mint
Super Active Member
- Messages
- 5,432
- Joined
- Apr 27, 2009
- Messages
- 5,432
- Reaction score
- 16
- Points
- 65
kita balik kepada hukum....
anak lelaki dengan anak perempuan mempunyai hukum yang berbeza ...
anak lelaki akan menjadi tongkat ornag tuanya didunia manakala anak perempuan pula akan menjadi tongkat kepada kedua orang tuanya di akhirat...
seorang anak lelaki sekalipun telah berkahwin kewajiban dia kepada dua orang tuanya tidak akan hilang...wajiblah ia berbuat baik kepada kedua orang tuanya.... itulah yang dimaksudkan tongkat di dunia...
namun demikian kepada anak perempuan selepas ia berkahwin kewajibannya jatuh kepada suaminya.... wajiblah ia taat kepada suami...
memang tak dinafikan melahirkan dan membesarkan anak perempuan ini ibarat kita melahirkan dan membesarkan untuk diberikan kepada orang...
namun demikian tuhan itu adil sesiapa yang melahirkan dan membesarkan 3 anak perempuan kemudian dikahwinkan jaminan syurga bagi mereka...sebab itulah mengapa saya mengatakan anak perempuan itu adalah tongkat orang tuanya ketika diakhirat kelak..
yang mungkin menjadi masalah dikalangan wanita apabila lelaki seringkali menyerahkan tanggungjawab memelihara ibu mereka kepada pihak isteri...
sepatutnya kewajiban itu masih dibahu anak lelaki iaitu sisuami... sebab itulah hubungan antara menantu perempuan dengna mentua seringkali tegang akibat kurangnya kefahaman tentang hukum....
seringkali ketika lelaki berkhidmat kepada orang tuanya akan membuatkan diri mereka letih dan disinilah kayanya tuhan yang telah menetapkan isteri disisi untuk menghilangkan keletihan tersebut...
keletihan isteri pula akan dibayar dengan dikurniakan anak anak yang akan berkhidmat kepada diri mereka disatu hari kelak... begitulah indahnya sunnah tuhan kepada hambanya...
malah apa yang terlebih istimewa walau anak itu adalah hak ayah namun demikian tuhan mewajibkan anak itu lebih berkhidmat kepada ibunya dari kepada ayahnya begitulah adilnya tuhan kepada hambanya...
sebenarnya kalau semua orang ikut hukum yang telah ditetapkan akan aman dunia... tapi masalah wujud sebahagian manusia yang enggan ikut hukum membuat kan kecelaruan keatas kesemua orang...
dalam kes anda ini agak pelik mak anda yang bermasalah seringkali yang berlaku mak mentua dengan menantunya yang bermasalah....
kadang kadang bukan semua perkara boleh di selesaikan dnegna kata kata... ada separuh perkara cara penyelesaian terbaik ialah mendiamkan diri...
jadi kesimpulannya diamkan diri... sesungguhnya mereka golongan yang tidak mengerti... buat apa yang sepatutnya anda buat... taatlah kepada suami anda... asalkan suami anda redha tuhan pun redha... sebab redha tuhan ada pada redha suami anda...
kerana nabi telah memberi jaminan... perempuan yang melaksanakan solat 5 waktu... berpuasa di bulan ramadhan.. menjaga kehormatan diri ... dan taat pada suami telah dijamin akan dapat masuk kesyurga dari pintu pilihan mereka... insyaallah....
nasihat yg bagus..
