BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ferrari Mungkin Intai Teknologi Xiaomi Untuk Bangunkan 'Supercar EV' Sendiri

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Ferrari dilaporkan mungkin mengkaji kereta elektrik berprestasi tinggi yang dibangunkan Xiaomi iaitu SU7 Ultra. Ia selepas tersebar gambar di platform media sosial China, Weibo yang menunjukkan model EV Xiaomi itu keluar dari kilang Ferrari di Maranello, Itali. Beberapa blogger China juga turut mendakwa Ferrari telah mengunjungi ibu pejabat Xiaomi di Beijing untuk meneroka kerjasama berkaitan sistem pemanduan EV generasi baharu. Ia bukanlah suatu yang luar biasa kerana adalah menjadi satu amalan biasa dalam industri automotif untuk menganalisis prestasi, bahan dan proses pemasangan pesaing.
EDGE1.jpg

Namun, ini menunjukkan Xiaomi SU7 Ultra menjadi penanda aras Ferrari untuk pembangunan kereta elektrik berprestasi tinggi mereka sendiri. Xiaomi SU7 Ultra, yang dilancarkan pada 2024 telah menarik perhatian industri dan peminat automotif baru-baru ini selepas ia berjaya memecah rekod sebagai Kereta Elektrik Eksekutif Terpantas di litar lumba Nürburgring Nordschleife, Jerman, dengan catatan masa 7 minit 4.957 saat. Xiaomi SU7 Ultra dilengkapi tiga motor elektrik (dua V8 dan satu V6) yang menghasilkan kuasa maksimum sehingga 1,548 PS, mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 1.98 saat, dan mencapai kelajuan lebih 350 km/j.
EDGE1.jpg
 
Back
Top
Log in Register