BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Huawei MatePad Pro, Tablet Pertama Dengan HarmonyOS

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Malam tadi, selain melancarkan sistem operasi HarmonyOS, mereka turut memperkenalkan tiga tablet baharu, iaitu MatePad Pro 12.8 inci, MatePad Pro 10.8 inci dan MatePad 11. Bukan sahaja kesemuanya menjalankan HarmonyOS 2.0, mengejutkan lagi, dua daripada tablet tersebut dikuasakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon.

MatePad Pro dilihat mahu bersaing secara terus terhadap Apple iPad. Varian lebih besar, dilengkapi skrin 12.6 inci OLED dengan nisbah 16:10, hadir dengan gamut warna DCI-P3 dan nisbah kontras 1 juta:1. Sementara varian satu lagi lengkap dengan skrin 10.6 inci IPS LCD serta kadar penyegaran 120Hz. Mereka juga mempunyai 8 pembesar suara yang ditala Harman Kardon dan 4 mikrofon.

Namun, varian 12.6 inci ini dijana cip Kirin 9000E. Manakala varian 10.8 inci dikuasakan Snapdragon 870. Masing-masing dipadankan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB/256GB. Bekalan kuasa sebesar 10,050mAh pada MatePad Pro 12.6 inci yang mana Huawei mendakwa ia mampu bertahan hingga 14 jam dengan sekali cas. Tablet ini menyokong pengecasan pantas 40W, 27W tanpa wayar dan 10W pengecasan berbalik. Sementara varian 10.8 inci hadir dengan 7250mAh.

Pada masa yang sama, tablet Pro ini juga menyokong M-Pencil generasi baharu dimana lebih lancar dan latensi yang rendah. Akhir sekali, beralih pada MatePad 11 pula, ia tampil dengan skrin berukuran 10.95 inci, kadar penyegaran 120Hz dan kuad-pembesar suara Harman Kardon. Lain-lain, Snapdragon 865 dengan bateri 7250mAh menguasakan tablet ini. Selain itu, turut diganding dengan 6GB RAM dan 128GB storan serta masih menyokong M-Pencil baharu.

Harga jualan bermula 4999 yuan (~RM3228) untuk MatePad Pro 12.6 inci versi 128GB WiFi. Sementara MatePad Pro 10.6 inci pula berharga 3799 yuan (~RM2453).

1622705824918.png

 
Pandang Pertama Huawei MatePad Pro 12.6″ - Lebih Harmony Dengan OS Terbaru

Setelah sekian lama dijanjikan, HarmonyOS 2.0 diumumkan secara rasmi malam semalam. Menerusi iterasi terkini HarmonyOS, sistem operasi kendiri dari Huawei kini menyokong telefon pintar dan tablet selepas sebelum ini hanya menyokong skrin pinter seperti Vision S. Huawei menjanjikan pengalaman penggunaan peranti yang lebih pantas serta sokongan ekosistem yang lebih meluas menerusi satu sistem operasi untuk semua.

Huawei-MatePad-Pro-12.6-A-1-950x593.jpg.webp

Di Malaysia peranti HarmonyOS 2.0 pertama yang akan dipasarkan bukanlah sebuah telefon pintar sebaliknya adalah tablet Huawei MatePad Pro 12.6″ yang turut dilancarkan semalam. Kami telah diberikan akses kepada tablet ini sehari awal dan berikut adalah pendapat kami mengenai lembaran baru ekosistem Huawei dalam bentuk sebuah tablet profesional.

Spesifikasi Dan Rekaan​

Skrin12.6″ OLED, 2560 x 1600 pixel
PemprosesHiSilicon Kirin 9000E
Cip1 x 3.13 GHz Cortex-A77
3 x 2.54 GHz Cortex-A77
4 x 2.05 GHz Cortex-A55
Cip GrafikARM Mali G-78
RAM8 GB RAM LPDDR5
Muatan Dalaman256GB (NM card 256GB)
Kamera Utama13 +8 Megapixel +3D ToF, f/1.8+f/2.4
3D TOF
Kamera Swafoto8MP f/2.0
Bateri10050 mAh
Pengecasan berwayar 40W
SIM/TelefoniNano/5G
NFCTiada
Bicu AudioTiada
Kalis AirTiada
Sistem ImbasanImbasan Wajah
Harga JualanBelum diumumkan

Skrin​

Ini ialah tablet mercu dari Huawei yang bersaing secara terus dengan iPad Pro dan Samsung Galaxy Tab S7+. Oleh itu skrin 12.6″ OLED dengan resolusi 2560 x 1600 pixel digunakan. Ia walau bagaimanapun sekadar menyokong kadar segar semula 60Hz sahaja pada waktu ini. Bezel skrin adalah agak besar tetapi tidak membuatkan peranti kelihatan buruk kerana sekata.
Isu kami ialah nisbah skrin 16:10 yang digunakan. Ini ialah nisbah yang munasabah pada sebuah telefon pintar tetapi tidak pada tablet. Menggunakannya pada kedudukan menegak adalah amat canggung kerana terlalu memanjang.

Kekurangan lain MatePad terserlah di sini kerana iPad Pro dan Tab S7+ kedua-duanya telah menyokong skrin 120Hz. Persamaan yang ada adalah sokongan stylus secara terbina. Huawei M Pencil generasi kedua boleh digunakan pada skrin MatePad Pro dengan kemampuan mengesan 4096 tahap tekanan, mengesan sendeng dan kawalan tap sisi untuk mengawal aplikasi.

Perkakasan​

Pemproses yang digunakan ialah Kirin 9000E (5nm)yang merupakan cip seakan Kirin 9000 (yang digunakan pada Mate 40 Pro) tetapi dengan teras NPU yang lebih rendah serta GPU dengan 2 teras dikurangkan. Dengan cip ini pemprosesan tahap mercu dapat dinikmati pengguna dan dipadankan pula dengan 8GB RAM dan storan sehingga 256GB. Jika ini tidak memadai penambahan storan menerusi kad NM boleh dilakukan.

Huawei-MatePad-Pro-12.6-C-1-950x594.jpg.webp

Tri-kamera diletakkan dalam sebuah bonggol yang bersaiz sederhana. Sensor 13 MP dipadankan dengan sensor 8MP ultra sudut lebar dan sebuah sensor 3D ToF. Pada bahagian hadapan pula kamera 8MP digunakan. Sensor ini disorokkan pada bezel peranti yang kami katakan agak besar beberapa perenggan di atas.

Bingkai logam dengan sisi yang dibulatkan adalah selesa untuk dipegang. Peranti kelihatan premium walaupun panel belakang menggunakan bahan polikarbonat. Butang kuasa diletakkan pada bahagian sisi kanan dengan butang laras audio pada bahagian atas. Kedua-duanya diperbuat daripada logam dengan binaan yang tegap.

Huawei-MatePad-Pro-12.6-D-1-950x594.jpg.webp

Terdapat kemasan warna merah pada butang kuasa yang memudahkan butang dicari.Peranti yang kami gunakan mempunyai tubuh berwarna hitam memang agak sukar mencari butang kuasa dan laras audio jika tanda ini tidak diletakkan.

Lapan pembesar suara yang ditala Harman Kardon digunakan dengan empat pada setiap sisi dengan kekisi yang bersaiz besar. Sistem audio Histen 7 disertakan bagi menawarkan pengalaman audio yang kuat. Sejak halangan perdagangan dikenakan, Huawei tidak lagi boleh menyertakan sistem audio Dolby Atmos pada peranti mereka. Walaupun lapan pembesar suara boleh diberikan, Huawei tidak mempunyai ruang untuk sebuah bicu audio 3.5mm. Mengecewakan tetapi ini selari dengan apa yang dilakukan oleh Huawei pada telefon pintar keluaran mereka.

Huawei-MatePad-Pro-12.6-E-1-950x594.jpg.webp

Jika sambungan berwayar perlu bagi anda, ini boleh dilakukan menerusi port USB-C pada sisi kanan. Port ini digunakan untuk mengecas bateri gergasi 10050 mAh dengan sokongan pengecasan sehingga 40W. Ia turut boleh dicas secara nirwayar dengan output 27W dan melakukan pengecasan berbalik 10W. Sebuah pengecas dan wayar disertakan dengan setiap pembelian. Tiada isu perlu berbelanja lebih untuk menikmati pengecasan terpantas berlaku di sini.

Penggunaan Dan Perisian

HarmonyOS-Matepad-B.jpg.webp

Bintang utama MatePad Pro ialah sistem operasi HarmonyOS 2.0 yang buat pertama kalinya digunakan pada sebuah tablet. Sekilas pandang dapat dilihat beberapa perubahan dilakukan pada antaramuka berbanding EMUI berasaskan Android sebelum ini.

Pertama sekali ialah terdapat dermaga untuk pintasan pantas kepada aplikasi pilihan dan aplikasi yang telah dibuka. Ia mengingatkan kami kepada dermaga yang digunakan pada macOS Big Sur. Sehingga empat aplikasi yang dibuka boleh dipaparkan pada dermaga ini untuk membukanya dengan pantas tapi mengakses skrin multi-tugas.

HarmonyOS-Matepad-C.jpg.webp

Skrin multi-tugasnya pula amat mirip dengan iPadOS 14 dimana aplikasi disusun dalam grid 3×2. Aplikasi boleh dibuka dalam tetingkap kecil untuk memudahkan lagi penggunaan lebih dari satu aplikasi serentak atau menggunakan mod multi-window yang menyokong dua aplikasi serentak dengan skrin dibahagi dua. Saiz skrin boleh diubah mengikut keperluan. Dengan kata lain penggunaan HarmonyOS 2.0 pada MatePad adalah menyerupai penggunaan pada sebuah iPad.

Sebagai pengguna iPad kami tidak merasakan ini adalah sesuatu yang negatif kerana dalam bahasa Inggeris ada pepatah “mengajuk itu adalah bentuk pujian yang paling rendah”. iPad berjaya kerana perisiannya dan tak salah jika HarmonyOS 2.0 mengambil inspirasi dari sistem operasi tablet terbaik di pasaran sekarang.

Tak berakhir di situ, talam notifikasi juga boleh dilihat dengan menatal bucu atas kiri dan talam tetapan pula dengan menarik dari bucu atas kanan. Rekaan antaramuka mengekalkan elemen dari EMUI 11 tetapi dengan menambah ciri mirip Control Center iPadOS. Hasilnya ialah antaramuka yang mudah digunakan, mudah difahami dan tidak mengelirukan sekiranya anda seperti saya sudah masak dengan penggunaan iOS dan iPadOS.

matepad-UX_01.jpg.webp

HarmonyOS juga meminjam beberapa elemen dari Android 11 dengan memperkenalkan ciri kawalan setempat pelbagai peranti pintar, aksesori dan peranti berhubung yang dimiliki. Aksesori seperti fon telinga dan stylus M Pencil akan dapat dilihat terus dari talan pintasan pantas. Kami tidak mempunyai lebih dari satu peranti HarmonyOS pada waktu ini dah tidak dapat menguji ciri-ciri baharu yang diperlihatkan Huawei ketika pelancaran sistem operasi ini pada Rabu yang lalu.

Adakah ia benar-benar lebih pantas berbanding EMUI 11 dengan Android? Ikhlas kami katakan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Penggunaan adalah sama sahaja seperti menggunakan Mate 40 Pro yang dilengkapi cip dengan kuasa pemprosesan setanding (Kirin 9000). Aplikasi dilancarkan dengan pantas, mudah, tanpa masalah dan sokongan yang lebih baik menerusi Petal Search.

matepad-UX_02.jpg.webp

Kami menyedari apabila aplikasi tidak ditawarkan di App Gallery, pautan terus ke Petal Search kini diberikan. Dahulu jika aplikasi tidak dijumpai (seperti Netflix, Twiter dan Spotify) kami perlu keluar dari App Gallery sebelum sekali lagi melakukan carian dari Petal Search. Sesuai dengan nama HarmonyOS, App Gallery dan Petal Search kini berharmoni untuk memudahkan pengguna.

Keharmonian diteruskan dengan aplikasi yang dahulunya tidak berfungsi dengan baik atau dihalang kini boleh digunakan dengan lebih baik. Kejutan pertama ialah Netflix boleh digunakan pada HarmonyOS walaupun APK sistem operasi Android dimuat turun dari Petal Search. Semua video boleh dimainkan dan lengkap dengan sokongan Google Chromecast.

HarmonyOS-Matepad-Chromecast-Cast-950x594.jpg.webp

Ini adalah perkara yang cukup tidak kami sangka kerana sebelum ini ciri Cast milik Google ini dihalang sama sekali. Seperkara lagi penstriman di Netflix terhad kepada SD sahaja kerana tiadanya sokongan DRM Widevine L1 yang diperlukan. Turut hilang ialah sokongan HDR. Pada waktu ini kami bergembira aplikasi boleh digunakan dan tidak peduli jika sokongan penuh tidak boleh diaktifkan.

Masih ada beberapa kekurangan iaitu aplikasi Google yang memerlukan GMS masih tidak boleh digunakan langsung. Ini tidak dapat dielakkan selagi Amerika Syarikat enggan menarik sekatan ekonomi ke atas Huawei yang kini memasuki tahun ketiga.

Seperti dalam ulasan Mate 40 Pro kami tahun lalu, Huawei Mobile Services kini sudah semakin baik dengan pelbagai aplikasi alternatif berfungsi dengan baik. Perasaan terseksa kerana tiada sokongan aplikasi tidak lagi berulang dan sebenarnya semakin baik tahun demi tahun.

Stylus M Pencil​

Stylus M Pencil generasi kedua tidak lagi memerlukan sambungan berwayar untuk ditambat kepada tablet. Sebaliknya ia diaktifkan sejurus selepas ia dilekapkan kepada dermaga magnet pada sisi peranti. Dengan pengecasan penuh M Pencil boleh beroperasi sehingga 1 jam. Perubahan lain terletak pada sensor yang kini mengesan tap pada bahagian tubuh. Sekali lagi inspirasi diambil dari Apple Pencil. Selain itu bahagian kepala M Pencil kini lutsinar dengan saduran platinum yang membuatkannya lebih tahan lasak.

Huawei-matepad-Pro-12.6-C-950x535.jpg.webp

Sokongan mengesan 4096 tahap tekanan dan sudut sendeng ketika digunakan dikekalkan tanpa sebarang perubahan. Kerana tubuh yang lebih bersegi, stylus tidak mudah bergolek apabila diletakkan di atas meja. Tetapi stylus masih lagi selesa di dalam tangan ketika digunakan kerana saiznya yang sama dengan sebatang pensel sebenar.

Kami tidak mempunyai superbakat seni seperti Sakuragi tetapi kami mendapati M Pencil adalah stylus yang setanding dengan Apple Pencil dan S Pen. Tiada sela masa ketika melukis dan pengesanan tekanan juga amat baik. Isu sekarang hanyalah sokongan aplikasi. Banyak aplikasi Adobe misalnya tidak disokong oleh cip Kirin 900E. Tanpa aplikasi perkakasan yang baik adalah tidak berguna.

Jadi ini mungkin sebab mengapa MatePad Pro 10.8″ telah dilancarkan semula dengan cip Snapdragon 870. Walaupun tidak secara rasmi boleh dimuat turun menerusi App Gallery, pengguna masih mempunyai pilihan memuat turun dari Petal Search.

Smart Magnetic Keyboard​

Huawei-MatePad-Pro-12.6-H-950x617.jpg.webp

Aksesori Smart Magnetic Keyboard menambah papan kekunci fizikal kepada MatePad Pro. Sambungan dilakukan dengan magnet dengan tambatan secara bluetooth. Ya sambungan secara bluetooth. Papan kekunci mengambil kuasa menerusi sistem pengecasan nirwayar yang disokong oleh Matepad.

Huawei-MatePad-Pro-12.6-F-950x594.jpg.webp

Proses tambatan adalah mudah dengan tablet mengesan papan kekunci sejurus selepas ia disambungkan. Kekunci yang digunakan mempunyai pergerakan menegak yang selesa untuk menaip cuma kami rasakan ianya terlalu lembut dengan pergerakan yang sedikit kurang sekata. Walaupun ia membenarkan dua sudut menaip dipilih, ia masih belum cukup memuaskan bagi kami untuk MatePad menggantikan sebuah komputer riba. Tambahan lagi tiada trackpad disertakan.

Sebagai seorang insan yang memasuki dekad ke-empat hidup di muka bumi, kami masih memerlukan trackpad untuk bekerja. Perpindahan ke sistem skrin sepenuhnya masih belum boleh kami lakukan dengan selesa. Satu lagi isu yang kami ada dengan papan kekunci ini ialah kemasan plastiknya kurang premium tidak selari dengan kemasan MatePad yang jauh lebih baik.

Kesimpulan

Huawei MatePad Pro 12.6″ ialah tablet Huawei terbaik pernah kami gunakan setakat ini. Perkakasan dengan spesifikasi tinggi dipadankan dengan skrin yang mantap dan akhirnya perisian yang berharmoni dengan kesemua komponen yang digunakan. Isu kekurangan aplikasi menggunakan HMS sudah berjaya diselesaikan sebanyak 90%.

Huawei-MatePad-Pro-12.6-G-950x618.jpg.webp

Pelbagai aksesori yang ditawarkan juga setanding dengan yang dihasilkan oleh pesaing. Hanya papan kekunci sahaja yang mempunyai kemasan plastik kurang premium, tiada trackpad dengan papan kekunci yang terlalu lembut. Huawei perlu mengkaji binaan Magic Keyboard iPad sekiranya mereka ingin benar-benar menghasilkan tablet yang boleh menggantikan sebuah komputer riba.

Masih terlalu awal untuk memberikan kata putus sama ada MatePad Pro 12.6″ ialah tablet yang perlu dimiliki terutamanya di era pandemik. Tetapi pengalaman menggunakannya selama dua hari memberikan petanda positif. Nantikan ulasan penuh dalam masa terdekat.


Pro
  • Kemasan yang premium nipis menarik untuk dilihat.
  • Kombinasi pemproses, RAM dan storan yang baik berkuasa.
  • Skrin yang terang walaupun di bawah cahaya matahari yang terik.
  • Sokongan M Pencil yang baik.
  • Saiz bateri yang besar.
  • Perisian HarmonyOS 2.0 yang lebih matang khusus untuk tablet.
Kontra
  • Cip Kirin 9000E tidak disokong sesetengah aplikasi.
  • Tiada GMS masih adalah isu besar bagi kebanyakan pengguna.
  • Tiada bicu audio walaupun saiz peranti yang besar.
  • Aksesori papan kekunci kurang memuaskan.
 
Huawei MatePad Pro Dengan HarmonyOS Berharga RM3999 Di Malaysia

Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran tablet terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei MatePad Pro bersaiz 12.6-inci dan dijana dengan sistem operasi HarmonyOS.

Huawei-matepad-Pro-12.6-E-950x535.jpg.webp

Dari segi spesifikasi, tablet ini hadir dengan skrin 12.6-inci OLED, dijana cip Kirin 9000E, memori 8GB RAM dan storan 256GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri 10050mAh dengan pengacasan berasaskan USB-C, serta kamera hadapan 8-megapixel, dan kamera belakang 13-megapixel.

Selain daripada paparan berkualiti tinggi berasaskan OLED, Huawei juga turut menyertakan sokongan audio yang baik melaluinya. Beberapa aksesori turut disertakan – termasuk sokongan Huawei M-Pencil untuk mencatatkan nota, dan juga papan kekunci magnetik Huawei.

Menjadi fokus juga adalah penggunaan sistem operasi HarmonyOS yang menawarkan sokongan multi-tetingkap untuk memudahkan multi-tugasan ketika menggunakan tablet ini, selain turut menyertakan ciri seperti widget, dan juga kebolehan untuk menggunakan tablet ini sebagai skrin kedua kepada komputer riba anda.

Huawei-matepad-Pro-12.6-A-950x535.jpg.webp

Di Malaysia, Huawei MatePad Pro ini ditawarkan pada harga RM3999 dan boleh dipra-tempah bermula hari ini. Pra-tempahan juga akan menerima sejumlah hadiah percuma, termasuk Huawei M-Pencil, Huawei Smart Magnetic Keyboard, Huawei Classic Backpack, selain akses kepada Huawei Video dan juga Huawei Cloud.

Huawei-MatePad-RM3999-950x439.jpg.webp
 
HUAWEI Matepad Pro Mula Di Jual Di Malaysia Hari Ini

Selepas pengenalannya pada awal bulan Jun, HUAWEI Matepad Pro sudah boleh dibeli secara terus di pasaran Malaysia.
Sedikit rangkuman, HUAWEI Matepad Pro merupakan tablet pertama yang menggunakan sistem operasi terbaru HarmonyOS. Selain itu, tablet ini tampil dengan paparan OLED berukuran 12.6-inci bersama resolusi 2560 x 1600 piksel dan menyokong penggunaan stylus. Bahagian dalamnya dijana cip pemprosesan Kirin 9000E, memori RAM 8GB dan storan 256GB, serta bateri berkapasiti 10,050mAh.

Seterusnya, bahagian belakang tablet ini dilengkapi sistem dwi kamera dengan lensa 13MP dan lensa sudut lebar 8MP yang menyokong rakaman 4K. Manakala kamera hadapan menggunakan lensa 8MP dengan sokongan rakaman 1080p. Dapatkan HUAWEI Matepad Pro berwarna Matte Gray pada tanda harga RM3,999 beserta hadiah percuma bernilai RM1,248 di kedai atas talian atau peruncit sah HUAWEI.

1624012065597.png
 
Back
Top
Log in Register