BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu terkencing ditahan mencuri

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUANTAN - Seorang wanita yang mengendong bayi berusia kurang daripada setahun menggeletar sehingga terkencing apabila ditahan di sebuah pasar raya terkenal di sini malam kelmarin selepas didapati mencuri baju dan pakaian kanak-kanak.

Ibu berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan bersama seorang lagi rakan sebayanya dengan barangan curi bernilai RM176.

Menurut pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Inspektor Nur Zulaikha Isha, kedua-dua wanita itu pada mulanya dilihat berlegar-legar di sekitar kawasan pakaian wanita pasar raya tersebut pada pukul 8.25 malam.

"Wanita itu dipercayai telah memasukkan beberapa helai pakaian ke dalam beg tangan tanpa menyedari tindak-tanduk mereka telah diperhatikan," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini semalam.

Bagaimanapun, ketika kedua-dua suspek cuba beredar meninggalkan pasar raya itu, mereka terus ditahan.

"Hasil pemeriksaan, beberapa helai baju wanita dan kanak-kanak bernilai RM176 ditemui dalam beg tangan suspek," jelasnya.

Kedua-dua wanita itu yang berasal dari bandar ini kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,'' ujarnya.
 
Adehh..apasal la orang Malaysia ni suka jadi pencuri?
 
haaa,,, kuantan..

cek bini korang gi mana... :)paid
 
Samada dia pernah mencuri sebelum ni dan terlepas atau kali pertama tetapi gagal. Mana suami dia, sepatutnya tanggungjawab suami beli pakaian isteri dan anak2.
 
aku rasa laki dia jenis tak amik tahu.. duit perabih.. kesian juga.. tapi nak wat camna..
 
apa da mencuri.. takda keja lain ke.

camana pun, aku kesian kat popuan tu. Ada sebab mungkin dia buat camtu
apa lagi dia menggeletar hingga terkencing bila ditangkap.

Kalau aku ada duit aku bagi dia buat beli pakaian.
Tapi apa kan daya, baru semalam aku margin call kat forex.
 
Last edited:
mn p laki dia.. patutnya laki dia la yg kne beli sume tu.


sian...
 
mencuri ni penyakit sebenarnya.
kalau setakat pakaian, ramai je yg suka kasi2 pakaian yg dah jemu pakai. pakaian anak2 yg dah tak uat pun byk.
 
mmg la mencuri tu salah, tp kesian pulak tgk..:(:(
 
Back
Top
Log in Register