Ini hukum agama. Bukan hukum buatan manusia. Adakah layak untuk manusia merejam hingga mati aatupun memotong tangan orang lain... Jika dia di fitnah apa akan jadi? Kamu sendiri dah tau manusia adalah lemah dan serba kekurang. Jika lemah dan kekurangn mungkin fitnah dan kesilapan akan berlaku. Tak pasal pasal ada orang hilang tangan. Zaman sekarang ni tok haji, tok iman, tok ostaz, perempuan yang pakai tudung labuh sampai ke kaki tu bukan semuanya boleh di percayi. Jadi siapa yang di maksudkan boleh jadi hakim? Boleh jadi saksi?
Kan tuhan itu telah menjanjikan syurga dan neraka. Biar tuhan yang mengadili perbuatan manusia.
Kena faham bro dgn tugas kita sbg khalifah..
Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan khalifah di muka bumi? Menjadi khalifah Allah di muka bumi bermaksud menjadi wakil yang dilantik Allah untuk mentadbir dan menguruskan bumi ini, di samping memakmurkan supaya menjadi tempat tinggal yang baik untuk didiami oleh penghuni-penghuninya.
Bukan hanya Mengabdikan diri kepada Allah malah manusia perlu melaksanakan amanah Allah, memelihara serta mengawal agama Allah serta ajaran Allah SWT dengan menegakkan amar makrufserta mencegah kemungkaran.
Kita tidak layak sebagai Penghukum manusia, hanyalah Allah Penghukum yang hakiki. Apa yg Allah turunkan melalui nabiNya adalah kita untuk melaksanakannya menurut dengan kaedah dan nas2 yang ditunjukan.
Itu sahaja.
itu sebab saya post sebelum nie..
Tindakan Umar al-Khattab :
أتي عمر رضي الله عنه بامرأة قد حملت فادّعت أنها أكرهت فخلى سبيلها
Ertinya : Pernah dibawakan kepada Umar Al-Khattab seorang wanita yang mengandung tanpa nikah, wanita tersebut mendakwa ia dipaksa (dirogol) maka Umar terus membebaskan wanita terbabit (dari hukuman hudud) ( Riwayat Al-Baihaqi, 8/235)
Imam Ibn Qudamah pula menjelaskan terdapat yang mentakwilkan wanita tersebut hamil bukan disebabkan zina dan persetubuhan tetapi adalah disebabkan dimasukkan mani lelaki tersebut ke dalam kemaluannya. (Al-Mughni, 1/193)
Sahabat-sahabat yang dikasihi, Rasulullah bersabda :
ادرؤوا الحدود عن المسلمين ما استطعتم فإن كان له مخرج فخلوا سبيله , فإن الإمام أن يخطئ في العفو خير من أن يخطئ في العقوبة
Ertinya : Tolaklah (wahai hakim) pensabitan hukum hudud dari muslimin selagi kamu mampu, sekiranya di sana terdapat jalan keluar maka bebaskanlah dia, kerana sesungguhnya seorang pemimpin yang tersilap dalam memberikan kemaafan (tidak jatuh hukuman), LEBIH BAIK dari yang tersilap (dalam mengenakan hukuman kepada yang tidak bersalah)” (Riwayat Ibn Majah, kitab al-Hudud, no 5004, At-Tirmizi, kitab al-Hudud, no 1424)