BTC USD 84,857.0 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukum solat pakai singlet

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Singlet adalah suatu pakaian dalaman yang tidak berlengan dan ia biasanya dipakai oleh orang lelaki. Dalam erti kata lain, seseorang yang menunaikan solat dengan memakai singlet bererti dia solat dalam keadaan memakai baju yang tidak berlengan dan mendedahkan bahagian bahunya.

Berkenaan hal ini, terdapat hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Janganlah salah seorang dari kamu solat dengan pakaian yang satu, yang mana tidak ada sesuatu di atas dua bahunya. Riwayat Al-Bukhari (359)

Berdasarkan zahir hadis di atas, terdapatnya larangan ke atas perbuatan solat dalam keadaan bahagian bahu terdedah. Di dalam kaedah usul fiqh mengatakan, bahawa larangan itu membawa erti pengharaman. Justeru, sebahagian para ulama menyatakan bahawa perbuatan tersebut adalah haram.

Imam Ibn Qudamah Al-Maqdisi Rahimahullah menyatakan: Wajib ke atas seseorang yang solat untuk meletakkan sesuatu daripada pakaian di atas bahunya, sekiranya dia mampu untuk melakukannya. Inilah pendapat Ibn Al-Munzir dan dihikayatkan daripada Abu Ja’far, beliau berpendapat bahawa tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak menutup bahunya.

Majoriti para fuqaha pula berpendapat: Yang demikian itu tidak wajib, dan ia bukanlah syarat sah solat. Inilah pendapat Imam Malik, dan Imam Al-Syafie, kerana kedua bahu tersebut bukanlah aurat maka ia menyamai baki anggota badan yang lain. Lihat Al-Mughni, Ibn Qudamah (1/618).

Manakala Imam Al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim (2/274) apabila mensyarahkan hadis ini beliau berkata: Kata para ulama: Hikmahnya adalah, jika dia memakai baju dan tidak ada sesuatu di atas bahunya, maka tidak selamat daripada terdedah bahagian auratnya, berbeza dengan jika diletakkan pakaian di atas bahu. Kata beliau lagi: Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Al-Syafie serta jumhur berpendapat: Larangan itu menunjukkan kepada makruh tanzih, bukannya kepada pengharaman.

Jika seseorang itu solat hanya dengan memakai satu pakaian yang menutup auratnya, tetapi tidak menutup bahagian bahunya maka solatnya dikira sah berserta hukum makruh. Sama ada dia mampu meletakkan sesuatu di atas bahunya ataupun tidak.

Manakala Imam Ahmad dan sebahagian para salaf berpendapat bahawa solatnya tidak sah sekiranya dia mampu meletakkan sesuatu (daripada pakaian) di atas bahunya. Manakala dalam riwayat lain yang juga daripada Imam Ahmad bin Hanbal beliau berpendapat bahawa solatnya adalah sah, akan tetapi berdosa jika dia meninggalkan meletak sesuatu dari pakaian di atas bahunya.

Kesimpulan

Setelah kami meneliti dan menilai isu ini dengan merujuk kepada nas-nas berkaitan berserta pandangan para ulama, kami menyatakan bahawa solat dengan memakai singlet, atau tidak memakai baju yang mendedahkan kedua-dua bahu orang lelaki, hukumnya adalah MAKRUH dan solat tersebut sah.

Firman Allah S.W.T:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ

Maksudnya: Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat kami ketika berada di setiap masjid. Surah Al-A’raaf (31)

Imam Al-Thabari Rahimahullah di dalam tafsirnya mengatakan bahawa perkataan خُذُوا زِينَة di dalam ayat bererti pakaian yang menutup aurat.


sumber: http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al...nglet-tanpa-lengan?highlight=WyJzaW5nbGV0Il0=
 
solat sah, cuma kesimpulan mudahnya, cuba kita bygkan semua org pergi masjid bersinglet atau pakai seluar je, kan nmpk x senonoh, hal keduniaan kita boleh pakai elok2 , ni kan pula menghadap ilahi,
 
ada hadith yg suruh lepaskan lengan baju,makna sunnah guna baju lengan panjang...kalau sleeveless,baik toksah...cuba pakai satu lagi,windbreaker ker,long john ker yg lengan panjang...
 
terima kasih..aku kadang solat pakai kain je tanpa baju..dah tahu lepas ni pakai baju lah..
 
sekurangnya tshirt pun dh ok..nampak kemas dan lengkap
 
bila berada di tempat persendirian, dlm rumah, yg tidak melibatkn org awam, terpulang la pemakaiannya mcm mana selagi mengikut hukum syarak dan batas aurat.
bila berada di tempat awam, seperti diatas juga tapi dgn tambahan utk menjaga adab, etika, bertimbang rasa sesama insan. kalu kita kata, tak salah sbb tutup aurat, cuba kita fikir plak bila kita buat majlis doa selamat ke, syukur ke, aqiqah ke, yg datang duk pakai kain pelikat je tapi tutup aurat pusat ke lutut, mungkin dgn imam nye skali. agak2 apa perasaan kita.
 
pakai elok lah.
nak ngadap maha pencipta
nak ngadap yang beri rezeki kat kita.

taruk wangian skit. baru la A+++++
 
sekurangnya tshirt pun dh ok..nampak kemas dan lengkap

kalau pergi masjid, jgn ada gambar atau tulisan kt belakang tshirt tu. ganggu kusyuk jemaah lain. jd makruh. bila makruh takut2 xdpt pahala solat jemaah
 
Back
Top
Log in Register