BTC USD 82,712.4 Gold USD 4,114.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Idea & pandangan anda mungkin boleh membantu.....

Nazdrin

Freshie
Messages
27
Joined
May 31, 2011
Messages
27
Reaction score
0
Points
3
Salam buat semua,

Saya Nazdrin, Sales Advisor Perodua dealer di Kuala Lumpur kita ni. Sekarang ni tengah mencari idea baru atau mencari ilham bagi meningkatkan lagi jualan. Mungkin ahli-ahli forum dapat membantu......

1. Sekiranya anda seorang Sales Advisor apa yang akan anda lakukan? ataupun
2. Sekiranya anda seorang pelanggan (pembeli kereta) apa yang anda hendak Sales Advisor anda lakukan?


Idea dan pandangan anda amat-amat saya hargai........ Terima kasih semua.
 
Pengalaman saya dengan beberapa sales person,(ni Proton la), adalah sales person mempunyai ilmu automotif yang sangat cetek (untuk mereka yang terlibat dalam industri automotif).

Pernah saya tanya pasal Gen2 CPS,satu sales person ni bawa saya jumpa manager, boleh kata saya silap, mana ada Gen2 CPS, Waja CPS ada la.

Padahal pada masa yang sama Gen@ CPS sedang dilancarkan di KL.

Ada yang tak tahu spec mana yang ada features apa.

Pengalaman dengan sales VW lain pula cerita. Ingat orang tak tahu langsung pasal kereta.Dan bila orang tak tahu pasal kereta, dia akan cuba push sales accessories yang melampau.


Pada saya, lengkapkan diri dengan ilmu, bukan setakat lingkungan syarikat tempat kita bekerja sahaja, tetapi ilmu automotif, baik dari segi pembuatan, ekonomi, khidmat lepas jualan, insuran.

Bezakan anda dari rakan anda yang lain di tempat kerja. Beri hadiah persendirian anda kepada pembeli, seperti petrol setengah tank, atau setidak tidaknya,beri mug atau cenderahati (bukan syarikat punya,tapi duit sendiri) yang murah ,tapi menjadi ingatan.

Bina customer base. Jika sekarang anda bekerja dengan Perodua, di mana pelanggan adalah golongan muda, apabila anda berpindah ke syarikat lain, maklumkan pelanggan anda,di mana anda kerja sekarang, apa yang anda jual.

Setahun sekali,atau dua tahun sekali, cuma telefon dan bertanya khabar.Ingat, pertama kali membeli kereta, biasanya orang akan ingat sampai bila bila.Ni kelebihan anda.

Jangan kutuk atau hina brand lain. Bakal pelanggan anda mungkin pakai brand atau kereta tersebut.

Jangan anggap pelanggan anda tak tahu apa apa, dan pada masa sama, jangan anggap mereka tahu semua.

Jangan pandang pada pemakaian bakal pelanggan anda.
 
Salam buat semua,

Saya Nazdrin, Sales Advisor Perodua dealer di Kuala Lumpur kita ni. Sekarang ni tengah mencari idea baru atau mencari ilham bagi meningkatkan lagi jualan. Mungkin ahli-ahli forum dapat membantu......

1. Sekiranya anda seorang Sales Advisor apa yang akan anda lakukan? ataupun
2. Sekiranya anda seorang pelanggan (pembeli kereta) apa yang anda hendak Sales Advisor anda lakukan?


Idea dan pandangan anda amat-amat saya hargai........ Terima kasih semua.

Sales advisor ni yg jual keta tu ke..

kalau btul ni nasihat aku..

1. bagi free gift yg best..beli 1 keta percuma 1 motor..:D

2. Janji mesti tepati..kalau ckp keta dpt next week mesti usaha dapatkan..

3. layanan kena mantap..ni sebelum beli bukan main baik lagi..bila lepas bayar d/p nak angkat fon pun susah..

4. bg komisyen kat pembeli yg x melalui introducer..sesetengah nye buat x tau je pasal komisyen ni..

5. after sale cuba la tanya2 keadaan keta kat pembeli..bila pembeli berpuas hati, dia akan rekemen lagi kat kengkawan dia..dan kengkawan dia akan rekemen lak kat kawan2 yg lain..sampai la jadi MLM
 
Selaku sales advisor, anda patut...

1.Tahu berkaitan produk yang dikeluarkan oleh company & aspek teknikal

2. Senyum kepada pelanggan...
 
Last edited:
Salam buat semua,

Saya Nazdrin, Sales Advisor Perodua dealer di Kuala Lumpur kita ni. Sekarang ni tengah mencari idea baru atau mencari ilham bagi meningkatkan lagi jualan. Mungkin ahli-ahli forum dapat membantu......

1. Sekiranya anda seorang Sales Advisor apa yang akan anda lakukan? ataupun
2. Sekiranya anda seorang pelanggan (pembeli kereta) apa yang anda hendak Sales Advisor anda lakukan?


Idea dan pandangan anda amat-amat saya hargai........ Terima kasih semua.

kalau saya jadi sales advisor perodua yg baru hari ni masuk keja..yg utama saya akan cari majikan yg banyak buat road show...:)

1. cari agen ramai2
2. cetak flyer bebanyk dan edarkan
3. dalam flyer bagi free gift mahal2 (contoh : penginapan 2 hari 1 malam di hotel 4 bintang)
4. setiap pelanggan ialah agen saya
5. setiap bulan hantar kad ucapan atau kupon voucher kepada pelanggan
6. beri rebet setiap tahun customer renew insurans
 
Ok, terima kasih utk idea2 yang bernas...... keep it coming!!!!!!!
 
Salam buat semua,

Saya Nazdrin, Sales Advisor Perodua dealer di Kuala Lumpur kita ni. Sekarang ni tengah mencari idea baru atau mencari ilham bagi meningkatkan lagi jualan. Mungkin ahli-ahli forum dapat membantu......

1. Sekiranya anda seorang Sales Advisor apa yang akan anda lakukan? ataupun
2. Sekiranya anda seorang pelanggan (pembeli kereta) apa yang anda hendak Sales Advisor anda lakukan?


Idea dan pandangan anda amat-amat saya hargai........ Terima kasih semua.
pastikan anda tidak menipu pelanggan yang telah berjaya membeli kereta dari tangan anda....
jika didapati anda menipu, sure jualan akan merudum......
 
Back
Top
Log in Register