BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hudud vs Sivil

saya sokong jawapan ini..hukum hudud nie lebih bertujuan untuk menginsafkan..kalo hukum sivil..mencuri hanya dikenakan penjara maksimum 2 tahun..dengan keadaan diri yang lengkap..adakah dia dijamin tidak akan mencuri lagi..jika hukum hudud..potong tangan..peratus jaminan lebih tinggi yang dia xkan mencuri lagi..kalau dia benar2 insaf..insya-Allah tuhan akan tunjukkan jalan..

mohon tuan kaji lebih dalam tentang hudud..mohon maaf dari saya yang cetek ilmu...peace..

Hudud adalah hukuman untuk mencegah..
Pasal pencuri,bkn semua dikenakan hukuman potong tangan...byk faktor diambil kira..sebab,nilai barang curi dan saksi..
Bab zina plak,kalo hudud dilaksanakan.kawan2 saudara x kan berzina..lagipon hukuman untuk org yg belom brkhwin bukan rejam sahabat.tp sebat sahabat
Nasihat sya,tolong belajar agama sblum komen2 benda yg kita x pham..benda2 ni bleh membawa gelincir akhidah..

Satu lg,allah akan mengampunkan dosa si pembuat dosa apabila hudud dilaksanakan.maksudnya penzina dan pencuri sudah pasti terlepas hukuman diakhirat nanti:)

abis tu..ayat yg potong tangan dlm AlQuran tu...untuk sapa sebenaqnya..? :-?
Allah saja2 sebut je ke..?

terima kasih atas penerangan..saya hanya bertanya..jgn bila kita bertanya ada pula menjawab dengan emosi..:D rilex brothers..
 
I am sorry, Selagi manusia yang menghakimkan, yang menghukum dan yang menjadi saksi...selagi itulah ianya diragukan. Macam setengah kes yang terjadi di negara yang menggunakan hukum syariah.

Nak pula negara seperti Malaysia, orang ni tuduh orang ni kafir, orang ni tuduh orang ni pelacur, orang ni tuduh orang ni ustaz macai. Orang ni kata orang ni masuk neraka. Bla... Bla...bla.....

Itu pandangan gua.
 
Last edited:
maaf tt..bagaimana pula hukuman mencuri di potong tangan,setelah dilaksanakan hukum hudud,persalah akan insaf dan sememangnya x kan melakukan pekara itu lagi..setelah dia bertaubat,bagaimana pula dia nk mencari rezeki halal selepas itu?bagaimana pula kalau berkeadaan dlm difitnah?siapa yg boleh buktikan dia x persalah?bagaimana nk mengadili?kalau x ada bukti dia difitnah tp hakikatnya dia memang difitnah tp tangan dh kena potong..mcm dizalimi pulak kan?

bagi persalah berzina pula akan direjam sampai matikan?adakah dgn ini pintu taubatnya sudah tertutup?sbb dia dh mati mcm mana nk bertaubat kan?saya ada juga kenal kawan2 berzina buat mcm tu,tp saya x ikut mcm tu ok..hehehe,setelah dia kena tangkap basah terus dikahwinkan,saya lihat sekarang hidupnya bahagia dan dh insaf x mcm dulu lagi.sembahyang x tinggal waktu.jauh lebih elok berbanding dulu.kalau sebelum tu dia dikenakan tindakan hukum hudud iaitu direjam sampai mati,tiada pintu taubat bagi dia lagi kan,sbb kalau dh mati mana nk buat amal,betul x?yg mana lebih elok?direjam sampai mati atau terus dikahwinkan?


Salam tuan legend,

Saya bukanlah yang arif dalam hal2 agama bahkan ilmu yg saya ada hanyalah kulit bawang sahaja.. Saya cuba jawab soalan tuan..

Seperti yg kita maklum,
Kita banyak dimomokan dengan kisah2 buruk ttg hudud malah filem juga dihasilkan untuk memperlihatkan hudud tetapi perspektif yang salah.
Setiap pertuduhan akan melalui proses pendakwaan dan sebelum dibicarakan ada beberapa kriteria yg mesti dipenuhi untuk meneruskan perbicaraan seperti
Kehadiran 4 orang saksi
(saksi pula ada beberapa kriteria yg mesti dipenuhi untuk layak menjadi saksi)
Pesalah
Pendakwa
dan lain lain seperti perbicaraan biasa.

* Jika syarat tidak dipenuhi, maka perbicaraan tidak dapat diteruskan.

Jika syarat semuanya dipenuhi, maka perbiacaraan dijalankan..
Dalam kaedah ini,
Hakim akan melihat dari semua segi pesalah,
(Kita ambil kes mencuri)
contohnya,
Pendapatan bekerja..
Perbelanjaan atau tanggungan
Kenapa/tujuan mencuri
dan lain lain..
(Perkara ini akan mempengaruhi hukuman kpd pesalah)..

Bukan mudah hakim untuk menjatuhkan hukuman potong tangan jika sabit mencuri atas sebab keterdesakan hidup/kesempitan hidup atau keperluan.
Jika atas sebab diatas, adalah tidak layak pesalah dijatuhkan hukuman potong tangan, malah hakim akan melihat kepada majikan atau bacdan2 kebajikan seperti Zakat atau JKM atau yg selayaknya untuk diberikan bantuan.
Disini letakknya keindahan HUDUD sebenarnya yg ramai tidak tahu dan faham.

Dan berkenaan dengan taubat dalam hal zina setelah hukum hudud dijalankan.
Harus difahami bahwa, rejam dijatuhkan kepada mereka yg telah berkahwin tetapi melakukan zina dengan orang lain yg bukan muhrim.
Proses tetap sama diatas, tetapi lebih menjurus kepada hukuman terus jika didapati bersalah. Kerna zina adalah seburuk2 perbuatan kerna dengan zina akan menghasilkan umat yg tidak bernasab dan pembuangan anak.
Jika dilakukan hukuman rejam, Dosa mereka akan terhapus dan tidak dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Hukuman sebat pula kepada bujang yg belum berkahwin tetapi melakukan zina tanpa ikatan nikah.
100 sebatan jika didapati bersalah dan akan berkahwin dengan pasangan yang dizinainya.

Kena bezakan..
Sebat untuk bujang..
Rajam untuk yg sudah bernikah..

W'ulam..

Untuk Bacaan ilmu..
Ada penceramah mengatakan dosa zina tidak terhapus dengan taubat, sebaliknya harus dijatuhkan hukuman hudud. Ini bertentangan dengan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. Pada suatu ketika sahabat Baginda, Ma’iz bin Malik r.a. datang kepada Rasulullah s.a.w., lalu dia berkata kepada Baginda ” Ya Rasulullah , bersihkanlah (sucikan) aku”.Jawab Rasulullah s.a.w. “Pulanglah , dan mintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah kepadaNya”

Ma’iz pergi, tetapi belum begitu jauh dia kembali lagi seraya berkata, “Ya Rasulullah, sucikanlah aku”

Jawab Rasulullah saw., “Pulanglah, minta ampun kepada Allah dan taubatlah kepadaNya” Ma’iz pergi, tetapi belum begitu jauh dia kembali lagi dan berkata kepada Rasulullah saw ”Ya Rasulullah, sucikanlah aku” Nabi saw menjawab seperti semula dan hal seperti itu berulang sampai empat kali.

Pada kali yang keempat Rasulullah saw bertanya”Dari hal apakah engkau harus kusucikan?”

Jawab Ma’iz” dari dosa berzina” Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat yang ada di sekitar ketika itu, “apakah si Ma’iz ini mengidap penyakit gila?

Jawab para sahabat “Tidak, ya Rasulullah, Dia tidak gila”

Tanya Nabi saw berikutnya:”Apakah dia baru habis minum khamar (arak)?” Seorang sahabat berdiri , lalu membaui Ma’iz, tetapi tidak mencium bau khamar di mulut Ma’iz.

Maka bertanya Rasulullah saw. kepada Ma’iz” Betulkah engkau berzina?” Jawab maiz, “Benar ya Rasulullah”

Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman rejam terhadap Maiz, lalu dia direjam.

Ketika hukuman dijalankan beliau lari dan dikejar oleh para sahabat dan merejamnya hingga mati. Apabila berita ini dikhabarkan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda murka dan berkata “Mengapa kamu mengejar dia, Ma’iz betul-betul telah bertaubat dengan taubat yang sempurna. Seandainya taubat maiz dapat dibahagi di antara satu kaum pasti mencukupi untuk mereka semua”.
 
apa pun hudud pasti ug terbaik.
Bagus TT buat perbandingan camni ..... moga ada perubahan dalm negara kita.
Post TT boleh memberikan gambaran tentang hudud, penting utk lebih ramai sedar & dapat lebih info...


Assalamualaikum w.b.

Ana ada sedikit kemusykilan…

Hukuman hudud ni…kalau dah dilaksanakan…maka adakah dosa si pesalah tu dah dikira diampunkan?

Wallahua’lam
Image

JAWAPAN:

by pendekar » Jun 9th, '03, 08:34
***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Kesalahan-kesalahan yang dianggap termasuk di dalam jenayah-jenayah yang wajib dihukum dengan hukuman Hudud ialah :

{ 1 ** ~ as-SIRQAH : Kesalahan Mencuri .

{ 2 ** ~ al-HIRABAH : Kesalahan Merampas Harta Secara Bersenjata ( Merompak ) Ataupun Kesalahan Mengugut Dengan Menggunakan Senjata .

{ 3 ** ~ az-ZINA : Kesalahan Kerana Melakukan Persetubuhan Haram .

{ 4 ** ~ al-QAZAF : Kesalahan Menuduh Orang Lain Melakukan Perzinaan Tanpa Bukti Yang Kukuh .

{ 5 ** ~ asy-SYURB : Kesalahan Kerana Meminum Minuman Yang Memabukkan .

{ 6 ** ~ ar-RIDDAH : Kesalahan Kerana Melakukan Kesalahan – Kesalahan Murtad .

Itulah keenam-enam jenayah yang wajib dijatuhkan kepada para pelakunya dengan hukuman hudud menurut kata-sepakat di kalangan semua cendekiawan Islam yang muktabar .


Kembali semua kita kepada soalan yang diajukan oleh saudara sebentar tadi . Di antara hikmah ( kelebihan ) di sebalik perlaksanaan undang-undang Islam ialah sebagai “ KAFFARAH “ kepada pelakunya . “ Kaffarah “ ini ertinya “ Penghapus / Pensuci / Pembersih “ . ( Biasanya orang-orang kita menyebut sebagai kifarah , dan sebutan ini tidak tepat , seperti : Tasbih Kifarah , sepatutnya disebut : Tasbih Kaffarah ) .

Mengapakah undang-undang Allah Ta’ala ( kesemuanya dan bukan sahaja bagi hudud semata-mata ) dinamakan sebagai “ KAFFARAH “ ? . Kerana ia bukan sahaja sekadar hukuman penyiksaan , tetapi ia juga adalah penghapus dosa yang dilakukan oleh si pelakunya dan sekaligus bertindak menyelamatkannya daripada di azab oleh Allah Ta’ala kelak di dalam neraka kerana dosanya itu . Kecualilah disebabkan oleh kesalahan murtad , kerana jika orang yang murtad itu mahu kembali kepada Islam , maka tidaklah perlu dijatuhkan hukuman murtad ke atasnya . Dan kalau dia tidak mahu , maka bermakna dia mahu terus menjadi murtad . Dan orang yang murtad , statusnya sama dengan orang-orang yang kafir . Kerana itulah si murtad itu tetap akan dihukum di akhirat kelak kerana telah “ mencabut “ daripada jiwa-raganya sedangkan Islam itu adalah anugerah terbesar daripada Allah Ta’ala kepadanya .

Dalil yang menunjukkan bahawa hudud dan kesemua hukuman daripada Allah Ta’ala itu bertindak sebagai KAFFARAH ialah sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang tersebut di dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Saidina ‘Ubadah Bin as-Somit r.a berkenaan dengan isi-isi Bai’ah ( perjanjian ) al-‘Aqabah di antara Baginda s.a.w dengan Para Nuqaba’ ( Pimpinan Dakwah / Usrah ) daripada kalangan para sahabat r.a

Ertinya : Daripada Saidina ‘Ubadah Bin as-Somit r.a , dia pernah berkata : “ Aku pernah berjanji-setia dengan Baginda Rasulullah s.a.w di dalam satu kumpulan kecil , lalu Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : Aku memohon janji-setia kamu agar kamu semua tidak menyekutui Allah dengan apa sekalipun , janganlah juga kamu mencuri , jangalah juga kamu membunuh anak-anak kamu , jangan membawa sebarang berita palsu ( fitnah ) daripada hadapan tangan-tangan dan kaki-kaki kamu , janganlah juga kamu semua menentang aku di dalam urusan yang baik , dan sesiapa sahaja yang memenuhi janji-setia ini , maka ganjarannya adalah di sisi Allah , dan sesiapa pula yang melakukan dosa-dosa itu , lalu dia dihukum di dunia ini , maka hukuman itu adalah kaffarah ( penghapus ) baginya dan juga pembersih . Dan sesiapa pula yang dilindungi rahsianya oleh Allah ( tidak dihukum kerana melakukan kesalahan-kesalahan itu ) , maka hukumannya itu nanti diserahkan kepada Allah kelak ( di hari akhirat ) , kalau Allah mengkehendaki , Allah boleh sahaja mengazab pesalah itu ataupun mengampunkannya “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh , al-Imam Muslim rh , al-Imam at-Tirmidzie rh , al-Imam Ahmad rh dan al-Imam ad-Darimi rh .

Itulah kelebihan undang-undang Islam yang datangnya daripada Allah Ta’ala .

Adakah undang-undang ciptaan manusia ini boleh menyelamatkan seseorang penjenayah itu daripada tidak lagi diazab oleh Allah Ta’ala di hari akhirat kelak ???? .

Tepuk dada , tanyalah iman kita : “ Apakah ada satu undang-undang yang lebih baik daripada undang-undang yang diturunkan oleh Allah Ta’ala selaku Tuhan Yang Maha Bijaksana Dan Yang Mencipta alam ini ??? “ .
 
I am sorry, Selagi manusia yang menghakimkan, yang menghukum dan yang menjadi saksi...selagi itulah ianya diragukan. Macam setengah kes yang terjadi di negara yang menggunakan hukum syariah.

Itu pandangan gua.


Agak menghairan,
Jika bukan manusia yg menghakimi dan menghukum atau menjadi saksi diragui..
Siapakah yang lebih layak kala ini untuk mengisi jawatan itu..
lembukah..
kerbaukah..
monyetkah..

Tidak dinafikan, manusia adalah lemah, serba kekurangan dan sering melakukan kesilapan serta dhaif..
Tp Insyallah.. moga jawatan itu diisi dengan mereka yang arif dan bijaksana...
 
I am sorry, Selagi manusia yang menghakimkan, yang menghukum dan yang menjadi saksi...selagi itulah ianya diragukan. Macam setengah kes yang terjadi di negara yang menggunakan hukum syariah.

Nak pula negara seperti Malaysia, orang ni tuduh orang ni kafir, orang ni tuduh orang ni pelacur, orang ni tuduh orang ni ustaz macai. Orang ni kata orang ni masuk neraka. Bla... Bla...bla.....

Itu pandangan gua.


Maha Suci Allah….hukuman hudud sebenarnya bukanlah tanda Allah menzalimi hamba-hambaNya…kerana Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya tetapi hamba-hambaNya lah yg menzalimi diri mereka sendiri..apa2 pun sama2 kita fikirkan kenapa Allah menetapkan hukuman hudud…supaya hambaNya takut dan menyedari akan kesalahan yg dibuat…mengingati bahawa hukuman di akhirat kelak lebih-lebih lgi dasyat nya.sekurang-kurangnya bila hukuman hudud dijatuhkan,Allah akan menerima taubat hambaNya.seperti mana dalam hadis dan Al Quran….inna wa’dallah hi haq walakinna aksarannasi la ya’lamun..wallahua’lam
 
I am sorry, Selagi manusia yang menghakimkan, yang menghukum dan yang menjadi saksi...selagi itulah ianya diragukan. Macam setengah kes yang terjadi di negara yang menggunakan hukum syariah.

Nak pula negara seperti Malaysia, orang ni tuduh orang ni kafir, orang ni tuduh orang ni pelacur, orang ni tuduh orang ni ustaz macai. Orang ni kata orang ni masuk neraka. Bla... Bla...bla.....

Itu pandangan gua.

Saya bagi satu contoh KeARIFFAN hakim..

Bayangkan tindakan Umar al-Khattab :

أتي عمر رضي الله عنه بامرأة قد حملت فادّعت أنها أكرهت فخلى سبيلها

Ertinya : Pernah dibawakan kepada Umar Al-Khattab seorang wanita yang mengandung tanpa nikah, wanita tersebut mendakwa ia dipaksa (dirogol) maka Umar terus membebaskan wanita terbabit (dari hukuman hudud) ( Riwayat Al-Baihaqi, 8/235)

Imam Ibn Qudamah pula menjelaskan terdapat yang mentakwilkan wanita tersebut hamil bukan disebabkan zina dan persetubuhan tetapi adalah disebabkan dimasukkan mani lelaki tersebut ke dalam kemaluannya. (Al-Mughni, 1/193)
Sahabat-sahabat yang dikasihi, Rasulullah bersabda :

ادرؤوا الحدود عن المسلمين ما استطعتم فإن كان له مخرج فخلوا سبيله , فإن الإمام أن يخطئ في العفو خير من أن يخطئ في العقوبة

Ertinya : Tolaklah (wahai hakim) pensabitan hukum hudud dari muslimin selagi kamu mampu, sekiranya di sana terdapat jalan keluar maka bebaskanlah dia, kerana sesungguhnya seorang pemimpin yang tersilap dalam memberikan kemaafan (tidak jatuh hukuman), LEBIH BAIK dari yang tersilap (dalam mengenakan hukuman kepada yang tidak bersalah)” (Riwayat Ibn Majah, kitab al-Hudud, no 5004, At-Tirmizi, kitab al-Hudud, no 1424)
 
Last edited:
Agak menghairan,
Jika bukan manusia yg menghakimi dan menghukum atau menjadi saksi diragui..
Siapakah yang lebih layak kala ini untuk mengisi jawatan itu..
lembukah..
kerbaukah..
monyetkah..

Tidak dinafikan, manusia adalah lemah, serba kekurangan dan sering melakukan kesilapan serta dhaif..
Tp Insyallah.. moga jawatan itu diisi dengan mereka yang arif dan bijaksana...

Nanti gua sambung

..........
 
Agak menghairan,
Jika bukan manusia yg menghakimi dan menghukum atau menjadi saksi diragui..
Siapakah yang lebih layak kala ini untuk mengisi jawatan itu..
lembukah..
kerbaukah..
monyetkah..

Tidak dinafikan, manusia adalah lemah, serba kekurangan dan sering melakukan kesilapan serta dhaif..
Tp Insyallah.. moga jawatan itu diisi dengan mereka yang arif dan bijaksana...

Ini hukum agama. Bukan hukum buatan manusia. Adakah layak untuk manusia merejam hingga mati aatupun memotong tangan orang lain... Jika dia di fitnah apa akan jadi? Kamu sendiri dah tau manusia adalah lemah dan serba kekurang. Jika lemah dan kekurangn mungkin fitnah dan kesilapan akan berlaku. Tak pasal pasal ada orang hilang tangan. Zaman sekarang ni tok haji, tok iman, tok ostaz, perempuan yang pakai tudung labuh sampai ke kaki tu bukan semuanya boleh di percayi. Jadi siapa yang di maksudkan boleh jadi hakim? Boleh jadi saksi?

Kan tuhan itu telah menjanjikan syurga dan neraka. Biar tuhan yang mengadili perbuatan manusia.
 
Maha Suci Allah….hukuman hudud sebenarnya bukanlah tanda Allah menzalimi hamba-hambaNya…kerana Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya tetapi hamba-hambaNya lah yg menzalimi diri mereka sendiri..apa2 pun sama2 kita fikirkan kenapa Allah menetapkan hukuman hudud…supaya hambaNya takut dan menyedari akan kesalahan yg dibuat…mengingati bahawa hukuman di akhirat kelak lebih-lebih lgi dasyat nya.sekurang-kurangnya bila hukuman hudud dijatuhkan,Allah akan menerima taubat hambaNya.seperti mana dalam hadis dan Al Quran….inna wa’dallah hi haq walakinna aksarannasi la ya’lamun..wallahua’lam

Bila pula gua cakap hukum hudud menzalimi hambanya? Apa yang gua maksudkan manusia menzalimi, memfitnah sesama manusia.... kerana yang akan menjadi saksi, yang akan menjadi hakim itu adalah manusia seperti kamu. Tapi kononya untuk menjalankan hukum tuhan.

Orang macam mana yang kita boleh kita percayai?...sedangkan orang alim sesama alim pun memfitnah sesama mereka.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register