BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Infinix HOT 60 & HOT 60i Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM499

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Infinix telah melancarkan siri telefon pintar terbaharunya HOT 60 Series di pasaran Malaysia. Siri ini terdiri daripada dua model, iaitu HOT 60 5G dan HOT 60i yang hadir dengan ciri-ciri seperti sokongan rangkaian 5G, keupayaan AI terbina, dan reka bentuk bergaya dalam kategorinya.

HOT-60-Series-5-950x535.jpg.webp


HOT 60 5G hadir dengan cip MediaTek Dimensity 7060 bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman sebesar 256GB. Untuk keupayaan kamera, peranti ini dilengkapi dengan kamera belakang 50MP (f/1.6) dan kamera hadapan 8MP. Antara mod rakaman yang tersedia termasuk Vlog, AI Cam, Potret, Super Night, Gerakan Perlahan dan Video Dual.

HOT-60-5G-Infographic-950x534.png.webp


Paparannya berukuran 6.7 inci HD+ dan menyokong kadar segar semula 120Hz. Bateri berkapasiti 5200mAh diberikan pula menyokong pengecasan sehingga 18W serta pengecasan terbalik 10W. Ciri tambahan termasuk pengimbas cap jari di sisi, sensor inframerah, dan sistem audio berteknologi DTS.

HOT-60i-Infographic-950x534.png.webp


HOT 60i dilengkapi paparan bersaiz 6.7 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Peranti ini dipadankan dengan cipset MediaTek Helio G81 Ultimate bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Dari segi kamera, ia dilengkapi dengan kamera utama 50MP serta kamera swafoto 8MP bagi keperluan fotografi asas pengguna. Bateri berkapasiti 5160mAh disediakan menyokong pengecasan pantas sehingga 45W.

HOT-60-Series-KV-1-950x534.jpg.webp


Bagi yang berminat, HOT 60 5G ditawarkan pada harga RM599 bagi konfigurasi 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Sementara itu, HOT 60i boleh didapati pada harga RM499 dengan konfigurasi memori dan storan yang sama.​
 
Back
Top
Log in Register