BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu cubit anak dijel

Apsal aku rasa macam tak lengkap je cerita ni..gambar budak nikena cubit takde ke?
 
gila punya dunia...kang aku panggil mr subramaniam kang
 
sape yang buat report? :-?

x asben dia laa kot...aku rasa laaa...abis tu sape lagi yg nak report kan.... tapi tu laa pasal, mana nak cari 7k tu keje kat kedai jerr...
 
nk ajar anak pun kena hukum penjara. gilos la.

aku dulu kena rotan siap dgn pelepah kelapa lagi.Akhir aku sedar mana baik mana buruk.Sekarang kalau semua main tegur mulut aje...susah jugak.So makin ramai anak-anak akan kurang ajar dgn mak bapak sebab depa tau ada undang2..Kena rotan ..anak tu sendiri akan gi report polis.
 
MELAKA – Tindakan seorang ibu yang mencubit tangan anaknya sampai lebam kerana malas menukarkan baju mangsa menyebabkan wanita itu dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu ke atas Maszuridah Kuming, 34, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mengikut pertuduhan, Maszuridah yang bekerja sebagai pembantu sebuah kedai makan di sini didakwa menyebabkan anak lelakinya yang berumur lima tahun mengalami kecederaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh pukul 9 malam pada 20 Julai 2011 di sebuah rumah di Batu 7 1/2, Bukit Rambai di sini.

Maszuridah didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

“Saya menjaga empat orang anak, saya turut menanggung keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan selain anak bongsu saya yang berusia enam bulan masih menyusu badan,” kata Maszuridah.

camna naik court...xnak anak 5 taun tu repot..:-?:-?
 
siapa report...?
teruk mana lebam..?
7k utk cubit biasa mcm x logik...

aku rasa nie ada kait kes lain nie, mesti dah kali kena takkan hakim nak denda sampai RM7k kalau kes cubit biasa....
 
Hmm.... Pastu nnti anak pulak kena jel pasal merompak akibat kurang didikan..
 
Back
Top
Log in Register