BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enam Ditahan Termasuk Empat Remaja Bawah Umur Selepas Aksi 'Wheelie' Di Ibu Kota Tular

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Enam Ditahan Termasuk Empat Remaja Bawah Umur Selepas Aksi 'Wheelie' Di Ibu Kota Tular​

f276c3f4c7cd1b409068fedfea0ad48c6828139db95dc

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa

Polis menahan enam individu termasuk empat remaja bawah umur dipercayai terlibat dalam aksi 'wheelie' secara berbahaya di sekitar Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak dan Jalan P. Ramlee, di sini yang aksi itu tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kejadian itu dikesan selepas satu video berdurasi 44 saat dimuat naik di Facebook pada Ahad lepas, yang memaparkan beberapa penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya bersama pembonceng di jalan raya awam.

Beliau berkata hasil tindakan dan risikan Unit Risikan/Operasi JSPT Kuala Lumpur, tangkapan pertama dibuat semalam pada 3.20 pagi melibatkan seorang lelaki berusia 20 tahun dan teman wanitanya berusia 16 tahun yang menggunakan motosikal Yamaha 135LC berwarna putih.

"Susulan itu, tangkapan kedua dibuat kira-kira 12.54 tengah malam tadi melibatkan dua lagi penunggang lelaki berusia 17 dan 16 tahun bersama dua pembonceng perempuan berusia 18 dan 15 tahun, yang dipercayai terlibat dalam rakaman video tular berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zamzuri berkata tangkapan kedua melibatkan dua motosikal Yamaha 135LC berwarna biru dan kesemua suspek dirakam percakapan dan dibebaskan dengan jaminan polis kerana sebahagian daripada mereka masih di bawah umur.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register