BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Hujan Duit' Di Lebuh Raya AS

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
duithiway.ashx


9eaf38498a334217bb436ede99d5d9d0.ashx


LEBUH raya Amerika Syarikat (AS) dihujani wang kertas apabila sebuah kereta merempuh pembahagi jalan sebelum merempuh kenderaan lain.

Kereta itu membawa wang kertas AS$5, AS$10 dan AS$20 kutipan mesin judi video di laluan Illinois, demikian menurut laporan CNN.

Bagaimanapun, tidak diketahui jumlah keseluruhan wang yang bertaruran di lebuh raya itu.

Pemandu kereta itu dilaporkan memandu terlaju hingga hilang kawalan dan terbabas.

Kenderaan ke tiga yang cuba mengelak terlibat dalam nahas itu juga terbabas.

Susulan kejadian itu, polis bergegas ke lokasi dan mengutip wang kertas yang memenuhi lebuh raya itu.

Laluan itu juga ditutup selama beberapa jam bagi membolehkan pihak berkuasa mengalihkan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu.

Kejadian itu juga mengakibatkan trafik sesak sejauh beberapa kilometer.

Laporan Fox News menyebut, salah seorang pemandu kenderaan terlibat dalam kemalangan itu telah dibawa ke hospital bagi merawat kecederaan yang dialaminya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/01/25/hujan-duit/#yZucHG8YmhPjGgO1.99
 
aik? takda orang berebut pungut ka macam d malaysia?
 
kahkah..klu kat sini bersepah org kutip.
 
Pemandu kereta itu dilaporkan memandu terlaju hingga hilang kawalan dan terbabas.

Terlaju?seniri punya kaki yang tekan pedal pun xleh control?:-?
 
Baguslah takde yang berebut nak kutip beramai2.
Akhlak ummah US ni patut dicontohi oleh ummah malaysia.

Dekat mana ntah lupa petrol tumpah pun dok berkerumun akhirnya ramai2 mati terbakar.
 
duit baru USD100 cantik juga...No 100 ada kesan timbul...
 
Back
Top
Log in Register