Kepada tuan tanah, hentikan penyebaran emel fitnah & palsu ini yg beritanya dan sumbernya amat meragukan.
Jangan main percaya jer semua sebaran dari emel. Sebelum ni ada yg kata akan jadi huru-hara & bunyi yg kuat dari langit pada tahun 2005, kaiamt akan berlaku pada 1 syawal hari raya 2005, pastu pada 1 ramadan awal puasa tahun 2006.
Pastu tak jadi, ditunda pulak kiamat & huru-hara berlaku tahun 2009. Tak jadi lagi tunda lagi, ini ke tahun 2012 pulak. Ada yg kata tahun 2020, ada yg kata tahun 2062, ada yg kata tahun 2065.
Ini semua mengarut!!!! Sesapa yg percaya dgn berita palsu seperti ini boleh rosak akidah & jatuh murtad & kafir.
Jawapan dari Ustaz Zaharuddin di shoutbox laman web beliau berkenaan status hadis yg tuan tanah tulis tu di bawah adalah;
-Hadis tu ada dlm kitab alfitan oleh Nu'iam Hammad, tapi menurut tahqiq @ semakan para ulama hadis, ia bukan hadis yang punyai asal. Ertinya tidak sohih & Imam az-Zahaby juga kritik. Imam Ahmad Hanbal pula tolak kitab alfitan karangan Nua'im ini.
Seharusnya umat Islam lebih berhati-hati dalam menerima mana-mana maklumat tentang Islam agar diselidiki sumber asalnya dan kesahihannya sebelum menyebarkannya kepada orang ramai.