajar dari org2 sini, salah dan silap dipohon ampun dan maaf.
Yg baik dtgnya dari Allah Ta'ala, yg tak baik atas kelemahan sy.
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Moga Allah Ta'ala kekalkan hidayah bg sy.

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلَاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ. وَسَلامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
 
Last edited:
Nahmaduhu wa nusolli 'ala rasulihil karim.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam serta keluarga dan sahabat Baginda SAW.

Assalamualaikum sedara2 yg dimuliakan Allah,

Apa khabar? Sihat? Mcm mana pula khabar iman sedara2? ni ada sedara kita dari negara jiran datang dari jauh semata-mata nk jumpa sedara2 yg mulia. ada perkara nk disampaikan dari hati ke hati. Tawajjuh ya Allah


Apa yg kita dgr mudah-mudahan Allah Ta'ala beri taufik utk kita ambil iktibar, amal dan sampai-sampaikan kpd sedara2 kita yg x ada dlm majlis ni.

Niat dtg sini nak belajar dari org2 sini, salah dan silap dipohon ampun dan maaf.
Yg baik dtgnya dari Allah Ta'ala, yg tak baik atas kelemahan sy.
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Moga Allah Ta'ala kekalkan hidayah bg sy.

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلَاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ. وَسَلامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
 
Last edited:
Nahmaduhu wa nusolli 'ala rasulihil karim.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam serta keluarga dan sahabat Baginda SAW.

Assalamualaikum sedara2 yg dimuliakan Allah,

Apabila ada hijrah dan ada nusrah maka Allah sebarkan hidayah. Apabila Nabi SAW dan para sahabat berhijrah ke Madinah dan org ansar org tempatan Madinah beri nusrah kepada org muhajirin jemaah yg hijrah maka Allah buat keputusan utk sebarkan hidayat ke seluruh alam. Hidayah perkara ghaib dan kita tak nampak hidayah. Yang kita boleh nampak hanya kesan daripada tersebarnya hidayah. Apabila jemaah2 dihantar ke negara2 yg tak ramai org Islam, apabila jemaah demi jemaah hijrah berulang alik ke sana dengan mengamalkan tertib dakwah Nabi SAW, bilangan masjid2 telah bertambah dgn cepat di negara2 berkenaan. Bilangan para hafiz juga telah meningkat. Banyak gereja telah dibeli dan ditukarkan kepada masjid. Hijrah dan nusrah perintah Allah dan sunnah Nabi SAW. Semasa Nabi Nuh alaihissalam dpt perintah supaya bina kapal, di depan Baginda alaihissalam tak ada lautan. Tak ada asbab yg masuk akal utk bina kapal. Tapi Nabi Nuh alaihissalam tetap sj yakin dan taat semata-mata kerana ia perintah Allah. Ijtimak perintah Allah sunnah Nabi SAW. Nabi SAW telah kumpulkan 124,000 sesetengah riwayat mengatakan 144,000 para sahabat untuk mendengar khutbah terakhir Baginda SAW sebelum wafat. Nabi SAW juga adakan ijtimak mengumpulkan semua para sahabat. Taat in syaa Allah?

Sedara2 yg mulia, org2 tua kata teknologi maklumat asbab utk sebarkan maklumat tapi bukan asbab utk sebarkan hidayat. Allah akan sebarkan hidayat bila kita amalkan sunnah dakwah Nabi SAW dgn tertib yg betul. Ijtimak akan bermula kurang lebih seminggu dari hari ini. Jadi masa yg ada ni kita gunakan sebaiknya utk buat persiapan dan selesaikan keperluan2 kita. Sy juga akan berhenti mengepos kiriman baru utk thread ni.

Niat dtg sini nak belajar dari org2 sini, salah dan silap dipohon ampun dan maaf.
Yg baik dtgnya dari Allah Ta'ala, yg tak baik atas kelemahan sy.
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Moga Allah Ta'ala kekalkan hidayah bg sy.

Apa yg kita dgr mudah-mudahan Allah Ta'ala beri taufik utk kita ambil iktibar, amal dan sampai-sampaikan kpd sedara2 kita yg x ada dlm majlis ni.

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلَاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ. وَسَلامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register