BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu Muda Mengaku Salah Sebabkan Kematian Bayi Baru Lahir

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Ibu Muda Mengaku Salah Sebabkan Kematian Bayi Baru Lahir​

cb2dd7ac08c091addfcf9ad1d72b3b826a1fd4f60c04d

Ibu muda Nuran Batrisya Jamaludin, 22, (tengah) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi perempuannya yang baru dilahirkan pada Mei lepas.

Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi perempuannya yang baru dilahirkan.

Nuran Batrisya Jamaludin, 22, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee.

Dia didakwa melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian seorang bayi perempuan di tempat letak kenderaan di sebuah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Skudai antara 11 pagi hingga 2.30 petang pada 20 Mei lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Julai depan untuk serahan dokumen, menunggu laporan bedah siasat serta keputusan hukuman.

Pegawai Pendakwa R. Nevina tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap wanita itu yang mempunyai seorang lagi bayi, iaitu kembar kepada mangsa.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin, selain dikenakan syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

Sebelum ini, polis dilapor menahan seorang wanita tempatan kerana dipercayai mencampak bayi perempuan yang baru dilahirkannya dari tingkat 10 sebuah rumah pangsa di bandar raya ini dalam kejadian pada Mei lepas.

 
Back
Top
Log in Register