BTC USD 83,408.7 Gold USD 4,087.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hudud vs Sivil

Gua disini mempertikaikan perilaku manusia yang menghakimi dan yang menjadi saksi. Gua tidak mempertikaikan hukum hudud. So harap faham.

Habis tu ko nk suruh saper yg nk melaksanakn tu...manusia jugak kan..
Biar la dilaksanakn..klu pihak yg diprtanggungjwp x laksanakn secara adil..
Dia x kan trlps dari hukuman ALLAH di akhirat kelak..
 
Habis tu ko nk suruh saper yg nk melaksanakn tu...manusia jugak kan..
Biar la dilaksanakn..klu pihak yg diprtanggungjwp x laksanakn secara adil..
Dia x kan trlps dari hukuman ALLAH di akhirat kelak..

Ok hukum hudud tu hukum tuhan.

Siap yang menjalankan hukum tu? Manusia bukan?

Siapa yang harus menjadi saksi? Manusia bukan?

Kalau mangsa di fitnah..di mana adilnya? Kata adil? Ianya berlaku mangsa di fitnah.

Gua nak tau keadilan semasa hidup..kerana mangsa fitnah hidup di dunia nyata.

Itu yang gua nak tau sekarang.
 
Last edited:
maaf tt..bagaimana pula hukuman mencuri di potong tangan,setelah dilaksanakan hukum hudud,persalah akan insaf dan sememangnya x kan melakukan pekara itu lagi..setelah dia bertaubat,bagaimana pula dia nk mencari rezeki halal selepas itu?bagaimana pula kalau berkeadaan dlm difitnah?siapa yg boleh buktikan dia x persalah?bagaimana nk mengadili?kalau x ada bukti dia difitnah tp hakikatnya dia memang difitnah tp tangan dh kena potong..mcm dizalimi pulak kan?

bagi persalah berzina pula akan direjam sampai matikan?adakah dgn ini pintu taubatnya sudah tertutup?sbb dia dh mati mcm mana nk bertaubat kan?saya ada juga kenal kawan2 berzina buat mcm tu,tp saya x ikut mcm tu ok..hehehe,setelah dia kena tangkap basah terus dikahwinkan,saya lihat sekarang hidupnya bahagia dan dh insaf x mcm dulu lagi.sembahyang x tinggal waktu.jauh lebih elok berbanding dulu.kalau sebelum tu dia dikenakan tindakan hukum hudud iaitu direjam sampai mati,tiada pintu taubat bagi dia lagi kan,sbb kalau dh mati mana nk buat amal,betul x?yg mana lebih elok?direjam sampai mati atau terus dikahwinkan?

hudud lebih pd peringatan kpd org lain... kalo pk mcm tu, kenapa Allah nk zalim hambanya...
 
Ok hukum hudud tu hukum tuhan.

Siap yang menjalankan hukum tu? Manusia bukan?

Siapa yang harus menjadi saksi? Manusia bukan?

Kalau mangsa di fitnah..di mana adilnya? Kata adil? Ianya berlaku mangsa di fitnah.

Gua nak tau keadilan semasa hidup..kerana mangsa fitnah hidup di dunia nyata.

Itu yang gua nak tau sekarang.

dah hukum Allah tu adil nak persoal buat apa...ikut je laa...nie laa sifat Yahudi ada je nak persoal tang lain...

dah tu Allah turun Quran utk sapa? utk manusia jugak kan...tu laa saya cakap awak otak dangkal...
 
Pendeknya di sini menegaskan Isu Hudud ini bukan Isu Parti Politik atau Kerajaan . Bahkan ianya Isu Ummat ISLAM sejagat.JANGAN lagi menuduh dan menunding kesalahan kepihak yg lain. SATU DOSA BESAR BILA MEMPOLITIK KEPARTIANKAN ISU HUDUD INI Bahkan sepatutnya dan Sayugianya Ummat ISLAM Wajib mencari, mengkaji, mempelajari daripada mana puncanya Hukum ini tidak dapat di laksana di seluruh Negara ISLAM .. Hatta Negara Saudi yang melaksnakannya pun tidak melaksana dengan cukup syaratnya . Antranya mereka melarang daripada merakam kannya sedangkan Hukum Hudud ini :

فليشهد عذابهما

Mesti di persaksikan di persembahkan ke khalayak ramai. Inilah yg sy kata tadi supaya tidak timbul pencemaran ke"Izzah"an ISLAM itu.
Jadi kita sebagai UMMAT ISLAM jom sama-sama kita pakat belajaq,kaji apa punca yg sebenarnya. Adakah di sebabkan dengan runtuhnya sistem Khilafah Islamiyyah ?? Lalu penjajah Kuffar menanamkan benih2 Syubhat di dalam negara ummat ISLAM sehingga Keraja'an kita tidak mampu utk melaksnaknnya?? kerana Orang Kafir pun bijak dan kaji tentang ISLAM

الحدود تسقط بشبهات
Hudud itu gugur dengan sbb adanya syubhat.

Sebab itulah asas kerajaan ISLAM itu ialah "KEADILAN" bukan Parti KeAdilan. Sayyiduna Umar R.A masyhur bukan kerana berjaya memotong tangan pencuri,merejam org berzina dan sebagainya tetapi kerana ADILnya Sayyiduna Umar R.A. sehingga beliau mengungkapkan :

لو تعثرت بغلة في عراق لحاسبني الله يوم القيامة لماذ يا عمر لم تصلح هذا طريق فيها؟؟

kalu tergelincir seekor kaki baghol di hujung iroq nescaya di hisab oleh ALLOH di hari Qiamat " Heei Umar, Bakpo mu tidok baiki jalan sehingga baghal tu sakit kakinya kerna tergelekcoh?? .

Maka Tujuan ISLAM itu ialah "ADIL" dari segi Aqidahnya, Fekahnya, Akhlaqnya dan ekonomi, sosial dan pembangunannya. Bukan semata-mata menghukum . Adapun pemimpin2 kita sekarang kebanyakannya melaung sahja nak ke'Adilan tapi dia sendiri tak praktik pun keadilan itu dalam diri mereka. Contohnya tidak boleh di kritik dan di nasihati kononya mereka Pemimpin lagi Ulamak lagi ... Fuyooooo sedangkan Sayyiduna Abu Bakar As-Siddiq R.A ketika beliau di lantik menjadi Khalifah beliau berkhutbah :

ياءيها الناس ,قد وليت عليكم ولست بخيركم ان أحسنت فأعينوني وان أسأت فقوموني

Heei Manusio, Sesungguhnyo aku di lantik jadi khalifoh di atas kamu padahal aku bukan terbaik di kalangan kamu ,Jika aku berbuat baik maka tolonglah aku di atas taqwaLLOH dan jika akau buat benda tidok baik maka perbetulkan aku. Sayiduna Umar R.A pernah di tegur oleh permpuan tua, Sayyiduna Mua'awiyyah R.A pernah di tegur dgn Mata Pedang . Mereka bersikap adil. Kita baru tegur dan nasihat sikit jee pun dah di pulau, di hentam di tuduh macam2... Duk Mano "ADIL" weeeii??

sedangkan ALLOH Ta'ala berfirman :

وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

Jangan di sebabkan kamu benci dengan 1 puok itu dengan kamu tidak berlaku ADIL terhadap mereka. Buat buat ADIL lah kerana ianya sedekat2 TaqwaLLOH.

Alah ko gu lawan suruh buat adil, bila kita nok nasihat di pulau di hino tidak di beri tempat. Mano gaak yg kita duk laung2 semangat keAdilan tu??

Sejarah mengajar kita , Lihat sahja di Sudan bila menangnya Parti ISLAM dan cuba melaksanakn Hudud dan ternyata ianya gagal. Begitu juga di tanah air kita contohnya negeri ku sendiri .. Ianya SUDAH BOLEH di laksankan , tiada sekatan apa2 di peringkat Pusat atau perlembaga'an .. Tetapi belum juga di Laksanakan . Sila Rujuk Blog Dewan Ulamak Pas Pusat : http://ulamak.pas.org.my/v2/index.p...h-dilaksanakan-di-kelantan&catid=17&Itemid=19

Tapi kalu Bab Aqidah,Solat,Thoharoh, Tutup Aurat, Munakahat, Mu'amalat dan sebaginya pun Ummat masih lagi Jahil Tukil apatahlagi bab Jinayah. Hanya sekadar laungan membuta tuli sahaja lah tanpa di sertakan dengan ILMU ISLAM , ISLAM itu bukan dengan munasabah aqal boleh fikir sendiri tapi dengan Belajar Tafaqquh Kata Jaddina Sayyiduna Ali A.S wa KarromaLLOHuwajhah :

ديننا بنيان علي نقول لا مناسبة علي العقول

Dan Sabda Baginda S.A.W :

العلم بتعلم والفقه بتفقه

Qadhi iyyad berkata:

ﻋﻠﻴﻚ ﺑﻄﺮﻳﻖ ﺍﻟﻬﺪﻯ ﻭﺇﻥ ﻗﻞ ﺍﻟﺴﺎﻟﻜﻮﻥ،
ﻭﺍﺟﺘﻨﺐ ﻃﺮﻳﻖ ﺍﻟﺮﺩﻯ ﻭﺇﻥ ﻛﺜﺮ
ﺍﻟﻬﺎﻟﻜﻮﻥ


hendaklah kamu berada di jalan petunjuk (belajar itu sebab bagi petunjuk) walaupun sikit bilangan org yg melalui jalan itu. Jauhkan diri dari jalan kerosakan, walaupun sedikit bilangan pelaku kerosakan itu.

Dan Aku tetap di jalan belajar, mengkaji dan terus mengkaji . Biarlah golongan Talaqqi dan Tafaquh ini tak ramai mcm golongan yg semangat ISLAM pun.

Nasihat ini di tuju khas buat Sharifah Fatimah Benyahya Fatin Nadiah Al'AydrusFahim Al'Aydrus Shafiena Fiesha Nabilla Sham dan Sahabat dan Sohabiah ku di FB , yg jadi kawan atau yg melanggang FB ku dan Seluruh UMMAT ISLAM kerana aku mencintai UMMAT ISLAM yg damai, Adil, tenteram, Salim Aqidah Syari'at dan Akhlaqnya.

Tidak payah nak berdebat2 dalam komen FB ini ya, Kalau nak debat ke wacana ke apa, Jangan lupa anjurkan bila sy balik Malaysia.. Hahahaha InsyaALLOH sy mau je. Yang tak maunya komen bukan main ganas dalam FB , Bila balik habuk batang hidung pun tak nampak.

Daripada Si Jahil lagi FaqiruIlaLLOH As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس Ustaz Syed Faiz Al-Idrus .

sumber: http://ustazsyedfaiz.blogspot.com/2013/05/isu-hudud-akibat-tidak-faham-qaedah.html
 
Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak, iaitu Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud. Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.
Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa. Hukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan.
Ringkasnya, kenyataan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya. Ia sebaliknya berkenaan ‘ketidaksempurnaan’ suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan.
Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa.
Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil (‘adalah) diperlukan. Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569)
Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan.
Zaman ketiadaan saksi
Persoalannya di sini, wujudkah saksi-saksi seperti yang dinyatakan pada masa sekarang? Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir pasti bagi persoalan ini.
Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, Al-Qadhi Al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya. Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi yang kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi ‘adalah (sifat adil) dan ketepatan (accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang layak menjadi] saksi”.
Demikian realiti manusia pada zaman Al-Tanukhi, iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada zaman kini-yang disifatkan sebagai akhir zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati?
Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui kemantapan ilmu dan kewarakannya, Al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa).
Setelah menukilkan kata-kata Al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali Jum’ah dengan jelas menyatakan bahawa, “zaman kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]”.
(Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)
Dalam erti kata lain, zaman ini ialah zaman dimana kita sudah kehilangan saksi-saksi yang berwibawa pada nilaian syarak, yang boleh diterima kesaksian mereka dalam perbicaraan membabitkan kes-kes hudud. Dalam realiti Negara Mesir, fenomena ketiadaan syarat yang mencukupi bagi melaksanakan hudud, sebenarnya telah lama berlaku, iaitu sejak sekitar 1000 (seribu) tahun yang lampau. Ini dinyatakan sendiri oleh Syaikh Ali Jum’ah.
Oleh sebab itu, jelas beliau, Negara Mesir, sejak lebih kurang 1000 (seribu) tahun yang lampau, tidak pernah melaksanakan hudud disebabkan fenomena yang dinyatakan.
Hudud bukan keutamaan
Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.
Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat.
(Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)
Sebagai penutup, perlu dinyatakan di sini, Syaikh Ali Jum’ah tidak menyatakan secara jelas bahawa zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, seperti yang terpapar pada tajuk tulisan ini. Tajuk itu sebaliknya adalah rumusan dan kesimpulan penulis daripada dua kenyataan beliau.
Pertama, beliau menegaskan bahawa zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud (seperti yang telah dinyatakan); dan kedua, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.
Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’. Jika demikianlah keadaan zaman kini menurut kaca mataSyaikh Ali Jum’ah, maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif disebabkan dua sebab yang dinyatakan.
Pandangan beliau ini secara tindak langsung memberi ‘signal’ amaran kepada semua pihak, agar tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka dalam soal perlaksanaan hudud.
















http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html

Atau ini terjemahanya:

Pendapat Mufti Mesir Mengenai Perlaksanaan Hukum Hudud


فضيلة الدكتور علي جمعة

Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak. Iaitu, Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.

Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.

Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa.

Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah. Hukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan.

Ringkasnya, kenyataan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya. Ia sebaliknya berkenaan ‘ketidak-sempurnaan’ suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan.

Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa. Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil (‘adalah) diperlukan.

Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569) Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan.

sumber: http://ustazsyedfaiz.blogspot.com/2013/05/isu-hudud-akibat-tidak-faham-qaedah.html
 
Zaman Ketiadaan Saksi

Persoalannya di sini, wujudkah saksi-saksi seperti yang dinyatakan, pada masa sekarang? Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir pasti bagi persoalan ini.

Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, al-Qadhi al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya. Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi yang kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi ‘adalah (sifat adil) dan ketepatan (accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang layak menjadi] saksi”.

Demikian realiti manusia pada zaman al-Tanukhi, iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada zaman kini-yang disifatkan sebagai akhir zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati?


Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui kemantapan ilmu dan kewarakannya, al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa).

Setelah menukilkan kata-kata al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali Jum’ah dengan jelas menyatakan bahawa, “zaman kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]”.

Dalam erti kata lain, zaman yang kehilangan saksi-saksi yang berwibawa pada nilaian syarak, yang boleh diterima kesaksian mereka dalam perbicaraan membabitkan kes-kes hudud.

Dalam realiti Negara Mesir, fenomena ketiadaan syarat yang mencukupi bagi melaksanakan hudud, sebenarnya telah lama berlaku, iaitu sejak sekitar 1000 (seribu) tahun yang lampau. Ini dinyatakan sendiri oleh Syaikh Ali Jum’ah.

Oleh sebab itu, jelas beliau, Negara Mesir, sejak lebih kurang 1000 (seribu) tahun yang lampau, tidak pernah melaksanakan hudud disebabkan fenomena yang dinyatakan.

Hudud Bukan Keutamaan

Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.

Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat.

(Rujuk : Di sini ) jika link ini tidak berfungsi sila ikuti link dibawah:) Sebagai penutup, perlu dinyatakan di sini, Syaikh Ali Jum’ah tidak menyatakan secara jelas bahawa zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, seperti yang terpapar pada tajuk tulisan ini.

Tajuk itu sebaliknya adalah rumusan dan kesimpulan penulis daripada dua kenyataan beliau.

Pertama, beliau menegaskan bahawa zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud (seperti yang telah dinyatakan); dan

Kedua, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.

Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’.

Jika demikianlah keadaan zaman kini menurut kaca mata Syaikh Ali Jum’ah, maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif disebabkan dua sebab yang dinyatakan.

Pandangan beliau ini secara tidak langsung memberi ‘signal’ amaran kepada semua pihak, agar tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka dalam soal perlaksanaan hudud.

Dan, inilah objektif tulisan ini. Ia tidak bertujuan mengikat mana-mana pihak dengan pandangan al-Allamah Mufti Mesir ini!

والله أعلم

Moga-moga dengan perletakan Jawatan sebagai Mufti, Sayyidi Syaikhona Syaikh Ali Goma'ah dapat menyebarkan sepenuh masa ilmu nya yang ibarat Mas permata untuk kita pelajar Al-Azhar.. dan kita juga dapat sepenuhnya menghadiri setiap pengajian dengan Beliau HafizohuLLOH dan bertambah ilmu agama dan siyasah yang sebenar untuk kita. Ramai yang rasa alim politik islam tetapi yang sebenarnya mereka ***** dan SOMBONG , tidak dapat membezakan antara Siyasah Islamiyyah dan Islam Siyasi Hizbiyyah

sebab itu juga Sayyidi Syaikhona HafizohuLLOH tidak mahu menyertai mana-mana parti politik

sumber: http://ustazsyedfaiz.blogspot.com/2013/05/isu-hudud-akibat-tidak-faham-qaedah.html
 
Ok hukum hudud tu hukum tuhan.

Siap yang menjalankan hukum tu? Manusia bukan?

Siapa yang harus menjadi saksi? Manusia bukan?

Kalau mangsa di fitnah..di mana adilnya? Kata adil? Ianya berlaku mangsa di fitnah.

Gua nak tau keadilan semasa hidup..kerana mangsa fitnah hidup di dunia nyata.

Itu yang gua nak tau sekarang.


Dari zaman nabi SAW pun mmg manusia yg menghakimi..manusia yg menjadi saksi..
cuma dizaman skg zaman jahiliah..fitnah menfitnah dah mcm fitrah manusia..berleluasa..
itu bkn persoalannya.. kita nk laksana hukum Allah.. patutnya kena sokong..
Bkn pasal hukuman je..semua benda kalau ragu2 xbole jadi..undang2 civil pun ada fitnah berleluasa..
Undang2 civil rmai yg berkuasa songlap duit terlepas sbb ada kuasa..x dinafikan kalau undang2 Allah..mgkin rmai yg terlepas juga sbb manusia yg menghakimi..

Tp kalau undang2 civil dan hudud kedua2nya x terlepas dari penyelewengan (aniaya), baik kita pilih hudud sbb kita islam dan mmg dituntut dlm quran.
Bnyk kelebihan hudud bro..yg kaya mencuri mmg bole terlepas sbb ade duit dan kuasa(penyelewengan). Tp kalau yg miskin mencuri, xkn dihukum sewenang2nya..kalau terdesak, diaorg akn bantu lg dgn zakat2, baitulmal dan lain2..
Kalau civil xtgk benda2 tu..kalau mencuri kt pasaraya sbb terdesak anak nk minum susu, terus kena hukum penjara.. (jgn pulak awk ckp knp dia mencuri,apsal x keje) tu citer lain..sy cuma balas dgn hujah2 psal awk ckp psal aniaya..

Mmg x dinafikan rmai org takut hudud sbb dimomokkn dgn potong tangan, rejam smpai mati..tp knp nk takut kalau xbuat salah..? awk ckp org guna akal separuh2..awk pun sama..tgk potong tangan dgn rejam smpai mati..jgn tgk 1 pokok je bro..tgk seluruh hutan..baru nmpk cantiknya hudud..

Soalan sy simple je..
Kalau civil dgn hudud dihakimi oleh manusia yg bole diseleweng..knp xsokong hudud je? walaupun dedua bole diseleweng, tp kita kn islam..lebih baik sokong jln Islam yg mmg ada dlm quran..
 
Nak potong tangan orang memang senang. Tak payah guna hukum hudud pun boleh potong.

Tapi adanya berlaku seseorang tu di fitnah dan menerima hukuman.

Undang2 dunia pun boleh berlaku fitnah. Gantung sampai mati kerana disisipkan dadah seberat 1 kilo.
 
Ok hukum hudud tu hukum tuhan.

Siap yang menjalankan hukum tu? Manusia bukan?

Siapa yang harus menjadi saksi? Manusia bukan?

Kalau mangsa di fitnah..di mana adilnya? Kata adil? Ianya berlaku mangsa di fitnah.

Gua nak tau keadilan semasa hidup..kerana mangsa fitnah hidup di dunia nyata.

Itu yang gua nak tau sekarang.

Awk nak taw keadilan diwaktu hidup kn?..
secara jujurnya sy jwb mmg xbole nk buat apa2 sbb bole diseleweng..
tp undang2 civil pun bole seleweng..maksudnya xleh pkai la juga kn?
So ape beza undang2 civil dgn hudud?
Kalau tiada beza setidak2nya sy pilih hudud sbb sy islam..
 
Back
Top
Log in Register