anasz
Active+ Member
- Messages
- 3,582
- Joined
- Nov 8, 2007
- Messages
- 3,582
- Reaction score
- 43
- Points
- 30
20 dekad dok jaga sebuah negeri je tuh...itupun takleh kuatkuasakan sepenuhnya......
masa PRU,sibk gak dok hulur seratus dua kat rakyat sbb nak beli undi supaya pangkah PAS...
realiti beb....kena sedar....berlaku di dpn mata aku sendiri pun....
when it comes into politics...takde byk beza pun amalan politician PAS ngan UMNO....
Banyak beza beb.ko baca artikel ni.pastu ko bleh tahu apa beza pas ngan umno dan kalau ko baca artikel ni ko bleh tau la apa hukum pangkah umno ni.ni cadangan yg kuar daripada mulut memteri umno,ko kena risau gak yg ni.jgn nak risau yg 20dekad tu jer
Oleh Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Idea 'bernas' Menteri Pelancongan, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mengurangkan cukai arak bagi meningkatkan industri pelancongan seolah-olah ingin menjadikan Malaysia sebagai 'syurga arak' kepada pelancong asing termasuklah kepada rakyat tempatan.
Demikian menurut Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily baru-baru ini.
Sambil menyifatkan cadangan itu sebagai tidak munasabah beliau berkata," menteri ini hanya memikirkan selera dan melayani keresahan pelancong sahaja tanpa melihat implikasi buruk kepada sosial."
"Sudahlah keadaan sosial semakin kronik akibat ketagihan arak, tiba-tiba kita tambahkan lagi kerosakan yang sedia ada," katanya.
Beliau menegaskan bahawa Teras membantah sekeras-kerasnya cadangan menteri tersebut termasuklah idea beliau untuk melanjutkan waktu operasi pusat hiburan bagi meningkatkan industri pelancongan.
"Apabila dilanjutkan hingga jam 5 pagi, akan menggalakkan lagi masalah lain seperti pengambilan dadah seperti estacy dan budaya berhibur yang keterlaluan," katanya.
Bekas Mufti, artis turut bantah cadangan Tengku Adnan
Pelbagai bantahan turut diterima daripada masyarakat berkenaan operasi pusat hiburan yang ingin dilanjutkan,antaranya bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang dilaporkan berkata bahawa cadangan itu bercanggah dengan Islam Hadhari dan jika dilaksanakan, ia tidak menambahkan kedatangan pelancong asing, tetapi merosakkan masyarakat Malaysia.
Selain itu, ramai di kalangan artis seperti, Dato' Yusuf Haslam, Umie Aida, Raja Farah Raja Aziz yang dilaporkan membantah cadangan tersebut dan menganggapnya sebagai tidak wajar kerana boleh menyumbangkan kepada gejala sosial yang lebih buruk.
Kata Mohd Azmi lagi, natijah daripada budaya hedonisme yang berlebihan, negara bakal kehilangan aset yang berharga iaitu golongan muda yang telah rosak akhlak untuk memjadi pemimpin masa hadapan dan ini jelasnya bertentangan dengan prinsip 'modal insan' yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Adnan sebelum ini, dilaporkan berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Pelancongan Ho Chi Minh, Nguyen Thi Lap Quoc, di Vietnam baru-baru ini dan meminta kerajaan mengkaji semula kadar cukai terhadap minuman keras di negara ini yang disifatkan terlalu tinggi sehingga mendapat rungutan daripada pelancong asing. - mks.
