BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

hudud dalam al quran

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
SURUHAN MEMOTONG TANGAN ORANG YANG MENCURI
[al maidah Ayat : 38]
Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

SURUHAN MENGHUKUM WANITA DAN LELAKI BERZINA DENGAN 100 SEBATAN
[AN NUR Ayat : 2]
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang yang beriman.

SURUHAN AGAR JANGAN SUKA MEMFITNAH PADA WANITA YANG BAIK
[AN NUR Ayat : 4]Dan orang yang melimparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik.Kecuali orang yang bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

SURUHAN AGAR MENGADAKAN SAKSI2 JIKA ISTERI DITUDUH BERZINA SERTA TATACARANYA
[AN NUR Ayat : 6-9]Dan orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi yang mengesahkan tuduhannya itu hanya dirinya sendiri, maka persaksian seseorang yang menuduh itu empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya ia dari orang yang benar.
Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata: Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang yang berdusta.
Dan menghindarkan hukuman seksa dari isteri itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya dari orang yang berdusta;Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata; Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang yang benar.
 
tu jer hukum hudud??untuk perompak n penzina jer??abis orang minum arak. merogol, berjudi, rasuah dan segala salah laku lain??

abis tu apa lak yang membezakan antara mereka yang mencuri banyak dan mencuri sedikit..

adakah yang mencuri sedikit di potong sedikit dari tangan?kalau curi banyak dipotong dengan banyak..may be sampai ke bahu..or macam mana??
 
Banyak lagi la..kalau nak terangkan dalam CG ni mana cukup ruang woiii...!!

Tak payah pening la, hukum Allah tu dah SEMPURNA..bila dilaksanakan nanti taule hakim syariah nak jatuhkan hukuman..mengikut jenis kesalahan....

Kalau tuan nak lagi jelas, pegi la berjumpa dgn Ustaz2 Fekah, atau pegi ke Pejabat Mufti tanya ....:D
 
Kalu2 ada masa2 terluang tu, hadir2kanlah diri ke majlis2 ilmu, kuliah tafsir , pengajian tauhid & fekah, insyaallah segala kemusykilan kita akan terjawab...

Lagi satu, boleh juga masa2 lapang tu bukak la kitab2 tafsir quran, tgk ayat2 & tafsirannya sekali

..renug2kan dan..selamat beramal..........
 
hudud ni di terangkan dalam Quran , kaedah dan cara laksanakan hudud banyak terdapat dalam kitab2 fiqah ...jgn salah paham.

apa yg perlu dilakukan sekarang adalah..bagaimana kita nak laksanakan kaedah hudud di Malaysia ni sesuai dengan suasana dan negara ni.
 
i second this...
 
terjumpa ni dalam internet...

"Tolaklah hudud daripada orang-orang Islam selagi boleh. Kalau masih ada jalan keluar, lepaskan mereka. Ini kerana, kesilapan pemerintah dalam memberi kemaafan lebih baik daripada kesilapannya dalam mengenakan hukuman." - Hadis riwayat al-Tarmizi.
 
Banyak lagi la..kalau nak terangkan dalam CG ni mana cukup ruang woiii...!!

Tak payah pening la, hukum Allah tu dah SEMPURNA..bila dilaksanakan nanti taule hakim syariah nak jatuhkan hukuman..mengikut jenis kesalahan....

Kalau tuan nak lagi jelas, pegi la berjumpa dgn Ustaz2 Fekah, atau pegi ke Pejabat Mufti tanya ....:D

kalau nak jawab macam tu jer..baik xyah buka thread nih..:D
 
Kalu2 ada masa2 terluang tu, hadir2kanlah diri ke majlis2 ilmu, kuliah tafsir , pengajian tauhid & fekah, insyaallah segala kemusykilan kita akan terjawab...

Lagi satu, boleh juga masa2 lapang tu bukak la kitab2 tafsir quran, tgk ayat2 & tafsirannya sekali

..renug2kan dan..selamat beramal..........

luangkan masa dengan mendengar kuliah-kuliah arab wannabe tu??:o

maaflah bro..melihat telatah negara arab tu dah cukup meluatkan saya..apatah lagi kuliah arab wannabe tu..

lain kali kalau saudara pergi dengar kuliah-kuliah begitu lagi..tolong sampaikan pesan saya pada mereka yang berkuliah tu..kalau nak sangat jadi arab..gi lah duk negara arab..jangan hasut rakyat negara ini jadi arab..:">
 
tak perlu debat dgn org jenis tak pecaya hukum Allah ni
 
Back
Top
Log in Register