BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukum solat pakai singlet

betul dah...hukum nya sah....

mcm pakai baju curi...waktu solat...hukum solat tu sah...tp perbuatan curi baju tu dosa...

buat baik + dosa = agak2 apa jawapannya...

hidup kita ni ada 1 timbangan sahaja...pahala dan dosa....

berat dosa...neraka

berat pahala...syurga...

pernah kah kita tahu buku amalan kita berat yang mana....

raqib dan atid sentiasa ada bersama kita untuk mencatat semua amalan kita...tidak pernah terlepas...

kualiti solat kita....tu yang penting....

solat adalah ibadah langsung diri kita dengan Allah....

nak dapat kualiti nya...kena ada lah adab-adab nya....
Terbaik....
 
Semua target nak masuk syurga,nakkan rahmat supaya dapat masuk...

Jadi kenalah taqwa,bekalan tu,insyaallah boleh,kita buat sesuatu dgn cara terbaik...
 
Assalamualaikum sedara2 yg dimuliakan Allah,

Allah Ta'ala telah hantar nabi demi nabi bg setiap umat utk ajar mereka amal agama. Bagi kita umat terakhir Allah Ta'ala telah hantar penutup sekalian nabi Rasulullah SAW. Pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yg baik. Rasulullah SAW juga berpakaian semasa solat. Tiada contoh yg lebih baik bg umat ini jadikan contoh selain Baginda SAW.

Menyebarkan kebaikan agama itu suatu sedekah. Dalam bersedekah Nabi SAW ajar kita beri sedekah yg terbaik dr apa yg kita ada. Apabila Habil dan Qabil diminta memberi korban kepada Allah Ta'ala, Habil pilih hasil terbaik dr rezeki yg diberikan kepadanya utk dijadikan sbg korban kpd Allah Ta'ala sedangkan Qabil pilih yg terburuk dr rezekinya sebagai korban kpd Allah Ta'ala. Allah Ta'ala terima korban Habil. Cara berpakaian bagi tujuan memenuhi syarat sah solat itu banyak tetapi seelok-elok cara ialah dengan mengamalkan sunnah Nabi SAW. Barangsiapa meniru niru suatu kaum maka ia akan dibangkitkan bersama sama dgn siapa yg dia tiru di hari kiamat.

Ya tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya serta para sahabatnya.

Segala puji-pujian bagi Allah tuhan sekalian alam.

Wallahua'lam.
 
Last edited:
Kesimpulan

Setelah kami meneliti dan menilai isu ini dengan merujuk kepada nas-nas berkaitan berserta pandangan para ulama, kami menyatakan bahawa solat dengan memakai singlet, atau tidak memakai baju yang mendedahkan kedua-dua bahu orang lelaki, hukumnya adalah MAKRUH dan solat tersebut sah.

Firman Allah S.W.T:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ

Maksudnya: Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat kami ketika berada di setiap masjid. Surah Al-A’raaf (31)

Imam Al-Thabari Rahimahullah di dalam tafsirnya mengatakan bahawa perkataan خُذُوا زِينَة di dalam ayat bererti pakaian yang menutup aurat.


sumber: http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al...nglet-tanpa-lengan?highlight=WyJzaW5nbGV0Il0=

TT,

Macam tak kene dgn translation & tafsiran ayat tu

67-DA90-AB-B2-C7-4-F10-8-D46-600-ED57124-E6.jpg


kene mintak mufti betul kan smula maknanya
Lari maksud tu

Ye kita di galakkan pakai yg cantik2 apabila nak solat
 
Back
Top
Log in Register