BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,326.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Tablet Infinix XPAD 20 Pro Tiba Di Malaysia - Harga Rasmi RM999

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,558
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,558
Reaction score
7,740
Points
916
Infinix hari ini melancarkan XPAD 20 Pro, tablet terbaru dalam siri XPAD, untuk pasaran Malaysia. Model ini hadir sebagai peningkatan daripada XPAD 20 yang diperkenalkan pada Julai lalu, dengan paparan lebih besar, prestasi dipertingkat dan ciri kecerdasan buatan (AI) baharu. XPAD 20 Pro menampilkan skrin 12 inci beresolusi 2K dengan kadar segar semula 90Hz. Paparan ini menerima pensijilan TÜV Rheinland untuk cahaya biru rendah dan bebas kelipan, sekali gus memberikan pengalaman tontonan lebih selesa untuk kelas dalam talian, penstriman atau kerja harian. Tablet ini hanya setebal 6.58mm dengan berat 545g, hadir dalam pilihan warna Titanium Gray dan Mist Blue. Badan logam dengan rekaan antena tengah memberi sentuhan moden, manakala sistem audio empat pembesar suara DTS 360° menawarkan pengalaman bunyi imersif.
1758106562633.png

Dikuasakan cip MediaTek Helio G100 Ultimate berteknologi 6nm, XPAD 20 Pro menyokong sehingga 16GB RAM (gabungan RAM fizikal + RAM maya) dan storan 256GB. Ia turut dilengkapi bateri 8000mAh dengan pengecasan pantas 18W, serta sambungan 4G dan Wi-Fi untuk kegunaan di mana-mana. XPAD 20 Pro turut hadir dengan ciri AI daripada Infinix. Antaranya pembantu suara Folax, AI Homework Solver, Image-to-Doc conversion, AI Writing, dan AI Art. Ciri ini menyasarkan pelajar, profesional dan juga pencipta kandungan. Melalui fungsi seperti Phone Cast, clipboard merentas peranti, pertukaran aplikasi, dan perkongsian fail segera, pengguna boleh beralih antara telefon pintar dan tablet dengan lebih lancar.
1758106539983.png

Harga & Ketersediaan

Infinix XPAD 20 Pro mula dijual di Malaysia pada 16 September 2025 dengan harga RM999 untuk model 8GB RAM + 256GB ROM. Pembelian awal disertakan XPAD 20 Pro Keyboard & X Pencil 20 bernilai RM599, selagi stok masih ada. Ia boleh didapati secara dalam talian melalui Infinix Official Store di Lazada, Shopee, dan TikTok Shop, serta di kedai jenama Infinix dan pengedar sah di seluruh negara.
 
Back
Top
Log in Register