BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trafik Lancar Di Semua Lebuh Raya Utama Pagi Ini

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,720
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,720
Reaction score
97
Points
80
5f3b3b766c039047d23ddbbd5f894d7a69c1e4f1dfa27

Kredit: FB - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang bergerak lancar dan terkawal pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pihaknya menjangkakan pertambahan trafik bermula tengah hari ini sehingga lewat malam bagi arah menuju ke Lembah Klang susulan orang ramai mula pulang selepas cuti Aidilfitri.

"Pihak PLUS juga telah mengaktifkan Smart Lane di 34 lokasi mulai 9 pagi hingga 10 malam ini bagi membantu kelancaran aliran trafik," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan yang dikeluarkan pihak konsesi, selain mendapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan pemanduan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau paparan kamera litar tertutup trafik di laman web rasmi agensi itu.

 
Back
Top
Log in Register