BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu ayam muda ditahan polis

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,277
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,277
Reaction score
1,665
Points
201

WANITA cantik berusia 25 tahun menjadi ibu ayam.  FOTO AGENSI

Jakarta: Seorang wanita cantik bergelar ibu ayam ditahan polis Indonesia selepas didapati menjual penuntut wanita kepada 37 'lelaki hidung belang'.

Portal Detik.com melaporkan, wanita berusia 25 tahun itu berasal dari Cakung, Jakarta Timur ditahan bersama dua penuntut wanita di sebuah hotel di Mataram.

Dipercayai selama lima hari, penuntut wanita berkenaan sudah melayani 37 pelanggan.

"Ibu ayam itu menempatkan kedua-dua mahasiswi itu di hotel berkenaan supaya melayani kehendak seksual lelaki hidung belang.

"Selama lima hari menginap di hotel itu, dua penuntut itu melayani 37 pelanggan dan menghasilkan wang lebih 33 juta rupiah (RM9,416)," kata jurucakap polis, Hari Brata.

Hari berkata, selain menawarkan penuntut wanita, ibu ayam itu juga turut menjual dirinya sendiri dengan bayaran 500,000 hingga 1.6 juta rupiah (RM143 hingga RM457) untuk satu layanan.

Kegiatan pelacuran itu terbongkar selepas polis menerima maklumat daripada orang awam yang resah dengan kegiatan tidak bermoral itu.
Polis kemudian melakukan siasatan dan menemui suspek serta dua wanita di dua bilik hotel berbeza.

"Soal siasat mendapati mereka mengaku melakukan kegiatan tidak bermoral untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

"Mungkin kerana pandemik menyebabkan dua penuntut berkenaan memerlukan wang sehingga sanggup menjual diri," katanya.


== harian metro
 
Back
Top
Log in Register