BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aliran Trafik Semua Lebuh Raya Utama Lancar Malam Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
09b53d2f8d36382eb28aadb29e1c45b365c8da4b621ef

(Gambar Fail)

Aliran trafik di semua lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan berada dalam keadaan lancar dan terkawal setakat 9.30 malam ini berbanding sedikit sesak pada sebelah siang tadi.

"Trafik sekarang ini memang lancar di semua arah. Bagaimanapun, kita menjangkakan jumlah kenderaan akan kembali meningkat semula selepas tengah malam ini," kata jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Menurut jurucakap itu, jangkaan peningkatan trafik selepas pukul 12 tengah malam disebabkan pengguna ingin merebut peluang menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 50 peratus yang ditawarkan selain bagi mengelakkan kesesakan tinggi yang dialami pada sebelah siang.

Selain itu, LLM juga memaklumkan aliran trafik meningkat di beberapa kawasan titik panas (hotspot), namun keadaan keseluruhan masih lagi terkawal.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2026 dengan pelaksanaan bermula dari 12.01 tengah malam, 14 Feb dan berakhir pada 11.59 malam, 15 Feb.

Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

 
Back
Top
Log in Register