20 dekad dok jaga sebuah negeri je tuh...itupun takleh kuatkuasakan sepenuhnya......
masa PRU,sibk gak dok hulur seratus dua kat rakyat sbb nak beli undi supaya pangkah PAS...
realiti beb....kena sedar....berlaku di dpn mata aku sendiri pun....
when it comes into politics...takde byk beza pun amalan politician PAS ngan UMNO....
kak insyi,
terdapat satu jurang perbezaan besar tentang kegiatan judi Kelantan dan negeri-negeri lain di Malaysia.
Kelantan secara DASARnya tidak membenarkan dan tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen untuk premis judi berniaga secara sah mengikut undang-undang negara.
berbanding dengan negeri lain, lesen judi dikeluarkan oleh kerajaan negeri, dan orang Islam pula boleh berjudi dengan kuasa pengawalan yang lemah.
memang benar bagai dikata, even Kelantan mengharamkan sebarang kegiatan judi, masih terdapat mereka yang berjudi, dan membuat premis judi secara ILLEGAL tanpa lesen. tapi ini bukan bermakna Kelantan membenarkan mereka/memberi lesen kepada mereka sebenarnya.
antara perbezaan lain ialah : di Kelantan, penguatkuasan judi adalah berdasarkan undang-undang negeri (yang melarang/tidak keluarkan lesen). manakala di negeri lain, penguatkuasaan adalah bergantung kepada kuasa PBT (majlis-majlis agama/perbandaran setempat).
lihat dari sudut yang lain. PAS Kelantan sudah berusaha dari segi basic lagi, iaitu tidak membenarkan sebarang lesen judi. berbanding negeri-negeri lain yang tidak pernah berusaha mengharamkan lesen judi ini.
walaupun tidak dapat kesemuanya, usaha itu adalah lebih baik daripada mereka yang tidak berusaha..