BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Perlahan Pagi Ini

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146
e14790b043736754eebb638ffe09a25e69bca1a679ee1

Situasi aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak ke arah Pantai Timur mula sesak apabila warga kota mula pulang ke kampung masing-masing sempena perayaan Aidilfitri ketika tinjauan di sini hari ini.

Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dengan baik, memandu berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pagi ini susulan orang ramai pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat 8 pagi, hanya dua lokasi utama, iaitu Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mengalami kesesakan manakala laluan lain termasuk menghala ke Selatan masih terkawal.

“Di Lebuhraya LPT, aliran trafik perlahan antara Lentang ke Bentong disebabkan pertambahan kenderaan yang tinggi.

“Kesesakan turut dikesan di Lebuhraya KL-Karak bagi arah Timur dengan trafik perlahan 9.8 kilometer (KM) dari KM48.1 hingga KM57.9 (Bukit Tinggi) disebabkan sebuah kenderaan rosak yang menghalang lorong laju,” katanya semasa dihubungi Bernama.

Di Lebuhraya PLUS, trafik perlahan dari arah Kuala Kangsar ke Changkat Jering susulan treler rosak di KM264.4 arah Utara dari Ipoh Utara ke Kuala Kangsar yang menyebabkan lorong kiri terhalang, namun keadaan trafik masih terkawal.

Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dengan teliti dan mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan panjang.

 
Back
Top
Log in Register