BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hujan lebat lebih 3 jam punca Johor Bahru dilanda banjir

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
6154.jpeg

Hujan lebat lebih 3 jam punca Johor Bahru dilanda banjir

JOHOR BAHRU – Hujan lebat selama lebih tiga jam di bandar raya ini bermula pukul 1.30 tengah hari, menyebabkan beberapa jalan utama terjejas teruk dinaiki air seperti di Jalan Sungai Chat, Taman Abad, Jalan Ayer Molek dan di Tasek Merdeka.

Tinjauan di Jalan Sungai Chat berhadapan Sekolah Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) mendapati air naik sehingga paras pinggang.

Seorang pelajar tingkatan enam atas Beatrice Voo 19, terkejut apabila mengetahui banjir melanda di kawasan sekolah.

“Ini kali pertama sekolah kami di landa banjir sehingga sepanjang Jalan Sungai Chat. Tak sangka hujan lebat hingga tiga jam boleh menyebabkan banjir yang tak pernah terjadi sebelum ini,” katanya kepada pemberita, di sini.

Seorang lagi pelajar Arshad Harees Muhd Raahid 18, berkata, dia turut membantu memindahkan motor rakan-rakannya di dalam kawasan sekolah ketika air mulai naik.

Para pelajar dari Unit Bomba, Polis dan St John MSAB seramai kira-kira 10 orang turut membantu mengalih, memindahkan motosikal dan melancarkan pergerakan kenderaan di luar sekolah.

Pelajar sesi pagi yang terdiri tingkatan tiga hingga enam atas terpaksa menunggu sehingga air surut untuk pulang ke rumah dan keadaan mulai reda sebaik air mulai surut kira-kira pukul 5 petang. – KOSMO! ONLINE

Oleh RAJA JAAFAR ALI
6 Disember 2023, 5:50 pm
 
Klau lebih sejam pun boleh banjir inikan plk 3 jam
 

Banjir kilat di Johor, banyak mangsa alami detik cemas.
 
Back
Top
Log in Register