BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

hukum mengundi UMNO...

20 dekad dok jaga sebuah negeri je tuh...itupun takleh kuatkuasakan sepenuhnya......

masa PRU,sibk gak dok hulur seratus dua kat rakyat sbb nak beli undi supaya pangkah PAS...

realiti beb....kena sedar....berlaku di dpn mata aku sendiri pun....

when it comes into politics...takde byk beza pun amalan politician PAS ngan UMNO....

Banyak beza beb.ko baca artikel ni.pastu ko bleh tahu apa beza pas ngan umno dan kalau ko baca artikel ni ko bleh tau la apa hukum pangkah umno ni.ni cadangan yg kuar daripada mulut memteri umno,ko kena risau gak yg ni.jgn nak risau yg 20dekad tu jer

Oleh Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Idea 'bernas' Menteri Pelancongan, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mengurangkan cukai arak bagi meningkatkan industri pelancongan seolah-olah ingin menjadikan Malaysia sebagai 'syurga arak' kepada pelancong asing termasuklah kepada rakyat tempatan.

Demikian menurut Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Sambil menyifatkan cadangan itu sebagai tidak munasabah beliau berkata," menteri ini hanya memikirkan selera dan melayani keresahan pelancong sahaja tanpa melihat implikasi buruk kepada sosial."

"Sudahlah keadaan sosial semakin kronik akibat ketagihan arak, tiba-tiba kita tambahkan lagi kerosakan yang sedia ada," katanya.

Beliau menegaskan bahawa Teras membantah sekeras-kerasnya cadangan menteri tersebut termasuklah idea beliau untuk melanjutkan waktu operasi pusat hiburan bagi meningkatkan industri pelancongan.

"Apabila dilanjutkan hingga jam 5 pagi, akan menggalakkan lagi masalah lain seperti pengambilan dadah seperti estacy dan budaya berhibur yang keterlaluan," katanya.

Bekas Mufti, artis turut bantah cadangan Tengku Adnan
Pelbagai bantahan turut diterima daripada masyarakat berkenaan operasi pusat hiburan yang ingin dilanjutkan,antaranya bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang dilaporkan berkata bahawa cadangan itu bercanggah dengan Islam Hadhari dan jika dilaksanakan, ia tidak menambahkan kedatangan pelancong asing, tetapi merosakkan masyarakat Malaysia.

Selain itu, ramai di kalangan artis seperti, Dato' Yusuf Haslam, Umie Aida, Raja Farah Raja Aziz yang dilaporkan membantah cadangan tersebut dan menganggapnya sebagai tidak wajar kerana boleh menyumbangkan kepada gejala sosial yang lebih buruk.

Kata Mohd Azmi lagi, natijah daripada budaya hedonisme yang berlebihan, negara bakal kehilangan aset yang berharga iaitu golongan muda yang telah rosak akhlak untuk memjadi pemimpin masa hadapan dan ini jelasnya bertentangan dengan prinsip 'modal insan' yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Adnan sebelum ini, dilaporkan berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Pelancongan Ho Chi Minh, Nguyen Thi Lap Quoc, di Vietnam baru-baru ini dan meminta kerajaan mengkaji semula kadar cukai terhadap minuman keras di negara ini yang disifatkan terlalu tinggi sehingga mendapat rungutan daripada pelancong asing. - mks.
 
teringat seseorang dari UMNO yang pernah kata hukum HARAMnya Arak & Judi ni tiada dalam al-Quran..
 
kak insyi,
terdapat satu jurang perbezaan besar tentang kegiatan judi Kelantan dan negeri-negeri lain di Malaysia.

Kelantan secara DASARnya tidak membenarkan dan tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen untuk premis judi berniaga secara sah mengikut undang-undang negara.

berbanding dengan negeri lain, lesen judi dikeluarkan oleh kerajaan negeri, dan orang Islam pula boleh berjudi dengan kuasa pengawalan yang lemah.

memang benar bagai dikata, even Kelantan mengharamkan sebarang kegiatan judi, masih terdapat mereka yang berjudi, dan membuat premis judi secara ILLEGAL tanpa lesen. tapi ini bukan bermakna Kelantan membenarkan mereka/memberi lesen kepada mereka sebenarnya.

antara perbezaan lain ialah : di Kelantan, penguatkuasan judi adalah berdasarkan undang-undang negeri (yang melarang/tidak keluarkan lesen). manakala di negeri lain, penguatkuasaan adalah bergantung kepada kuasa PBT (majlis-majlis agama/perbandaran setempat).

lihat dari sudut yang lain. PAS Kelantan sudah berusaha dari segi basic lagi, iaitu tidak membenarkan sebarang lesen judi. berbanding negeri-negeri lain yang tidak pernah berusaha mengharamkan lesen judi ini.

walaupun tidak dapat kesemuanya, usaha itu adalah lebih baik daripada mereka yang tidak berusaha..

bagus tindakan PAS tu...:))

perluaskan ke kedah,selangor dan penang.. maklum la pakatan kan? :eek::eek:
 
owh....mungkin aku terlupa...bila pemimpin PAS hulur duit utk beli undi...itu adalah SEDEKAH AMAL JARIAH...

tp kalau pemimpin UMNO hulur duit beli undi....itu adalah RASUAH A.K.A POLITIK WANG.....hurm...:-?

padan la kelantan sampai la ni tak maju2... rupa2nya dipimpin oleh org2 yang kaki pembohong, auta karak, pemfitnah, pemecah belah umat islam

kalau pemimpin korup tu Islam tetapi orang bawahan dia Kafir?

tu pasal bab syurga neraka ni jangan tunjuk terer


Amal jariah yea :-?

Takbir,,,


att00511gt8.gif
 
saudara kuhik tak jumpa lagi ke mana2 mufti or profesor yg cakap mengundi UMNO tu HARAM... :">
 
kalau orang Kelantan yang sokong PAS mungkin tak buat kot. sebab diorang at least reti hukum-hakam agama yang basic ni..

orang Kelantan yang sokong UMNO la kot yang buat keje-keje keji macam ni...


aisey..UMNO lagi yang kena..

betul tu aku sokong sgt... ye la.. nak pergi beli no simpan ketayap dlm poket.. lepas beli pakai balik.... mentaliti pancacai PAS... :)):)) tak jumpa lagi ke apa hukum mengundi UMNO kuhik?
 
padan la kelantan sampai la ni tak maju2... rupa2nya dipimpin oleh org2 yang kaki pembohong, auta karak, pemfitnah, pemecah belah umat islam

kalau pemimpin korup tu Islam tetapi orang bawahan dia Kafir?

tu pasal bab syurga neraka ni jangan tunjuk terer


Amal jariah yea :-?

Takbir,,,

sedara ni mesti suka betul buat provokasi dan juga suka berbohong.

jika kamu kata, Kelantan tidak maju hari ini, maka kamu telah berbohong!

statistik pendapatan per-kapita seluruh negeri di Malaysia telah dikeluarkan, dan adakah kamu tahu negeri apakah yang paling miskin dalam Malaysia sekarang?

1 - Sabah
2 - Terengganu
3 - Sarawak

ketiga-tiga negeri di atas adalah UMNO/BN yang perintah, dan ketiga-tiga negeri tersebut ialah negeri-negeri MINYAK!

Kelantan pula menduduki tempat ke-6 daripada ranking keseluruhan. amat menyedihkan, negeri seperti Terengganu yang dikatakan kaya dengan minyak, tapi sebenarnya adalah NEGERI PALING MISKIN di Semenanjung Malaysia.

tak caya, pergilah google "negeri paling miskin di Malaysia".

so, adalah satu pembohonga yang amat jelas jika kamu kata Kelantan tidak maju, kerana Kelantan sekarang sudah jauh lebih maju sejak PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990.

dan satu lagi.

perbandingan antara kerajaan Pakatan Rakyat majoriti DAP sebelum ni dengan Kerajaan UMNO Majoriti Melayu Perak adalah cukup jelas.

kerajaan majoriti DAP, tidak membenarkan JomHeboh kerana JomHeboh difatwakan HARAM oleh Mufti Perak.

Kerajaan majoriti Melayu UMNO pula, sebaik sahaja dapat kuasa, terus diorang benarkan JomHeboh yang HARAM ini.

kafir DAP pun reti hormat hukum agama, reti hormat Mufti. UMNO ada reti hormat mufti ke?

aisey...kena lagi UMNO...
 
betul tu aku sokong sgt... ye la.. nak pergi beli no simpan ketayap dlm poket.. lepas beli pakai balik.... mentaliti pancacai PAS... :)):)) tak jumpa lagi ke apa hukum mengundi UMNO kuhik?

keh keh keh...
kesian, dok ngata rakyat Kelantan..rupa-rupanya rakyat Kelantan yang buat onar tu ialah orang UMNO rupanya...

kesian..
hukum mengundi UMNO? hukumnya adalah HARAM

kenapa HARAM? kerana UMNO menentang hukum Allah dan Rasul-Nya.
 
hihihi, slama ni korang vote kerana pe?

PARTI ke CALON??

Kalau vote calon build rasa kita bukan kenal sangat pun calon tu lain arr jika calon tu berjiwa rakyat dimana kita dah taw yg dia bley wat kerja...
 
Back
Top
Log in Register