TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Projek MRT yang sedang dalam pembinaan mencatatkan kemalangan lagi apabila simen dari landasan jatuh dan terkena 30 kereta dan dua motosikal.
China Press melaporkan kejadian itu berlaku dalam laluan dari arah Puchong menghala ke Bukit Jalil, berhampiran sebuah pusat pameran Mercedes pada pukul 11 malam.
Difahamkan, simen tersebut telah terjatuh daripada ruang yang wujud antara landasan yang sedang dalam pembinaan.
Pemandu yang menyaksikan 'hujan simen' itu segera menekan brek, tetapi kira-kira 30 kenderaan tidak terlepas daripada terkena simen.
Seorang penunggang motosikal juga dilaporkan tergeser dan cedera ringan selepas motosikalnya terbabas dalam kejadian itu.
Sesetengah pemandu bagaimanapun meneruskan perjalanan selepas menyedari kereta mereka tidak mengalami kerosakan teruk.
Belasan pemandu yang mana kenderaan mereka mengalami kerosakan lebih serius bagaimanapun kekal berada di lokasi dan menuntut ganti rugi.
China Press melaporkan, walaupun jaring keselamatan telah dipasang di bawah landasan tetapi tidak kukuh dan bocor, menyebabkan 'hujan simen' berlaku.
http://www.malaysiagazette.com/ms/akhbar-cina/hujan-simen-di-tapak-mrt